Suasana meja makan di banglo milik Datuk Amrizi dan Datin Arisah menjadi riuh rendah seketika selepas kehadiran Encik Saifullah sekeluarga. Senyuman manis dan hilai tawa tidak pernah lekang dari bibir masing-masing. Bagaikan semua menikmati saat-saat bahagia dan berharap masa akan terhenti agar selama-lamanya mereka dapat duduk dan bergembira seperti ini.
Aneka makanan dan lauk-pauk yang disediakan oleh pembantu rumah Datuk Amrizi dan dibantu oleh Datin Arisah benar-benar nampak menyelerakan. Ayam masak lemak cili api, sup sayur, ikan bawal masak pedas, hati goreng, sotong masak kunyit dan sambal belacan serta ulam-ulaman ternyata dapat membuka selera mereka semua.
"Makan Lin. Jangan nak malu-malu. Kalau nak tambah, lagilah Uncle suka," seloroh Datuk Amrizi sambil ketawa kecil. Adlina tersenyum lalu mengangguk. Matanya meliar, menoleh ke arah makanan yang sudah terhidang di depannya.
Gulp! Tak mustahil berat badan aku naik tiga kilo malam ni, desis hatinya.
Aqash yang duduk bertentangan dengan Adlina menjeling pada penampilan gadis itu sekilas. Gadis itu tampak ayu walaupun sekadar memakai baju kurung kosonh berwarna merah jambu yang agak besar daripada saiz badannya yang sebenar. Selendang yang berwarna hitam sengaja dililitkan pada lehernya. Rambutnya yang pendek dihiasi dengan sepit rambut berbentuk hati berwarna biru muda.
Untuk seketika, Aqash terkesima. Macam mana pakai simple macam ni boleh jadi cantik lain macam woi?!
Sungguh! Hatinya benar-benar tergoda dengan penampilan Adlina pada malam ini. Ikutkan rasa hati, ingin sahaja dia duduk di sebelah gadis itu dan menyatakan betapa besarnya rasa rindu, sayang dan cintanya. Ingin sahaja dia meminta mummynya meminang Adlina sekarang jugak.
Haih Aqash, kau dah gila bayang agaknya, bisik hatinya nakal.
Tanpa dia menyedari, Afiq memandang adiknya yang sedang tersenyum sambil matanya ligat menilik wajah Adlina. Selepas itu, pandangan matanya beralih pula kepada Adlina yang sudah mula menjamu selera. Akhirnya, dia tunduk memandang nasi. Satu keluhan kecil terluah dari bibirnya.
Encik Saifullah yang terdengar keluhan ith terus memandang ke arah Afiq yang tiba-tiba sahaja menjadi murung.
"Kenapa Fiq?" soalnya prihatin. Afiq segera mengangkat mukanya membalas pandangan bapa Adlina itu. Satu senyuman hambar terukir di bibirnya.
"Takde apa-apalah Uncle," nafinya.
"Uncle tengok Fiq ni macam sakit je. Fiq tak sihat ke?" Encik Saifullah sempat memerhati keadaan fizikal anak sulung sepupunya itu. Afiq semakin kurus dan mukanya menjadi cengkung. Aneh. Berbeza sungguh keadaannya sekarang dan sewaktu pertama kali mereka bertemu.
"Eh Uncle, Fiq okay. Takde sakit ke apa. Cuma penat sikit je. Biasalah. Kerja jadi cikgu dengan kerja office lain, Uncle. Jadi cikgu kalau takde kerja dah, pukul 2, 3 dah balik. Kerja office... Faham-faham jelah," seloroh Afiq sambil tertawa kecil. Encik Saifullah jadi terikut ketawa. Sedikit sebanyak lega hati Afiq melihat ketawa orang tua itu. Harapannya agar lelaki itu berhenti menanyakan perihalnya. Apatah lagi, semua mata tertumpu ke arahnya. Sungguh dia benar-benar tidak selesa menjadi perhatian sebegitu.
"Kau bagi dia kerja banyak sangat ke Riz?" usik Encik Saifullah. Datuk Amrizi ketawa mendengarnya.
"Aku bagi dia kerja banyak? Taklah. Fiq ni workaholic Saif. Kalau boleh, semua dia nak buat sendiri. Kerja yang patutnya bagi kat orang bawahan pun dia nak buat. Aku nak cakap apa lagi? Terpaksalah biar je. Lawan kan, sama je hasil dia nanti," jawab Datuk Amrizi sambil menjeling sekilas ke arah Afiq yang tersenyum.
"Bukan si kecil ni tolong kat office jugak ke? Hai, takkan tak buat apa-apa kot," Encik Saifullah mengalihkan perhatiannya kepada Aqash pula. Terpinga-pinga Aqash seketika sebelum tersenyum malu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Me vs You
Любовные романыBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...