19 // Janji

2.4K 87 3
                                    

"Abang tak setuju. Kenapa Imah memandai je buat perjanjian dengan Risah macam tu?" keluh Encik Saifullah. Puan Narimah tersenyum walaupun nada suara Encik Saifullah sudah mula meninggi. Jelas, Encik Saifullah marah dengan perbuatannya. Dia memahami alasan yang diberikan oleh suaminya itu tetapi dia juga mempunyai alasannya yang tersendiri.

​"Itu perjanjian kosong je bang. Baik saya dengan Kak Risah, kami tak berharap sangat pun. Kalau jadi, Alhamdulillah. Kalau tak, takpelah. Maknanya bukan rezeki kamilah nak berbesan," jelas Puan Narimah sambil memegang erat tangan suaminya itu. Pandangan tajam Encik Saifullah tidak dihiraukan.

​"Imah sendiri tahukan Lin belum betul-betul okay lagi," perlahan suara Encik Saifullah berkata.

​"Ya, saya tahu. Tapi bukan saya suruh anak kita tu kahwin terus. Dia pun nak sambung degree, nak kerja. Saya faham macam mana perasaan dia sekarang. Tapi abang kena ingat. Sampai bila dia nak terus hidup macam tu? Arwah Akmal dah lama takde. Takkan kita nak biarkan je Lin jadi macam tu. Sedih, menangis," luah Puan Narimah kesal. Hatinya sedikit kecewa dengan sikap Encik Saifullah yang menentang rancangan baiknya dan Datin Arisah mentah-mentah. Niat mereka berdua baik. Ingin mengeratkan lagi hubungan keluarga masing-masing dengan perkahwinan Adlina dengan salah seorang anak lelaki Datin Arisah.

​Sebagai ibu, dia tahu Adlina akan memahami niat sucinya pada suatu hari nanti. Dia tidaklah bersikap kejam dengan memaksa Adlina berkahwin selepas STPM. Puan Narimah turut sedar Adlina masih belum mampu melupakan arwah Akmal 100%. Buktinya, hampir setiap malam dia mendengar tangisan anaknya di dalam biliknya. Apabila diselidik, dia melihat Adlina yang sedang meratap sayu gambarnya dan arwah Akmal sambil meluahkan perasaanya terbuku. Memikirkan semua itu, hatinya menjadi sebak. Dia cuma tidak mahu Adlina berterusan menjadi sebegitu. Tambahan pula, Adlina ialah satu-satunya permata yang dia miliki. Pastinya, kebahagian Adlina akan didahulukan.

​Encik Saifullah menghela nafas. Terasa berat sekali. Entahlah, sukar untuk dia menyetujui rancangan isterinya. Bimbang juga dia seandainya Adlina memberontak. Belum sempat dia berkata, Mak Yam datang sambil menatang dua cawan kopi panas. Perlahan-lahan, wanita tua itu meletakkan cawan-cawan yang berisi kopi itu di atas meja kopi.

​"Minum encik, puan," jamu Mak Yam sambil tersenyum manis. Encik Saifullah dan Puan Narimah mengangguk serentak. Masing-masing melemparkan senyuman hambar. Mak Yam terkesan dengan riak wajah pasangan itu. Pasti ada sesuatu, fikirnya. Malas membuat andaian lagi, Mak Yam meminta diri untuk meneruskan kerjanya di dapur. Pemergiannya dihantar dengan pandangan kosong oleh Puan Narimah.

Encik Saifullah menghirup sedikit air kopi itu dengan berhati-hati. "Abang marah?" ragu-ragu Puan Narimah bertanya. Encik Saifullah merenung sepi wajah isterinya itu. Satu keluhan kecil terluah dari bibirnya.

​"Abang tak marah. Kalau Imah rasa ni yang terbaik untuk anak kita, ikut Imahlah. Tapi ingat. Ambil pendapat Lin juga. Saya tak nak dia rasa terpaksa, lepas tu buat sebab kita. Okay?" Encik Saifullah memegang lembut tangan Puan Narimah. Sejuk rasanya. Pastinya, isterinya merasa sedikit takut ketika berbicara dengannya sebentar tadi.

​Puan Narimah merasa terharu dengan kata-kata suaminya itu. Hati Encik Saifullah memang lembut. Oleh kerana itulah, perkahwinan yang dibina sejak 20 tahun lalu masih dapat bertahan dan kekal. Semuanya disebabkan ketenangan dan kesabaran Encik Saifullah melayani karenahnya. Dalam diam, hatinya memanjat kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana memperolehi suami sebaik Encik Saifullah.

​"Imah janji bang. Kalau Lin tak suka, kita terima," ucapnya lembut. Encik Saifullah tersenyum lalu mengangguk.

​"Yelah, abang risau. Kita plan benda ni awal sangat. Buatnya masa budak tu mengaji dekat U, jumpa orang lain je. Tak pasal-pasal awak, saya, Risah gigit jari," usik Encik Saifullah. Tergelak kecil Puan Narimah mendengarnya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now