16 // Suprise!

2.4K 78 6
                                    

"Mak Yam masak apa? Dari ruang tamu boleh bau ni. Laparlah. Nak makan," rengek Adlina manja lalu melentokkan kepalanya pada bahu Mak Yam. Tersenyum Mak Yam melihat telatah Adlina. Begitu juga dengan Puan Narimah. Diperhatikan Adlina yang berlalu ke arah meja makan kecil yang disediakan di dapur dan meneguk air bandung yang dibancuhnya sebentar tadi.

​"Hai anak dara sorang ni. Baru bangun ke? Ingatkan nak sambung sampai Asar. Seronok tidur?" perli Puan Narimah. Adlina tersengih nakal.

Okay get ready gais. Mama nak membebel in three, two, one. Tapi ayuhlah bangkang dulu!

​"Taklah. Orang main game dengan abah tadi. Punyalah bising, takkan mama tak dengar. Abah kalah dengan Lin 2 round tau," ceritanya bangga. Puan Narimah yang baru selesai membasuh pinggan menghampiri anak tunggalnya. Sisa-sisa air yang ada pada tangannya direnjiskan pada muka Adlina sehingga gadis itu menjerit kecil.

​"Mama!" jerit Adlina. Tergelak Puan Narimah dibuatnya melihat wajah Adlina yang sudah bertukar masam.

​"Banyaklah main game. Abah kamu dari tadi keluar. Macamlah mama tak tahu kamu sambung tidur lepas solat Subuh tadi. Kemain nak kelentong mama eh," kata Puan Narimah. Adlina membeliakkan matanya.

​"Laaaa. Abah keluar ke? Ala, spoil lah abah ni. Baru nak buat team. Tapi ada je kereta abah kat luar tu. Abah pakai kereta siapa?" soal Adlina pelik.

​"Kereta kamulah," jawab Puan Narimah lalu meneguk air bandung. Sekali lagi, Adlina membeliakkan matanya.

​"Waaa, orang baru cuci kereta semalam. Abah niii," rungut Adlina perlahan. Mak Yam yang sedang asyik mengacau gulai ayam menyampuk tiba-tiba. "Mak Yam nak pergi solat Zohor kejap. Gulai ni tunggu menggelegak dua tiga minit lagi, lepas tu boleh tutuplah,"

​Puan Narimah mengangguk. Adlina memerhatikan sahaja Mak Yam yang mengemas sisa-sisa makanan yang terdapat di tepi dapur gas itu lalu membuangnya. Selepas itu, barulah Mak Yam menuju ke biliknya untuk mengerjakan solat. Puan Narimah bingkas bangun dan membuka almari kecil. Dia mengambil beberapa ulas bawang putih dan bawang merah. Selepas itu, dia mengambil pula sebilah pisau dan mangkuk sederhana besarnya.

​Adlina mengerutkan dahinya selepas Puan Narimah meletakkan semua barang di hadapannya. Diperhatikan wajah selamba Puan Narimah yang duduk semula dan meneruskan kerjanya.

​"Apa tengok-tengok? Kupaslah cepat,"

Tersengih Adlina mendengarnya. Lincah tangannya mula mengupas bawang. "Kata nak pergi rumah kawan abah hari ni. Kenapa mama masak lagi?" soal Adlina.

​"Tak jadi. Dorang yang datang rumah kita. Bukan kawan abahlah. Sepupu abah sebenarnya. Abah kata anak dia satu sekolah dengan Lin. Budak form 6 juga. Mesti Lin kenal nanti," ujar Puan Narimah sambil tersenyum. Adlina terkesima sebentar.

​Huh? Sepupu abah? Satu sekolah dengan aku? Siapa? Punyalah banyak sekolah kat KL ni, nak jugak satu sekolah dengan aku. Sekolah tu dah satu hal, sepupu pulak dengan abah aku. Habis tu, aku dengan dia apa? Dua pupu? Kalau anak aku dengan anak dia, tiga pupu? Lepas tu, apa? Kupu-kupu? Memikirkan semua itu, Adlina ketawa kecil.

Ah, bodoh betul aku ni fikir sampai macam tu. Jadah melalut sampai hal kahwin.

​Puan Narimah menggelengkan kepalanya melihat sikap Adlina. "Dah-dahlah berangan. Cepat buat. Banyak kerja lagi ni. Lepas masak, kena kemas rumah. Kemas depan halaman rumah tu sekali,"

​"Mama ni, yang datang tu sepupu abah je. Bukannya Perdana Menteri," rungut Adlina sambil meneruskan kerjanya.

​"Habis tu, nak suruh rumah bersepah jelah?" jerkah Puan Narimah. Adlina tersengih mendengarnya. Baik stop before mama start bebel, fikirnya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now