18 // Date

2.5K 85 1
                                    

"Kau kenapa? Tersenyum-senyum macam orang gila. Makan jering lebih sangat ke semalam? Tu yang high macam ni?" jerkah Adam kepada Danial yang asyik mengelamun sambil tersenyum sejak dari tadi. Danial yang seolah-olah tidak mendengar kata-kata Adam terus termenung.

Adlina menongkat dagu melihat kelakuan Danial yang aneh itu. Dia menoleh sekilas ke arah Adam yang tampak tidak berpuas hati. Adam mengeluh kecil akhirnya selepas menjungkit bahu tanda dia juga tidak memahami sikap Danial pada hari ini.

​"Nazihah mana?" soal Adlina kepada Adam.

​"Dalam hati aku," sampuk Danial tiba-tiba. Senyuman manis terus terukir di bibirnya. Adlina dan Adam berpandangan sesama sendiri. Sah! Mesti ada something dah berlaku.

​Adlina menampar lembut pipi Danial namun lelaki itu masih dengan sikapnya yang pelik. Sesekali, kedengaran gelak tawanya yang kecil.

"Danny sayang, Nazihah dah ada boyfriend lah," bisik Adlina geram. Dengan spontan, Danial menoleh ke arah Adlina. Memandangkan wajah Adlina begitu hampir dengan wajah Danial, dahi mereka berlaga.

​Ahhhhhhhh! Baik Adlina mahupun Danial, masing-masing menjerit kesakitan. Adam yang pada mulanya terpinga-pinga ketawa terbahak-bahak. Adlina yang menggosok lembut dahinya yang merah, menolak pula kepala Adam.

​"Siot! Bukan nak tolong!" marah Adlina. Danial pula mempamerkan riak wajahnya yang marah.

​Adam tersengih busuk. "Sorry, sorry. Sakit ke tuuuu?" soalnya sambil cuba untuk menggosok dahi Adlina namun ditepis kasar oleh gadis itu.

​"Hang bukan muhrim cheq. Jangan nak mengatai na," ujar Adlina selamba. Adam mendengus kecil. Dia mengerling pula ke arah Danial yang masih dalam kesakitan. "Kau okay tak?" Danial mengangguk sahaja menjawab pertanyaan Adam. Senyuman hambar dilemparkan kepada temannya itu.

​"Tulah, berangan je kerja. Geram tahu," gerutu Adlina. Danial tersengih.

​"Tunggu kejap. Aku belikan korang air," kata Adam lalu bangun menuju ke kantin yang tidak jauh daripada tempat lepak mereka. Adlina menoleh semula ke arah Danial.

​"Apa cerita ni beb?" tanyanya serius.

​"Nothing," jawapan pendek yang diberikan oleh Danial membuatkan Adlina menjadi berang. Nak berrahsia konon.

​"Nazihah?"

​"Kenapa dengan minah tu?" soal Danial semula. Hatinya mula berdebar selepas Adlina menyebut nama gadis bertudung itu. Ya, semalaman bergayut dengan Nazihah menjadikan dia sebegitu. Tersenyum seorang diri, ada kalanya ketawa dan termenung jauh.

Oh, aku sakit cinta ni!

​Adlina tersenyum sinis. Betul tekaan aku! "Mana dia?"

​"Oh, mesyuarat pengawaslah. Macam tak kenal ketua pengawas kecil tu. Adalah benda yang dia tak puas hati," seloroh Danial sambil tersenyum ceria. Adlina mengangguk sahaja.

Danial mengerling Adlina yang sedang membaca buku teks Sejarah. Dia mula berkira-kira sama ada mahu bertanya mengenai Nazihah mahu pun tidak.

​Nak tanya ke tak? Tadi, Adi cakap si Nazihah ada boyfriend. Semalam gayut, aku tanya takde pula si minah tu cakap. Yang aku tahu, duk ulang Hyun Bin jelah boyfriend dia. Takkanlah Nazihah couple mendadak Dengan siapa? Kan tanya, confirm free dapat sindir Adi ni. Nak ke tak nak? Ke Adi tipu je. Tapi kalau betul macam mana? Hatinya berbisik hebat.

​"Aku tunggu ni. Kalau nak tanya, tanya jelah. Duk jeling-jeling. Mata tu juling karang baru tahu," Adlina berkata selamba walaupun matanya masih bertumpu pada bukunya. Danial tersenyum malu. Memang susah betullah kalau dapat kawan yang ada sixth sense ni.

Me vs YouWhere stories live. Discover now