Adlina mengeluh kecil. Bukan dia tidak mahu menerima lelaki lain dalam hatinya. Cuma dia masih belum mampu untuk melupakan bekas teman lelakinya 100%. Cintanya terhadap Akmal masih ada meskipun lelaki itu sudah meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Kenangan bersama lelaki itu juga masih segar di dalam hatinya.
Senyuman, gelak tawanya dan bisikan cinta yang diungkapkan oleh lelaki itu ternyata mampu membuatkan dia masih menganggap lelaki itu masih hidup sehingga ke hari ini.
Muhammad Akmal Zariff, perlahan bibirnya menyeru nama lelaki yang berjaya mencuri hati dia dua tahun lepas. Ketika itu, dia masih menuntut tingkatan 5. Rumah banglo yang tersegam indah di sebelah rumahnya dihuni oleh keluarga Akmal selepas hampir 5 bulan ditinggalkan oleh pemiliknya. Kata ibunya, pemilik banglo terbabit terpaksa berpindah ke Australia kerana mengikut suaminya yang mendapat kerja di sana sebelum keluarga Akmal membeli rumah tersebut.
Pertama kali dia melihat Akmal ketika lelaki itu sedang sibuk memindahkan barang ke rumah barunya, hatinya berbisik nakal.
Bertuah gila aku dapat jiran handsome. Ni boleh dibuat pemangkin semangat untuk belajar ni, gelak hatinya. Tanpa disedari, matanya asyik merenung wajah kacak Akmal. Diperhatikan setiap ciri yang terdapat di mukanya.
Kulit hitam manis tapi takdelah gelap sangat. Mata ala-ala ada pandangan tajam, mesti cair kalau tenung lama-lama. Bibir merah, nampak bersih. Mesti bukan smoker. Hidung takdelah macung sangat. Tinggi sederhana, tak gemuk. Rambut style Korean, belah tepi. Ditambah pakai kaca mata, aduhh. Rasa macam nak ajak kahwin je.
Akmal yang merasakan ada mata yang memandangnya lama mula melihat sekelilingnya dan terhenti pada susuk tubuh gadis itu. Diperhatikan wajah mulus Adlina yang sedang merenungnya dengan senyuman nakal. Akmal sedikit hairan namun dia masih membalas senyuman Adlina. Adlina ternyata masih kaku dan meneruskan angan-angannya. Hal ini membuatkan Akmal berhenti dari kerjanya seketika dan menghampiri Adlina yang berdiri di sebelah rumahnya.
"Hai," sapa Akmal sekadar berbasa-basi. Apabila dia melihat Adlina masih lagi diam dengan lagak yang sama, dia mula mengibaskan tangan kirinya menghampiri muka Adlina, membuatkan gadis itu sedikit tersentak. Lebih mengejutkan apabila dia melihat jiran barunya sudah berada di hadapannya!
Hoih! Malunya!
"Saya Akmal. Muhammad Akmal Zariff. Jiran baru awak. Awak tinggal kat sebelah rumah saya kan? Berjiran kita nampaknya," kata Akmal dengan nada ceria.
Adlina tersengih malu. Apalah kau! Buat malu je first time jumpa, kau macam ni dah. Mesti dia ingat kau orang gila.
"Adlina Haziqah. Panggil saya Adi je," gugup Adlina berkata. Akmal berkerut. Nama punya cantik, tapi panggil ciput je. Macam laki je.
"Adi? Haha. Comel je nama awak. Saya suka," Akmal tersenyum sambil menampakkan baris gigi putihnya yang tersusun rapi. Mak aiii, silap-silap hari bulan, aku yang suruh mak masuk minang dia ni. Tak payah ambik SPM pun takpe, hatinya berbisik nakal.
"Student?" soal Akmal. Adlina sekadar mengangguk.
"U mana?"
"Hati... U?" Adlina mengusik. Akmal tertawa kecil. Amboiiiii. Goyang kejap ni.
Adlina tergelak. "U apanya. Saya baru nak ambil SPM tahun ni. Apalah awak ni," kata Adlina sambil tergelak manis. Akmal perasan lesung pipit yang kelihatan di kedua-dua belah pipinya. Cantik! Adlina sangat cantik!
"La yeke. Kira adik la ni. Takpekan kalau saya bahasakan diri saya abang?" Adlina sekadar mengangguk. Setuju dengan permintaan Akmal.
"Abang belajar kat UM. Ambil bidang pendidikan," terang Akmal tanpa dipinta. Adlina mengangguk lagi
![](https://img.wattpad.com/cover/68005319-288-k757110.jpg)
YOU ARE READING
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...