34 // Esok

1.8K 76 5
                                    

Adlina tersenyum simpul di saat matanya begitu fokus menatap skrin komputer ribanya sebelum pandangannya beralih ke arah cincin pemberian Aqash petang tadi. Sengaja didekatkan cincin itu pada mukanya dan diusapnya perlahan. Kata-kata romantis Aqash bagaikan terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dia masih dapat merasakan betapa hangatnya setiap patah perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu sehingga mampu membuatkan jantungnya berdegup kencang dan tubuh badannya berasa seram sejuk.

Padahal Aqash tu bukannya hantu pun.

Sejujurnya, dia sendiri berasa malu. Entah kenapa mulutnya begitu ringan ketika menuturkan pengakuan cintanya kepada Aqash. Aqash sendiri terkejut tatkala mendengarnya apatah lagi dia yang mengungkapkannya.

Ah, dah lepas dah pun. Takkan nak tarik balik, bibirnya berkata nakal.

Pandangannya dialihkan pula pada komputer riba di hadapannya. Laman web Facebook menjadi santapan matanya. Bertambah lebar senyumannya selepas melihat status hubungannya dan Aqash mula diketahui ramai.

Aqash Hizami Lee is now in a relationship with Adlina Haziqah.

332 likes, 56 comments.

Adlina tertawa kecil. Ramai gila yang likes! Ni betul-betul likes ke atau terpaksa? Dia menggerakkan sedikit tetikus wireless dan klik pada bahagian komen. Satu persatu komen dibacanya dengan penuh minat dan debaran.

Komen 1 : Fuyooo, amek kau! Dah terang lagi bersuluh ni! :P

Komen 2 : No wonderlah bila aku ajak lepak tak nak join, dah ada awek rupanya. G mampos.

Komen 3 : Congrats Qash. Nampaknya I terpaksa cari orang lainlah lepas ni ;)

Komen 4 : Hope korang bahagia! xoxo

Komen 5 : Apahal abg Qash dgn Kak Adi........................... Apahal........................

Gementar pula dia merasakan. Betulkah keputusan yang diambilnya ini? Menerima lelaki yang pernah menjadi playboy sebagai teman lelakinya? Betulkah Aqash akan menghargai dan menyayanginya sehinggalah nyawa lelaki itu bercerai dari badannya? Aqash dan dirinya masih muda. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi masa hadapan.

Satu keluhan kecil terluah dari bibirnya. Memikirkan semua itu, hatinya gelisah. Terasa bagaikan dia sudah silap membuat percaturan hidup apabila memilih untuk bersama dengan lelaki itu. Ataupun semua ini, hubungan ini berlaku dengan cepat. Dia tahu itu semua tanggapan negatifnya sahaja tetapi dia juga manusia biasa. Perasaan takut dan curiga tetap wujud. Perasaan risau apabila Aqash tidak mengotakan janjinya.

Adlina menoleh sekilas ke arah laman web sosial itu. Gugup dia serta merta apabila melihat komen yang ditinggalkan oleh Adhia.

Oh wow... Finally huh? You better pray hard now for your long-term happiness with that bitch, Qash *smirk*

Adlina menelan air liur dengan payahnya. Pahit rasanya. Adhia Nabila. Sudah lama dia tidak mendengar khabar dari perempuan yang memuja Aqash separuh mati itu. Apa yang dia ingat, kali terakhir dia berjumpa dengan Adhia ketika majlis graduasi sekolah mereka. Ada yang berbisik kepadanya, Adhia dihalau balik ke rumah gara-gara tidak mahu menukar dress pendeknya dengan baju kurung yang diberi oleh Cikgu Milah. Dia sendiri tidak pasti sama ada cerita itu benar ataupun tidak. Apa yang pasti, selepas Aqash menengkingnya, dia sudah tidak melihat wajah Adhia lagi di dalam dewan itu.

Apa maksud perempuan ni bila dia tulis macam tu? Dia syok kat Qash lagi ke? Fikir Adlina rungsing. Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya serta merta. Diperhatikan sahaja skrin telefon Nokia C7 yang tertera nama 'mak nenek'. Adlina tersenyum nakal.

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang