"Lin?' panggil Afiq perlahan. Cuba untuk tidak mengejutkan gadis itu yang kelihatan tenggelam dalam dunia ciptaannya sendiri. Laju kakinya dihayunkan ke arah Adlina yang sedang duduk di meja bar sebelum pandangannya kembali menyapa suasana gelap di dapur rumahnya. Baru dia perasan Adlina tidak membuka sebarang lampu sejak dari...
Sejak dari bila Adlina duduk di situ sebenarnya?
"Jangan bukak lampu. Biar je macam ni," lembut suara Adlina kedengaran pada cuping telinganya, mematikan gerak tangannya yang hampir menyentuh suis lampu. Afiq tersenyum kecil sebelum mengambil tempat di hadapan Adlina. Diperhatikan Adlina yang sedang tunduk, melemparkan pandangan kosong ke arah cawan yang berisi air kosong yang sudah tinggal separuh.
Meskipun dalam samar gelap dan berbekalkan cahaya lampu dari ruang makan, Afiq masih boleh melihat dengan jelas wajah pucat Adlina. Mata gadis itu juga kelihatan sembab yang teramat. Barangkali sebab menangis terlalu kuat dan tidak cukup tidur pada waktu yang sama, fikirnya.
Majlis tahlil yang dilakukan di rumah Adlina mujurlah berjalan lancar. Adlina yang paling sibuk, bertungkus-lumus menyiapkan segala-galanya sampaikan Datin Arisah naik bimbang Adlina kekurangan rehat. Sudahlah gadis itu tidak cukup rehat dan jarang makan. Dalam masa seminggu sahaja, muka Adlina berubah cengkung. Seri pada wajahnya jugak terikut hilang.
Sepatah ditanya, sepatah jugaklah yang dijawab. Masing-masing mati kutu untuk memulakan perbualan dengan Adlina. Mujurlah saat Datin Arisah meminta untuk Adlina tidur di rumahnya pada waktu malam selepas kenduri tahlil tidak dibangkang olehnya. Adlina mengangguk terus tanpa berfikir panjang.
"Lin duduk sini dari pukul berapa lagi sebenarnya? Kenapa duduk dalam gelap ni? Tak takut?" soal Afiq lembut.
"Kenapa? Rumah abang ada hantu ke?" pertanyaan spontan Adlina mengundang hilai tawa Afiq. Namun, susah untuk dinafikan rasa senang dalam hati Afiq tatkala Adlina masih sudi untuk berbicara dengannya. Apatah lagi saat dia mendengar Adlina membahasakan dirinya sebagai abang.
"Takdelah. I thought semua perempuan takut gelap,"
"Dulu masa arwah abah dengan mama ada bolehlah takut gelap. Abah dengan mama mesti ada temankan Lin. But now, nak tak nak Lin kena face jugak rasa takut tu. I don't have anyone on my side anymore," ujarnya sambil tersenyum kecil. Dengan pantas, Afiq menggelengkan kepalanya.
"No, no. Don't think like that. You will always have us by your side. You have me, mummy, papa, Qash..,"
"It's not same, abang. You gotta admit that. Even korang semua ada dengan Lin sekarang, takkan sama macam arwah abah and mama," Adlina memotong percakapan Afiq.
Afiq mengeluh kecil. "I know. Lagi senang nak bercakap dari buat kan? But abang tak nak Lin rasa sorang-sorang,"
"Lin dah rasa keseorangan pun dah, bang. Even abang dengan Lin sekarang," jawapan Adlina menyentakkan hati Afiq. Walaupun riak wajah gadis itu tampak bersahaja tetapi hati manusia ni memang susah untuk diduga. Kan?
"So, apa planning Lin after this?" soal Afiq cuba mengubah topik. Bimbang Adlina terbawa-bawa dengan emosi sedihnya lagi.
Adlina menongkat dagunya sambil memandang tepat ke arah Afiq. Pandangan lembut dari mata Adlina terasa membunuh segala perasaan tenang yang dimilikki sejak dari tadi. Hanya dengan satu renungan, Adlina boleh tewaskannya. Jiwa lelakinya berterusan rasa terganggu. Perasaan sayang terhadap Adlina sebelum ini pun belum sempat mati. Takkan dengan satu renungan, Afiq terus menjadi lemah kembali?
Oh. Hell yes actually!
Riak wajah Afiq yang nampak sedikit kalut mengundang tawa kecil dari bibir mugil Adlina. Duk tanya soalan kat aku. Yang dia duk nervous serupa dia yang kena jawab soalan apahal?

ANDA SEDANG MEMBACA
Me vs You
RomansaBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...