"Woi Nazihah, hah, hah, hah," jerit Danial lalu menghamburkan ketawa. Nazihah yang sedang beratur membeli keropok lekor di kantin menjeling Danial geram. Mamat ni, memang nak kena dengan aku. Adlina dan Adam turut tergelak. Danial ni memang sakai betul.
"Kau nak apa monyet?" laung Nazihah pula.
Terpinga-pinga Danial seketika. Monyet? Dia panggil aku monyet?
"Hoi, agak-agaklah panggil aku monyet," balas Danial geram. Nazihah mencebikkan bibirnya dan terus beratur untuk membeli makanan kegemarannya itu. Danial mengecilkan matanya melihat kelakuan Nazihah. Adlina menyiku Adam. Adam mengangguk.
"Kau ni kan, suka sangat usik minah tu sekarang. Ada apa-apa ke?" soal Adam selamba. Adlina menongkat dagunya dan merenung wajah Danial yang mula terpinga-pinga selepas mendengar soalan Adam. Akhirnya, Danial tersengih sambil mengusap lembut lehernya.
"Aku saja je usik minah tu. Aku suka dengar dia membebel. Yelah, nanti lepas habis STPM, semua bawa haluan maisng-masing. Dapat masuk U pun, belum tentu semua dapat tempat sama. Kita pun dah bawa haluan masing-masing," jawab Danial perlahan. Adlina ketawa besar. Dibalingnya pen biru ke arah Danial sehinggakan lelaki itu terjerit kecil.
"Woi anak setan!"
"Nak menipu agak-agak la weh. Kau ingat aku tak perasan nota kecil kat bawah buku latihan Pengajian Am kau. Kejap kejap. Apa kau tulis ya? Danial love Nazihah. Serupa bebudak sekolah rendah nak start bercinta tulis camtu. Kahkahkahkah," ujar Adlina sambil ketawa terbahak-bahak. Danial mula berpeluh. Kantoi! Dia menoleh ke arah Adam. Adam tersenyum kecil sambil menjungkitkan bahunya.
"Aku pun dah tahulah. Don't worry," kata-kata Adam membuatkan Danial bertambah gementar. Dua orang rakan karibnya sudah mengetahui perasaanya. Macam mana nak cover woi?
"You want to share something? A good news perhaps?" tanya Adlina sambil tersenyum penuh makna. Danial mengeluh kecil.
"Korang jangan bagitahu Nazihah pula. Ni rahsia kita-kita je. Kalau dia tahu, alamak matilah aku. Dia tu mana minat benda-benda macam ni. Dia kata dia nak kahwin dengan mamat yang muka macam Hyun Bin je. Gila ke apa? Aku bukan mamat Korea. Aku ni keturunan Melayu! Patutlah tengok muka aku dengan Shaheizy Sam tak banyak beza," rungut Danial geram. Nazihah sangat mengemari tentang dunia Kpop. Semenjak dia melihat lakonan Hyun Bin di dalam drama Secret Garden, Nazihah bagaikan angau dan terus menyebut nama lelaki itu hampir setiap hari.
"Fazura macam mana?" tambah Adlina lagi. Teringat dia gadis manis yang bernama Fazura yang diperkenalkan oleh Danial satu ketika dahulu. Beriya canang berita dia dan Fazura merupakan pasangan kekasih. Satu keluhan kecil terluah dari bibir Danial.
"Aku dengan dia dah takde apa-apa," jawab Danial pendek. Terkesima seketika Adlina dan Adam mendengarnya.
"Asal pulak?"
"Aku dengan dia jauh weh. Dia kat Pahang, aku kat sini. Dah pergi UiTM tu, faham-faham jelah. Mesti berubah hatilah. So, clash jelah. Ingat senang ke nak LDR?"
"Hmm okay. Apa plan kau?" celah Adam pula. Danial menjungkitkan bahunya. "Ada dua je. Sama ada aku terus terang kat Naz atau aku lupakan je,"
"Boleh ke kau lupakan dia?" Adlina serkap jarang. Danial sekadar tersengih. Gila apa nak lupakan dia kalau dah nampak depan mata hari-hari?
"Aku cubalah. Eh, dia datang. Diam. Ingat rahsia kita," kata Danial serius selepas melihat Nazihah berjalan menghampiri mereka sambil memegang empat bungkusan keropok lekor.
"Aku datang terus senyap. Tadi beriya-iya aku tengok korang syok borak," ujar Nazihah geram. Dia memberi kawan-kawannya sebungkus keropok lekor setiap seorang. Mereka yang lain tersengih sahaja.
YOU ARE READING
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...