12 // Saudara Jauh

2.3K 78 0
                                    

"Tuan, ada orang nak jumpa. Katanya, dia kawan lama tuan tapi dia tak buat apa-apa appointment. Nak panggil dia masuk ke?" soal Ain, setiausaha Encik Saifullah. Encik Saifullah mengerutkan dahinya, Siapa pulak nak jumpa aku ni?

​"Dia ada cakap nama dia siapa?" soalnya. Ain menggeleng. Encik Saifullah terfikir sejenak.

"Lepas ni, saya takde apa-apa appointment kan?" soalnya lagi. Pantas, Ain membuka buku catatannya yang mencatatkan setiap aktivi yang dilakukan oleh ketuanya.

​"Tuan ada appointment pukul tiga kejap lagi dengan wakil dari Jepun. Sekarang, baru pukul 11 pagi. Sempat lagi kalau tuan nak jumpa dia," ujar Ain sambil tersenyum. Encik Saifullah mengangguk dan menyuruh 'kawan lamanya masuk' ke dalam biliknya. Ain mengangguk dan meminta diri untuk pergi. Ketukan pada pintu biliknya kedengaran.

​"Masuk," laung Encik Saifullah dari dalam. Orang itu masuk dan tersenyum selepas melihat riak wajah Encik Saifullah yang jelas nampak terkejut dengan kedatangan yang tidak diundang.

​"Assalammualaikum," orang itu memberi salam. Senyuman manis terus terukir di bibirnya. Encik Saifullah bagaikan tidak percaya. Riz, perlahan suaranya memanggil nama kawan lamanya itu. dia terus bangun dan memeluk tubuh badan Datuk Amrizi. Datuk Amrizi ketawa dan membalas pelukan Encik Saifullah.

​"Riz... Lama aku tak jumpa kau. Aku ingatkan kau dah tak ingat. Lama betul kita tak jumpa," kata Encik Saifullah dengan riak wajah yang masih tidak percaya dengan kedatangan Datuk Amrizi. Dia mempelawa Datuk Amrizi duduk di sofa yang terletak di sudut ruang biliknya. Selepas itu, dia keluar seketika mendapatkan Ain yang sedang menulis sesuatu.

​"Ain, kopi dua ya," ujarnya. Ain memandang ke arah Encik Saifullah dan mengangguk. Encik Saifullah kembali mendapatkan Datuk Amrizi yang sedang melihat keadaan pejabatnya. Tersenyum dia seketika.

​"Macam nilah aku, Riz. Makan gaji bawah orang lagi. Tak macam kau, syarikat kau dah gah gila kat Malaysia," kata Encik Saifullah bersahaja. Tergelak Datuk Amrizi mendengarnya. Ah Saif, kau terlalu memuji, desisnya.

​Dia mengimbas kembali persahabatan yang mula terjalin di antaranya dan Saif. Dia mula mengenal Saif ketika dia pergi ke Kampung Selamat, kampung isterinya. Ketika itu, untuk pertama kalinya dia berhadapan dengan orang tua Arisah. Saif merupakan sepupu Arisah. Jadi, sedikit sebanyak dia turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Saif.

Datuk Amrizi mengakui selepas dia masuk Islam, dia tidak mempunyai ramai rakan. Rakan-rakannya yang dia ada cumalah segolongan orang yang dikenalinya yang bersebelahan rumahnya. Saif menjadi rapat dengannya selepas dia tinggal seminggu di kampung itu. Tanpa mengira siapa dirinya pada masa lalu, Saif menerima dirinya seadanya. Malah, lelaki itu juga mengajar serba sedikit mengenai Islam agar pengetahuannya menjadi lebih luas.

"Aku pun biasa-biasa jelah. Alhamdulillah, ada jugalah sikit-sikit. Aku ajak kau kerja dengan aku tak nak. Seganlah, malulah. Tak faham aku," ujar Datuk Amrizi selamba. Encik Saifullah tersengih mendengar kata-kata Datuk Amrizi.

