15 // Nekad

2.5K 100 0
                                    

Adlina mengeluh kecil. Bukan niatnya untuk berbuat sebegitu terhadap Aqash sebentar tadi. Dia sendiri tidak memahami mengapa dia boleh berkelakuan sedemikian. Cemburu kerana kata-kata Adhia? Entahlah, bingung dia memikirkannya. Dia bukannya mempunyai sebarang hubungan dengan Aqash. Jadi, apa sahaja hubungan yang terjalin antara Aqash dan Adhia, dia tidak boleh menghalang. Baik masa sekarang mahupun dahulu.

​Air mata yang mengalir sebentar tadi, apakah maksudnya? Adlina tiba-tiba diserang malu yang teramat gara-gara menangis di hadapan Nazihah. Mujurlah Nazihah tidak bertanya lanjut dan hanya memintanya supaya bertenang. Dia tahu pastinya fikiran kawan baiknya penuh dengan 1001 soalan. Tetapi apakan daya. Dia sendiri masih samar dan keliru dengan sikapnya pada hari ini.

​Dia merenung sepi ke arah telefon bimbitnya. Patut ke aku call dia? Mamat tu okay ke? Tapi aku seganlah. Ke nak mesej je, fikirnya.

Cantik pulak port aku sepak kat situ tadi. Tak tahulah nak rasa kagum atau hiba dengan diri sendiri, katanya sambil menggeleng kepala berulang kali.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi menandakan mesej baru telah diterima. Aqash, sebutnya perlahan. Panjang umur mamat playboy ni.

Sorry.

Kejap. Siapa yang kena tendang dengan siapa ni?

Aqash minta maaf? Memanglah Aqash yang salah sebab sesuka hati makcik dia peluk aku depan orang ramai. Tapi aku pun salah jugak. Dengan pantas, dia membalas mesej lelaki itu.

For what?

Aqash tersenyum nipis tatkala membaca mesej Adlina. Tetapi dia membalasnya juga.

I don't know. For everything, for sure. But please, terima maaf aku. I don't feel good at all right now :(

Adlina mendengus kecil. Buat apa aku nak terima maaf kau sedangkan aku tak tahu salah kau and kau pun tak tahu salah kau amende? Patutnya aku yang minta maaf dengan kau.

No, no. Patutnya aku yang mintak maaf dgn kau sebab kick maut aku. Hm sorry okay ._.

​Aqash tergelak kecil selepas membacanya. Laju sahaja jari jemarinya menaip.

Well, susah nak maafkan sebab sakit tao! :3

​Adlina mula merasa gelisah. Memang patut rasa sakit pun kalau aku tendang kat tempat tu. Tu kat part paling sensitif bagi laki. Adlina tersenyum nakal. Merasakan cara mereka berbalas mesej sangat lambat, Adlina membuat keputusan untuk menghubungi Aqash. Serta-merta, hatinya berdebar-debar.

​Oh hati, janganlah macam ni. Kesianlah kat tuan kau, bisiknya.

​Aqash tersenyum simpul tatkala melihat nama Adlina di skrin telefon bimbitnya. Mesti minah ni rasa bersalah. Dengan senang hati, dia mengangkat panggilan gadis itu. "Hello," ujarnya dengan suara yang sengaja dilemahkan. Adlina gugup seketika. Mamat ni sakit betul ke?

​"Err, hello. Kau okay tak beb? I'm so sorry," kata Adlina perlahan. Tiba-tiba, dia terdengar suara Aqash sedang ketawa. Terpinga-pinga Adlina dibuatnya.

​"Aku okaylah. Tapi sakit tu ada lagi sikit-sikitlah. Siotlah kau. Tendang kat tempat tu," balas Aqash. Adlina tersengih busuk mendengarnya.

​"Sorrylah tak sengaja. Tulah, selamba ayam je kau pegang-pegang aku. Nak cakap, cakap jelah. Aku okay je kalau kau ada something nak share. Ni nak juga pegang aku. Seriously, aku tak suka orang pegang aku macam tu. I just hate it. I'm not that cheap. Please give me some respect. Aku bukan macam perempuan, ex kau semua, Qash," Adlina masih tidak mahu kalah dan tetap dengan alasannya.

Me vs YouWhere stories live. Discover now