"Do you feel comfortable now?" soal Adlina lembut sambil mengemaskan comforter pada badan kecil Elena. Elena mengangguk laju menjawab pertanyaan Adlina. Patung Barbie yang masih setia berada di dalam dakapan sejak dari tadi diletakkan di atas bantal, bersebelahan dengan mukanya. Adlina tersenyum kecil melihat telatah wajah polos di hadapannya. Diusap lembut rambut coklat Elena sebelum mencium lembut dahinya.
"Elena tidur dulu okay. Auntie goes downstairs kejap. Need to help Mak Yam before we all go sleep,"
"Oh. Do you need some help from me, Auntie? Daddy said that I need to help with the household chores too since I'm living here now," ujar Elena. Dia cuba bangun tapi dengan pantas Adlina menahannya.
Tergelak Adlina melihat telatah Elena. "No, sweetheart. Elena sleep je okay. You don't have to worry about that,"
"But promise that you'd tell me if you need my help?" petah mulut Elena berkata sambil menyuakan jari kelingking ke arah Adlina, cuba menagih pinky promise daripada gadis itu. Adlina memaut erat jari kelingkingnya dengan Elena.
"Promise. Now, sleep. You can sleep with the bedside lamp on, right? Or do you want me to turn it off?"
"Do you sleep with the light on too?"
"No. Auntie suka gelap,"
"Okay we choose gelap then. I don't favor that too," kata Elena sambil mula menguap kecil. Dengan pantas, dia menekup tangan kecil pada mulutnya. Adlina tersenyum melihatnya.
"Did daddy teach you to do that?" soal Adlina. Elena sekadar mengangguk kecil sebelum menutup matanya. Adlina menepuk lembut comforter yang menutupi badan Elena sebelum dia bangun dan menuju ke arah lampu tidur di meja kecil sebelah katil. Dia melihat sesaat ke arah Elena yang mula hanyut ke dunia mimpi dan mematikan suis lampu tersebut. Adlina berjalan ke arah suis besar lampu bilik dan turut mematikannya sebelum keluar dari situ. Dia membiarkan sahja pintu tidak berkatup rapat. Bimbang jika Elena tersedar atau memanggilnya kembali.
Adlina memilih untuk tidur di bilik tamu ruang bawah memandangkan tangga di rumahnya agak tinggi. Dia merasa sedikit gusar jika membiarkan Elena asyik melalui tangga itu. Biarpun Aqash sudah mengatakan tidak mengapa dan Elena sudah terbiasa dengan tangga rumah lamanya, Adlina masih tegas dengan pendiriannya.
Dahlah tak biasa dengan budak kecil. Lepas tu, nak biar duk turun naik tangga. Eh memang taklah, bisik hatinya.
Keluar saja dari biliknya, matanya disajikan dengan kelibat Aqash yang sedang leka menonton berita. Lelaki yang menjadi imam solat Maghrib dan Isyak tadi, kini kelihatan selesa dengan baju t-shirt dan kain sarung yang diberikan oleh Mak Yam. Mahu pulang petang tadi, dia ditegah oleh Mak Yam yang menyuruhnya tunggu sehingga selesai makan malam.
Mujurlah Afiq membatalkan rancangannya untuk datang ke rumah Adlina sebentar tadi kerana ada urusan mendadak yang memerlukan perhatiannya.
Adlina mengalihkan mukanya ke arah lain sebelum menyokong Mak Yam. "Duduklah sini sampai malam. Mak Yam dah masak banyak sebab ingatkan Fiq nak datang. Nanti takde orang makan pula," katanya perlahan.
Aqash tersenyum melihat tingkah laku Adlina yang tampak kekok sewaktu bercakap dengannya. Dia mengangguk tanda setuju ke arah Mak Yam yang setia menunggu jawapannya dari tadi. Berseri terus muka orang tua selepas melihatnya.
Adlina menjengukkan kepalanya ke arah dapur untuk melihat jika Mak Yam berada di sana namun kelihatan senyap sahaja ruang itu. Barangkali Mak Yam berada di dalam biliknya dan masih di atas tikar sembahyang. Kekok mahu menegur Aqash, Adlina mula berkira untuk masuk ke dalam biliknya semula sebelum namanya dipanggil Aqash.

ANDA SEDANG MEMBACA
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...