Afiq menanggalkan kaca matanya. Perlahan-lahan matanya diusap perlahan. Perbincangan dengan klien sebentar tadi membuatkan badannya berasa letih. Apatah lagi melayan karenahnya yang agak cerewet. Bajet terlalu besarlah, bahan tidak berkualitilah, tempoh kontrak terlalu panjanglah. Ikutkan rasa hati, mahu sahaja dibatalkan sahaja usaha sama dalam membina sederetan rumah banglo di Taman Indah. Namun, apakan daya. Mengikut kontrak, jika perjanjian ini dibatalkan, pihak syarikat perlu membayar ganti rugi dua kali ganda daripada harga asal.
"Minum encik?" sapa seorang pelayan tiba-tiba.Afiq memandang ke arahnya serta merta. Wajah gadis memakai uniform merah dan tudung putih sambil tersenyum itu kelihatan sudah bersedia mengambil pesanannya.
"Fresh orange satu," pintanya selepas berfikir sejenak."Makan?"
Afiq mengerutkan dahinya. Jam tangan ditatapnya seketika. Pukul dua petang, katanya perlahan. Tidak hairanlah perutnya sudah mula meminta isi.
"Nasi ayam jelah," pelayan yang bernama Naza itu mengangguk lalu mencoret di atas kertas dan berlalu pergi.
Afiq melihat suasana The Chicken Rice Shop sekilas. Agak penuh. Barangkali semua yang berada di sini sedang menikmati makan tengah hari sepertinya. Sepatutnya usai meeting sebentar tadi, dia makan tengah hari dengan wakil Andanrz Sdn Bhd di hotel namun ditolaknya lembut. Dia mengatakan terpaksa menghadiri mesyuarat di tempat lain pula selepas ini.
Ah, cukuplah aku discuss dengan kau tadi. Dahlah cerewet! Tak pasal-pasal aku kena dengar kau complain pasal makanan pulak, ejeknya di dalam hati.
Sambil menunggu makanan yang dipesannya tiba, Afiq mula menghidupkan iPadnya. Jadualnya yang agak sibuk pada hari ini membuatkan dia tidak sempat untuk membaca akhbar. Selepas ini pula, dia terpaksa pergi ke Damansara untuk menjenguk projek perumahan vila di situ. Semalam, Aiman selaku pengurus projek mengatakan ada beberapa masalah yang mereka hadapi sehingga pembinaan vila-vila tersebut perlu dihentikan buat seketika.
Laman web New Straits Times ditatapnya lama. Satu persatu berita yang dilaporkan oleh akhbar itu dibacanya dengan penuh minat. Sedikit pun dia tidak menyedari apa yang berlaku di sekitarnya.
Adlina yang sedang berjalan-jalan di Times Square bersama Nazihah menghentikan langkahnya dan memandang ke dalam restoran The Chicken Rice Shop itu. Nazihah yang tidak menyedari Adlina yang berdiri di hadapan restoran itu terus bercakap seorang diri dan berjalan. Apabila dia mendapati Adlina tidak memberi sebarang respon terhadap apa yang diperkatakan, barulah dia tersedar. Dia menoleh kearah Adlina yang tampak kaku berdiri.Cis, aku bercakap sorang-sorang rupanya, rungutnya perlahan. Dia mendapatkan Adlina semula.
"Kau kenapa? Dahlah aku cakap sorang-sorang. Nasib baik takde orang tegur, 'Adik, adik ni gila ya? Jom abang hantar pergi hospital'. Lagi sedih kalau Aaron Aziz yang tegur aku macam tu. Pehh, jatuh saham gua," tempelak Nazihah geram. Adlina tersengih sumbing.
"Marah ke sayang? Jom mummy belanja gula-gula nak," usik Adlina.
"Aku tahulah badan aku kecik. Kau tak payahlah nak sindir-sindir bagai," balas Nazihah sambil mencerlungkan matanya. Bertambah galak Adlina mentertawakannya. Nazihah sekadar memasamkan mukanya.
"Haha.. Very funny," ejek Nazihah sinis sambil tertawa. Adlina mencubit pipi gadis itu sehingga Nazihah terjerit kecil.
"Dah, jangan nak membebel. Aku dahlah baru korek telinga semalam. Rasa macam suara kau terlebih lantang pulak bila cakap dengan aku. Aku boleh dengar sebijik-sebijik tahu,"
Nazihah menjelirkan lidahnya. "Dah tu, kenapa kau stop kat depan ni? Jangan cakap kau lapar lagi. Baru tadi kita mencekik kat Mc Donald. Fries aku pun kau rembat. Takkan kau lapar lagi? Makan banyak tapi badan keding jugak. Hairan aku dengan kau," kata Nazihah sambil melirik ke arah tubuh badan Adlina yang kurus.

YOU ARE READING
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...