"Begitulah ucapan terakhir daripada pengetua kita, Encik Hafiz untuk anda semua yang telah bergelar graduan Gillian High School. Diharapkan anda semua dapat merenung dan mengambil sedikit nasihat yang diberikan oleh beliau untuk kegunaan pada masa hadapan," lembut suara Cikgu Ain berkata. Kata-katanya mendapat tepukan dari seisi dewan tersebut.
"Seterusnya, diminta ketua pengawas Gillian High School iaitu Nadiatul Nazihah binti Zulikram untuk memberikan ucapannya pula. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan," Nazihah menarik nafas berat. Serta-merta tubuhnya menggeletar. Danial memegang lembut tangan Nazihah sambil tersenyum untuk memberikan gadis itu sedikit keyakinan.
"Fighting!" bisikan lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan Nazihah tersenyum.
"Hai, takkan ketua pengawas takut ke," ejek Adlina. Nazihah mengetap bibirnya sebelum menepuk lembut bahu kawannya itu. Dia segera bingkas bangun dan berjalan menuju keatas pentas. Cikgu Ain tersenyum melihatnya.
"Yakin pada diri. Ingat. Ini kali terakhir kamu dapat bersuara sebegini. Lepas ni, dah takde dah," bisik Cikgu Ain padanya. Nazihah terkesima mendengarnya.
Ya, kenapa dia harus takut? Bukankah malam ini dia harus meluahkan segala-galanya?
Dia memperbetulkan kedudukannya seketika sebelum memandang ratusan mata yang merenungnya. Air liur yang dirasakan pahit ditelannya separuh rela. Hatinya cuba untuk menenangkannya. Perlahan-lahan, dia menghela nafas panjang lalu tersenyum.
"Assalammualaikum dan selamat malam kepada pengetua cemerlang kita, Encik Hafiz Bin Mat Kuntum, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru dan semestinya kawan-kawan yang berada di samping saya selama hampir dua tahun ini," pembukaan kata Nazihah mendapat tepukan gemuruh dan siulan nakal para pelajar. Entah kenapa gementarnya sudah hilang. Yang ada sekarang cumalah perasaan yakin untuk bersuara.
"Saya tahu hari ini hari yang paling istimewa buat kita semua. Mungkin dahulu kita pernah menghadiri majlis graduasi semasa berada di tingkatan lima tetapi kemeriahannya tidak dapat dirasai dengan sebenar-benarnya kerana ada di antara kita yang sudah berjanji untuk kembali semula ke sekolah ini sebagai pelajar tingkatan enam. Dan pada ketika itu, saya kira perpisahan antara kita belum benar-benar terjadi. Buktinya? Saya melihat muka yang sama sahaja menjadi student kembali di GSC," katanya sambil tertawa. Para guru dan pelajar turut ikut tertawa mendengarnya.
"Tetapi kita kembali sebagai pelajar yang lebih matang. Saya juga terikut berbangga kerana sepanjang saya berkhidmat sebagai ketua pengawas, saya takdelah mengejar pelajar-pelajar yang degil sebab tak nak masuk ke kelas lagi. Takde jugak nak marah-marah suruh anda semua buang sampah selepas makan.
Jadi, untuk kali terakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi kembali ke Gillian High School dan melakarkan sejarah kerana batch kita merupakan antara batch yang paling bagus disebabkan kejayaan student-student kita mendapatkan keputusan ujian yang sangat cemerlang setiap kali peperiksaan berlangsung. Betul kan fakta saya Encik Hafiz?" soal Nazihah selamba sambil memandang wajah Encik Hafiz yang nampak terpingga-pingga pada mulanya. Namun dia tetap mengangguk dan mengiyakan kata-kata Nazihah. Pecah ketawa seisi dewan itu sekali lagi.
"Saya, Nadiatul Nazihah binti Zulikram juga berasa bangga dengan kerana dapat bersama dengan anda semua sekali lagi. Dapat bergaul mesra, bergelak ketawa dan menjadikan anda sebagai pemangkin semangat untuk lebih berjaya. Kalau ditakdirkan masa dapat dihentikan, saya sangat berharap pada ketika inilah masa dihentikan. Pastinya, saya tidak akan dapat melupakan anda semua," semakin sebak suara Nazihah kedengaran. Matanya sudah mula berkaca-kaca.
Pandangannya beralih kepada meja Adlina. Adlina turut kelihatan sedih. Adi, Adam, Danny, mesti aku rindu gila kat korang lepas ni, desis hatinya sayu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...