"Yelah, nanti apa pulak cakap orang. Mesti yang lain kata aku yang suruh kau ambil aku kerja dengan kau. Takpelah Riz. Kerja kat sini pun okay juga," balasnya. Datuk Amrizi tersenyum dan mengangguk. Inilah sikap Saif yang paling dia gemari. Tidak pernah menjadikan tiket persahabatan atau keluarganya untuk kepentingan diri sendiri.

"Eh, Arisah sihat? Anak-anak kau?" soal Encik Saifullah ceria.

"Alhamdulillah. Semua sihat. Arisah tengah sibuk nak siapkan butik dia. Tak lama lagi bukalah tu. Anak aku yang sulung jadi cikgu. Yang nombor dua tu tu, tahun ni STPM," cerita Datuk Amrizi sambil membayangkan wajah-wajah keluargannya yang amat disayanginya itu. Encik Saifullah mendengar dengan penuh minat. Perbualan mereka terganggu ketika Ain mengetuk pintu. Dia masuk selepas mendapat kebenaran Encik Saifullah. Dengan cermat Ain meletakkan dua cawan air kopi diatas meja.

"Jemput minum tuan, Datuk," pelawa Ain. Datuk Amrizi dan Encik Saifullah mengangguk dan meneguk sedikit air kopi untuk membasahkan tekak. Ain kembali ke meja dan meneruskan kerjanya.

"Family kau?" soal Datuk Amrizi pula.

"Alhamdulillah. Samalah. Semua sihat. Eh, yang sulung tu Afiq kan? Apa pula jadi cikgunya. Bukan patut jadi businessman macam kau ke," tanya Encik Saifullah pelik.

"Tulah pasal. Dia kata dia minat nak jadi cikgu. Tapi dia ada cakap juga ni semua kejap je. Nanti dia kerja dengan aku jugak. Hai, budak-budak ni, tak faham jugak aku kadang-kadang. Just go with the flow lah," kata Datuk Amrizi sambil ketawa memikirkan keputusan anaknya. Begitu juga dengan Encik Saifullah.

"Anak kau ambil STPM? Samalah dengan anak aku. Aku suruh masuk U, tak nak. Dia kata lambat," tambah Encik Saifullah.

Datuk Amrizi mengangguk. "Samalah. Nasib baik Afiq tu mengajar kat Gillian High School, sama dengan tempat adik dia. Takdelah aku risau sangat," kata-kata Datuk Amrizi mengejutkannya.

Gillian High School? Tu sekolah anak aku juga, bisik hatinya.

"Anak kau ambil kelas apa?" tanya Encik Saifullah tidak sabar.

"Businesslah,"

Jawapan Datuk Amrizi membuatkan dia tersenyum simpul. "Anak aku pun sekolah kat situ jugak sebenarnya. Ambil business juga. Mesti dia sekelas dengan anak kau,"

Terburai ketawa mereka akhirnya selepas mendengar 'kebetulan' itu.

"Ajaklah bini dengan anak kau datang rumah aku. Aku suruh bini aku masak. Lagipun, kau dah lama tak jumpa Arisah juga kan," pelawa Datuk Amrizi dengan nada teruja.

"Yelah, nanti aku cakap dengan orang rumah aku. Lepas tu, aku call kau. Kan aku cakap setuju awal-awal, takut dorang ada plan pula lepas ni," apa-apa pun dia perlu bertanya kepada Narimah dan Adlina terlebih dahulu. Bimbang juga dia jika hari mereka makan bersama, ahli keluarganya mempunyai urusan lain. Datuk Amrizi mengangguk.

"Sebenarnya, aku ada hajat datang office kau ni," ujar Datuk Amrizi sambil tersenyum makna ke arah Encik Saifullah.

"Apa dia?" tanya Encik Saifullah.

"Macam ni, syarikat aku bercadang nak bagi projek...," selepas itu, perbincangan di antara kedua-dua orang sahabat itu mengenai kerja. Sesekali, kedengaran suara serius Datuk Amrizi menerangkan kepada Encik Saifullah yang ada kalanya tidak memahami. Harapan Datuk Amrizi, melalui projek yang diberikan kepada Encik Saifullah dapat menyambung kembali persahabatan mereka yang telah lama terputus.

Me vs YouWhere stories live. Discover now