47 // Biarkan

395 16 6
                                    

Nina mengambil tempat di sebelah Adlina yang tampak tenang duduk bersandar di dinding bilik mereka. Mug putih berisi kopi panas yang dipegang sejak dari tadi dihulur kepada gadis itu. Adlina menyambutnya sambil diiringi gerak bibir yang menuturkan "thanks" tanpa suara.

Nina menghirup kopi beberapa sisip sebelum meletakkannya di meja sebelah katil Adlina. Adlina masih memilih untuk mendiamkan diri. Gadis itu tidak mengeluarkan sebarang suara sejak mereka kembali dari Derwentwater Lake tadi. Bahkan, sejurus mereka tiba di bilik mereka, Adlina terus merebahkan diri di atas katil dan menarik selimut menutupi seluruh badannya tanpa bergerak sehinggalah gadis itu bangun semula beberapa jam kemudian.

Afiq yang mengikuti mereka berdua ke dalam bilik petang tadi sekadar menghela nafas perlahan namun sempat didengari oleh Nina.

"Nina...," panggil Afiq perlahan. Nina segera memalingkan mukanya ke arah jejaka yang masih setia membiarkan matanya memandang Adlina.

"A few days from now is gonna be so tough for both of us. Could you do me a favor?"

"What is it?"

"Update me everything about Lin. I know she's not going to talk about it and probably we won't hear from her for a while. Just let her be. But in case she need or say something, call me. Please?" Afiq mengalihkan pandangan ke arah Nina yang sedang mengerutkan dahinya.

"That bad?" soal Nina dungu. Pelbagai soalan mula menusuk masuk kedalam fikirannya tetapi dia tahu ini bukan waktu yang sesuai untuk bertanya kepada Adlina dan juga Afiq. Yang dia cuma tahu sekarang lelaki yang mereka bertembung tadi ialah adik kepada Afiq. Perihal budak perempuan dan wanita cantik bersama lelaki itu masih menjadi misteri.

"Yes," balas Afiq sepatah. Nina sekadar mengangguk perlahan dan enggan bertanya lebih lanjut. Sebelum Afiq meninggalkan mereka, sempat mereka berdua bertukar nombor telefon dan mengingatkan gadis itu sekali lagi untuk menghubunginya.

"Nina...," suara perlahan Adlina memanggilnya mematikan lamunan Nina serta-merta. Nina sedikit tersentak namun dia terus memalingkan mukanya ke arah Adlina.

"Kenapa? You okay? Lapar ke? You wannat eat something? I can get it for you now. Just tell me everything that you want," tanya Nina tanpa henti. Adlina tertawa kecil melihat sikap gabra teman sebiliknya.

"Aku okaylah. Kenapa kau ingat aku tak okay?"

"Sebab Afiq kata kau...,"

"Kau percaya aku ke percaya dia? Yang duduk dengan aku 3 tahun ni kau tau, bukan dia. Takkan kau tak kenal aku lagi," kata Adlina sambil menggosok perlahan rambut Nina, menjadikan rambut teman sebiliknya sedikit kusut.

Nina sekadar menjungkitkan bahunya. "Entahlah Lin. Dah 3 tahun aku kenal kau, kita duduk bersama dari first semester pun tapi aku tak pernah rasa aku kenal kau betul-betul. Banyak betul benda yang kau rahsiakan dari aku," gumamnya sambil merebahkan dirinya ke atas katil Adlina. Adlina sedikit tersentak selepas mendengarnya.

Sudah banyak kali Nina protes dengan dirinya kerana terlalu menyembunyikan cerita daripadanya. Namun setiap kali itu juga, Adlina berjaya menepis dan mengubah topik lain. Nina yang hampir meletup adakalanya akhirnya mengalah.

Namun bila mereka duduk dalam keadaan sebegini selepas kejadian tadi, Adlina tahu dia tak boleh lari lagi.

Adlina meletakkan mug di atas meja belajarnya sebelum duduk menghadap Nina yang masih terkebil-kebil memandang siling bilik mereka.

"Okay kau nak tahu apa?" soalan Adlina berjaya menarik minat Nina. Nina tersenyum sinis tatkala mengalih pandangannya ke arah wajah tenang Adlina.

"Kalau aku tanya, kau nak jawab ke semua soalan aku?"

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang