5 // Family A

3.7K 135 0
                                    

"Fiq, Fiq.... Kenapalah Fiq jadi cikgu? Syarikat papa tu siapa nak uruskan? Kalau papa dah takde nanti, papa tinggalkan kat Fiq dengan Qash jugak. Si Qash tu pun, baru nak ambil STPM. Nak tunggu dia sambung degree, lama lagi. Papa ni pun sekarang bukan banyak tenaga macam dulu. Kat kamu berdua jelah papa harapkan," cerita Datuk Amrizi sambil merenung wajah tampan anak sulungnya itu.

Afiq berwajah tenang ketika mendengar papanya berkata sebegitu. Dihirupnya perlahan-lahan air bandung ketika sedang makan malam bersama ahli keluarganya. Datin Arisah dan Aqash hanya mendiamkan diri sambil menjamu selera.

​"Fiq, papa bercakap dengan kamu ni," tegur Datuk Amrizi lagi apabila dilihatnya Afiq tidak memberi sebarang respon. Afiq tersenyum.

​"Relakslah pa. Afiq saja je nak cuba nasib jadi cikgu dulu. Tak sangka dapat pula. Takpelah pa. Alang-alang Fiq mengajar ni, Fiq dapat tambahkan ilmu juga. Kebetulan, Fiq pun mengajar subject about business. Papa jangan risau. Fiq pun bukan nak jadi cikgu selama-lamanya. Kalau Fiq bosan, budak-budak tak nak dengar cakap Fiq, Fiq berhentilah jadi cikgu. Then, masuk office, tolong papa," Afiq tersenyum sambil berkata sebegitu kepada Datuk Amrizi. Aqash sudah menjengilkan matanya.

​Datuk Amrizi menarik nafas lega. "Baguslah kalau kamu cakap macam tu. Jangan sampai bila kamu dah mula mengajar, berubah hati pula. Terus nak jadi cikgu. Kempunanlah papa nak tengok kamu kat office nanti," sindir Datuk Amrizi. Afiq tergelak.

​"Takdelah papa. I promise. Fiq akan berhenti bila sampai masanya. Just give me some time,"

​"Berhenti tu cepat sikit," sampuk Aqash selamba sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya. Datuk Amrizi dan Datin Arisah sedikit terkejut akan kata-kata anak bongsunya. Afiq pula tersenyum sinis ke arah adiknya.

​"Qash! Apa cakap macam tu kat abang?" tegur Datin Arisah perlahan. "Dia tu kan abang Qash. Patutnya Qash bagi support kat dia. Penat tahu abang belajar bertahun-tahun nak jadi cikgu,"

​Aqash mencebikkan bibirnya. "Mummy tau tak abang dapat mengajar kat mana?"

​"Tak. Eh dah dapat ke? Fiq dapat kat mana?" soal Datin Arisah kepada Afiq. Datuk Amrizi turut memandang ke arahnya.

​"Fiq dapat kat sekolah Qash," katanya selamba.
​Terburai ketawa kedua-dua orang tua mereka.

"YaALLAH. Baguslah tu! Boleh Fiq tengok-tengokkan Qash kat sekolah," ujar Datin Arisah ceria sambil tersenyum manis ke arah Aqash. Aqash menjelirkan lidahnya ke arah abangnya. Afiq sekadar ketawa melihat tingkah laku adiknya. Harap umur je 19 tahun, perangai macam budak-budak darjah enam.

​"Qash tak suka la mummy. Nanti abang buli Qash. Dahlah dia ajar subjek business. Kelas Qash tu!" rengek Aqash manja. Afiq melemparkan sudu ke arah adiknya. Terkejut Aqash dibuatnya.

​"Budak manja!" ejek Afiq. Aqash mula menarik muka masamnya.

"Mummy!"

​"Fiq," tegur Datuk Amrizi. Afiq tersengih malu.

​"Tengok tu bang. Kita ni namanya je ada dua anak bujang. Sorang umur 19, sorang umur 23. Tapi perangai macam budak-budak. Dah boleh kahwin pun kalau ikut zaman dulu-dulu," Datin Arisah berkata sambil memandang wajah suaminya. Datuk Amrizi sekadar gelak mendengar ketawa isterinya itu. Dalam diam, dia bersyukur mendapat isteri yang baik dan anak-anak yang amat menghormatinya. Dia yakin dia telah membuat keputusan yang betul.

​Direnungnya isterinya yang khusyuk sambung berbual dengan anak-anaknya. Arisah Ahmad. Wanita yang dikahwinnya sejak 25 tahun lepas masih setia bersamanya ketika susah, ketika senang. Wanita itu masih setia disisinya. Memberinya semangat ketika dia hampir muflis dahulu. Menemaninnya ketika dia jatuh terduduk. Arisah sentiasa memberinya senyuman yang penuh keyakinan ketika dia amat memerlukan seseorang untuk memberinya inspirasi.

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang