28 // Kucar-kacir

1.7K 58 3
                                        

"Bila result keluar?" soal Afiq tanpa sedikit pun berpaling ke arah Aqash yang sedang leka bermain games di iPad. Matanya masih tertumpu ke arah komputer riba di hadapannya, menyiapkan laporan yang diminta oleh papanya sebentar tadi.

Aqash yang duduk bertentangan dengan Afiq menoleh sekilas ke arah muka abangnya yang tampak serius.

​"Tak silap aku, next month. Tapi dengar-dengar jelah. Tak tahu betul ke tak," jawabnya endah tidak endah. Afiq yang sedang menaip berhenti serta-merta. Wajah Aqash yang bersungguh-sungguh menghabiskan level games ditatap khusyuk.

​Aqash yang menyedari pandangan Afiq mula berasa gelisah. "Apa?"

​"Nothing," ujarnya ringkas lalu meneruskan kerjanya. Aqash merengus kecil. Dia meletakkan iPad di atas meja Afiq. Sambil menongkat dagu, dia merenung pula wajah Afiq.

​Pada kali ini, Afiq pula berasa tidak puas hati. Perhatiannya terganggu. "Apa?"

​"Nothing," Aqash membuat wajah selamba. Sengaja ingin menyakitkan hati Afiq.

​Tiba-tiba, Amylia, setiausaha Afiq tersembul di muka pintu sambil tersenyum manis. "Am I disturbing both of you?" soalnya lalu melangkah masuk ke dalam bilik majikan barunya. Aqash melemparkan senyuman kepada gadis itu.

​"Nope. Come in," ujar Afiq ringkas. Kaca matanya mula ditanggalkan. Sambil menggosok matanya yang agak keletihan, dia cuba untuk menahan sakit kepala yang menyerangnya. Aneh. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, dia mudah untuk menghidapi penyakit itu. Hendak dikatakan dia mempunyai penyakit migraine, tidak sama sekali.

​"Bos?" soal Amylia ragu-ragu. Dia turut pelik melihat sikap Afiq. Bukan baru hari ini dia melihat Afiq yang seperti mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Ada kalanya kerana tidak dapat menahan kesakitan itu, dia akan membatalkan semua mesyuarat atau temu janji pada hari tersebut. Apabila ditanya, dia cuma berkata tiada apa-apa dan sedikit keletihan akibat tekanan kerja. Amylia terpaksa mengiyakan sahaja. Untuk bertanya lebih, dia bimbang Afiq akan marah kepadanya.

​"Asal ni?" tanya Aqash kehairanan. Afiq mengangkat kepalanya dan merenung wajah Aqash yang tampak pelik.

​"Takde apa-apalah," balasnya cuba berselindung. Aqash mendengus tidak puas hati mendengar jawapan abangnya. Baru sahaja dia ingin bertanya lebih lagi, Afiq sudah mengalihkan perhatiannya kepada Amylia yang masih setia berdiri sambil memegang buku catatannya.

​"You may proceed," Afiq merenung wajah Amylia.

​"Kejap lagi pukul 10 pagi, bos ada meeting dengan semua eksekutif syarikat untuk membincangkan tender syarikat Tan Sri Halim. After that, bos ada lunch meeting dengan Pengarah Urusan Aiziran Sdn Bhd at Summit Hotel,"

​"Tu je?"

​"Lepas lunch meeting tu, bos ada cakap nak visit tempat projek kat Damansara. Do you still want to proceed or cancel it? Bos pun nampak macam tak okay je,"

​"Batalkan yang visit tempat projek itu," sampuk Aqash tiba-tiba. Renungan tajam Afiq tidak dipedulikan.

​Amylia mula berasa serba salah. Memandangkan kedua-dua mereka merupakan orang terpenting syarikat, dia tidak tahu arahan siapa yang perlu diikuti.

​"No. No need to cancel," tegas Afiq.

​"It's okay, Amy. Just cancel it," Aqash bingkas bangun dan menarik tangan Amylia untuk memimpinnya keluar dari pejabat Afiq. Amylia diam dan akur. Sesudah dia berada di hadapan mejanya, Aqash tersenyum nipis.

​"Ingat. Batalkan yang visit tapak projek tu,"
​Amylia sekadar mengangguk dan berlalu ke arah mejanya.

​Aqash kembali semula ke dalam ruang tempat Afiq bekerja. Dengan selambanya, dia menarik kerusi dan duduk di hadapan lelaki itu seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang