46 // Penjelasan

939 32 12
                                        

"What? Eee.. Kenapa asyik tengok Lin ni?" tanya Adlina sambil tersenyum pelik ke arah Aqash yang kelihatan tenang memandu di sebelahnya. Macamlah dia tidak menyedari lirikan mata Aqash yang akan curi-curi memandangnya setiap 2 minit. Ada kalanya, mata lelaki itu seakan khuyuk melihatnya hampir seminit lamanya.

Like hello? On the way nak mati bersama ke ni?

"Eh perasannya dia. Mana adalah," Aqash cuba berlagak selamba. Tenang tangannya ketika mengawal stereng kereta walaupun dia sedang memerhatikan Adlina pada saat ini. Diiringi dengan bunyi degupan jantungnya yang bernada kencang sejak dari tadi sedikit sebanyak menyesakkan dadanya.

Teruk punya angau kali ni. Oh God.

"Haha. Qash, stop it. You are gonna kill both of us if you keep staring me like this. Eee," laju tangan Adlina mencubit lengan Aqash sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan dan ketawa.

Pelik betul mamat ni.

"Tell me how can I hold myself from keep looking at you? You literally take my breath away even you do nothing. You just sit there. You say nothing. But yes, Lin. I swear I fall hard this time. And it's you. I really fall in love with you," ujar Aqash sambil mengerling sekilas ke arah Adlina yang kelihatan bungkam tatkala mendengar bicaranya.

Biarlah. Biarlah kena label cringe ke, gedik ke, acah romeo ke, dia sudah tidak peduli. Yang dia tahu, hatinya benar-benar menyanyangi gadis itu sepenuh hati. Belum pernah dia merasa perasaan yang sebegitu kuat seperti yang dialaminya sekarang terhadap Adlina.

Adlina yang ketika ini bersamanya, duduk di sebelahnya pun dia masih merindui gadis itu separuh mati.

Adlina mengalih badannya ke arah kanan sedikit agar dia dapat memerhatikan Aqash yang masih kelihatan tenang. Suasana kereta menjadi hening seketika selepas Aqash meluahkan perasaannya. Baik Aqash dan Adlina, masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Adlina mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu.

"What?" soal Aqash kekok sambil tergelak kecil. Adlina masih tidak memberikan apa-apa respon dan cuma memandangnya.

Aduh. Lemah betul hati kau, Qash. Dia tenung je pun!

Adlina perasan tingkah laku Aqash yang serba tidak kena hanya mampu ketawa kecil. Aneh. Lelaki yang dulunya pernah mendapat gelaran buaya darat dan pernah bercinta dengan ramai perempuan takkan masih kekok kot. Patutnya dah level pro macam ni, kenalah acah steady even tak berapa nak okay.

Jari-jemari tangan kiri Aqash ditautkan dengan tangan kanan Adlina. Dia menarik tangan kasar dan berurat tu ke arah bibir mugilnya sebelum dia mencium perlahan tangan lelaki itu. Kemudian dibawa tangan itu ke arah pipinya dan dibiarkannya sebegitu selepas kedua belah tangannya berada di bawah tangan Aqash untuk menampungnya.

Mujur saja ketika itu lampu trafik bertukar merah dan dia memerhatikan sahaja Aqash yang mula mengalihkan badannya sedikit ke kiri untuk melihatnya dengan lebih jelas. Adlina sekadar tersenyum nipis.

"I love this," ujar Aqash perlahan sambil tersenyum. Perlahan tangannya yang setia berada di pipi Adlina sejak dari tadi mula mengelus lembut pipi gadis itu.

"And I love you," sambung Aqash.

Adlina tertawa kecil. Aqash sememangnya suka melafazkan ayat itu ketika mereka sebegini. Secara spontan dengan duduk berhadapan sesama sendiri, mata bertentang mata dan ketika masing-masing mendiamkan diri.

Aqash tidak pernah membiarkan dirinya sepi tanpa alunan kalimah-kalimah cinta dari bibir merahnya. Bahkan jejaka itu kelihatan sangat bersahaja tatkala meluahkannya. Adlina sendiri pernah mempersoalkan sikap Aqash itu.

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang