40 // Hilang

1.7K 65 4
                                    

"Mana Lin?" soal Datin Arisah sambil memandang tepat ke arah Aqash. Afiq yang baru tiba di meja makan sekadar membisu lalu duduk di hadapan Aqash. Dia tahu Aqash sedang memerhatikannya dalam diam. Selepas peristiwa yang berlaku semalam, nampak gaya mendiamkan diri adalah perkara yang terbaik.

Like.. Dude. Takkanlah nak tegur 'Good morning, brother. Sorry for last night. Terpeluk awek kau pulak.'

And I don't even know if both of them are still in a relationship or what. Nampak hambar je, getus hati kecil Afiq.

"Entah," jawab Aqash sepatah. Tanpa mempedulikan renungan pelik daripada mummynya, lantas dia mengambil sekeping roti bakar dan disuakan ke dalam mulutnya. Matanya dialihkan ke arah telefon bimbit yang setia berada pada tangan kirinya sejak dari tadi. Datin Arisah memandang lama ke arah Aqash. Pelik dengan sikap anak bongsunya hari ini.

"Qash, pergilah panggil Lin. Ajak dia breakfast sama. Apa ni buat tetamu macam tu, makan tak ajak. Macamlah tak faham," tegur Datin Arisah perlahan meskipun nada suaranya kedengaran tegas bunyinya.

"Why don't you ask your beloved son to call her? Pretty sure he won't say no to do that. In fact,..."

"Aqash," panggilan Afiq mematikan terus percakapan Aqash. Renungan mata tajam Afiq dibalasnya berani.

"What?" soalnya lantang. Serta-merta, peristiwa semalam di mana Adlina memeluk Afiq menjelma dalam fikirannya, membuatkan amarahnya yang tidak pernah surut menjadi semakin membara. Dia masih tidak boleh menerima semua itu. Biarlah Afiq sudah menjelaskannya, dia tidak akan sama sekali mempercayainya.

Apatah lagi, renungan kosong yang dilemparkan oleh Adlina sewaktu bertentang mata dengannya tidak menunjukkan reaksi serba salah sama sekali. Bagaikan mengejek dirinya yang hampir hilang kewarasan sewaktu melihat peristiwa itu.

Pandangan Datin Arisah tidak berkalih daripada Aqash sejak dari tadi. Entah kenapa, suasana tegang sejak dari tadi lagi menjadi bertambah teruk. Dan Aqash juga berterusan menyerang Afiq. Ada sesuatu yang berlaku ke?

"Mummy asked you to do that. Just go and call her, will you?" kata Afiq tegas.

Aqash menghela nafas berat sebelum meletakkan semula roti bakar dalam pinggan di hadapannya. Wajah Datin Arisah ditatap sekilas sebelum dia bingkas bangun, menghayun langkah ke arah bilik Adlina.

Afiq menatap semula surat khabar yang masih setia berada di tangannya. Datin Arisah yang tidak berpuas hati dengan situasi tadi terus mengambil tempat di sebelah Afiq. Afiq sekadar melihat mummynya melalui ekor matanya dan kembali membaca surat khabar itu.

"Fiq," panggil Datin Arisah separuh berbisik.

"Mmm," sahut Afiq malas.

"Aqash kenapa? Kamu gaduh ke?"

"Takdelah. Dia je emo lebih. Tak tahu kenapa. Period kot," ujar Afiq selamba. Datin Arisah menjengilkan matanya. Geram pula dirinya melihatkan sikap Afiq yang tidak acuh itu. Terus dia merampas surat khabar yang menjadi perhatian Afiq sejak dari tadi dan diletakkan pada kerusi sebelahnya. Afiq mengeluh kecil. Faham sangat dengan perangai Datin Arisah yang tidak akan pernah berpuas hati dengan jawapan ringkas. Selalunya Datin Arisah akan mendesaknya untuk menceritakan segalanya sehingga dia berpuas hati.

"Mummy, please. Give me that newspaper back,"

"No until you tell me the truth. What happened? Kenapa Qash masam muka, tinggi suara sampai macam tu sekali? Mummy tahu korang kerap gaduh tapi paling-paling pun mesti korang tergelak. Takde sampai teruk macam tu sekali," Afiq sekadar menjungkit bahu. Malas mahu melayan mummynya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now