11 // Nombor

2.7K 82 0
                                    

Aqash mengambil marker pen lalu mencoretkan sesuatu di papan putih kelasnya. Pelajar-pelajar tingkatan 6 Anggun mengerutkan dahinya dan memerhati sahaja gelagat Aqash. Adam yang sedang leka membaca buku terkejut selepas Danial menyiku tangannya. Mata Danial melirik kepada Aqash. Adam memandang seketika ke arah Aqash yang sedang khusyuk menulis sesuatu nombor. Dia mengalihkan pandangan kepada Danial dan menjungkit bahu tanda dia juga tidak mengerti.

​"Apahal tu?" bisik Nazihah kepada Adlina. Adlina mengerutkan keningnya. Dia juga turut hairan apabila melihat gelagat Aqash.

​"Entah. Terlebih makan petai kot semalam. Tu yang high semacam," katanya selamba. Nazihah tersengih mendengarnya.

​Selesai menulis, Aqash meletakkan marker pen itu kembali di tempat asalnya. Dia memandang setiap wajah di hadapannya. Melalui riak wajah mereka, Aqash tahu mereka semua pasti hairan apabila melihat nombor telefon di hadapannya.

​"Guys, ni nombor baru aku. Nombor yang lama tu, buang jelah. Aku tak guna dah," jelas Aqash sambil tersenyum. Adlina membeliakkan matanya. Dia memegang erat jari jemarinya.

​Kenapa mamat ni tukar nombor? Hatinya bertanya pelik.

​"Kenapa kau tukar nombor?" soal Adam sekadar berbasa-basi.

​"Takde apa-apalah," jawab Aqash pendek. Adam mengiyakan sahaja jawapan Aqash. Dia bukan berminat ingin tahu tentang hal Aqash sebenarnya.

​Aqash kembali ke tempat duduknya semula. Dia mengerling ke arah Adlina yang jelas nampak kaku. Sesekali, dahi Adlina berkerut memikirkan sesuatu. Aqash yang melihat Adlina turut mengerutkan dahinya. Kenapa dengan minah tu pulak? Takkan sedih aku tukar nombor pulak.

Lamunan Aqash terhenti selepas Afiq masuk ke dalam kelasnya. Hazim bangun mengetuai salam dan diikuti dengan pelajar lain. Afiq mengangguk dan menjawab salam. Dia memandang pelajar-pelajar kelasnya yang sudah bersedia untuk belajar dan penglihatannya terhenti ke arah Adlina.Direnungnya wajah Adlina yang masih terpinga-pinga.

​"Adlina, awak okay?" tanya Afiq pelik. Adlina yang masih memikirkan perihal Aqash tidak mempedulikan soalan Afiq.

Aqash tahu ke aku yang jual nombor dia sebenarnya. Kalau tahu, asal dia tak sembur aku je? Hmm, tak pun dia tak tahu. Dia tukar nombor sebab ramai sangat yang kacau dia semalam kot. Ya, aku rasa macam tu, hatinya berperang hebat memikirkannya.

​Nazihah menyiku kuat lengan Adlina. Tersentak gadis itu sehingga melatah.

​"Oh mak kau kambing," latahnya. Seisi kelas tergelak apabila mendengar Adlina melatah. Adlina yang termangu seketika tersengih busuk.

Malunya! Nak guni! Nak sorok muka!

​"Mak aku kambing ya," usik Nazihah sambil ketawa terbahak-bahak. Adlina menampar lembut bahu Nazihah.

​"Kaulah ni. Buat malu aku je," rungutnya. Nazihah tersenyum nipis dan meminta maaf.

​"Adlina?" panggil Afiq selepas ketawanya reda. Dia juga terikut gelak sebenarnya.

​"Ya saya?" jawab Adlina sambil tersenyum manis.

Afiq merasakan hatinya mula berdebar hebat. Dia cuba mengembalikan dirinya ke alam yang nyata. Afiq, takkan kau dah cair kot? Kau jatuh cinta lepas tengok senyuman dia je? Kau memang gila Fiq.

​"Err, saya tanya. Saya... cikgu tanya apa tadi?" dia bertanya kepada Hayati yang duduk di hadapannya. Aduh, buat malu je. Soalan pun boleh lupa, hatinya berkata.

​Hayati yang terpinga-pinga pada mulanya akhirnya tersenyum. "Cikgu tanya Adlina tu okay ke tak,"

​Afiq mengangguk sambil tersengih. Dia memandang semula ke arah Adlina yang masih tersenyum. Kuat Fiq. Kuatkan hatikan kau!

Me vs YouWhere stories live. Discover now