Aqash mengetap geram bibirnya. Hairan. Sejak dari tadi, berbagai-bagai jenis nombor telefon yang tidak dikenali muncul masuk di dalam telefon bimbitnya. Telefon bimbitnya yang baru diambil daripada Afiq dipandang pelik.
Betul ke ni handphone aku? Takkan Afiq tukar dengan orang lain pulak, bisik hatinya.
Baru sahaja dia ingin memeriksa telefon bimbitnya, tiba-tiba telefonnya bergetar. Hampir-hampir sahaja Aqash membalingnya dek terkejut. Dia melihat ke arah skrin iPhonenya. Satu mesej baru telah diterima. Nombor siapa ni?
Hai. Awak sdg mencari awek? Saya sudi. Jom date.Amboi, selamba badak je ajak aku macam tu. Ingat aku ni apa? Anak ayam? Katanya geram. Selepas pulang daripada sekolah tadi, telefon bimbitnya tidak pernah berhenti berdering dan banyak mesej mengarut diterimanya. Ada yang mengajaknya bertemu janji, bercinta dan berkawan. Yang paling menyakitkan ada juga yang mengajak dia tidur!
Irama lagu Love You Like Love Song nyanyian Selena Gomez berkumandang. Nombor baru lagi. Ingin sahaja dia menekan butang merah namun dibatalkan niatnya. Dia risau jika ada sesuatu perkara penting yang perlu dia ketahui. Ahhh, kusut betullah! Dia menjawab juga akhirnya.
"Hello," suara garau lelaki mula kedengaran.
"Ya, ni siapa?" soal Aqash malas.
"Ni Aqash ke?" lelaki itu bertanya tanpa mempedulikan soalan Aqash. Dahi Aqash berkerut.
"Ya saya. Ni siapa?" tegas suara Aqash. Lelaki yang menelefonnya ketawa. Hati Aqash mula menyumpah lelaki itu. Main-main pula.
"Based on your voice, saya rasa muka Aqash mesti comel. Ala-ala jambu," kali ni suara lelaki itu bertukar manja. Aqash mula merasa geli-geleman.
"Janganlah main-main weh. Aku letak karang. Kau ni siapa?" kesabaran Aqash mula teruji. Suaranya juga mula bernada kasar. Dia paling tidak suka jika terpaksa menjawab nombor yang tidak dikenali. Bertambah bengang bila orang yang menelefon mempermainkannya sebegini.
Lelaki itu ketawa lagi.
"Janganlah marah I, baby. Kita sama. You pun gay kan? Don't worry. I pun. You takde couple lagi eh? If you don't mind, be my partner and stay with me. Kita hang out kat Bukit Bintang malam ni. My treat,"
Hati Aqash mula membara. Mukanya merah padam menahan marah selepas lelaki itu berkata sebegitu. Gay rupa-rupanya yang menelefon dia.
"Woi, ingat aku macam kau ke? Aku straight okay. Bawa-bawa bertaubat la weh. Ingat kau tu hidup forever and ever ke? Bangang. Damn you!" kasar suara Aqash berkata. Dia terus mematikan telefon bimbitnya dan mencampakkannya di atas katil. Seketika, dia berjalan mundar mandir di dalam biliknya.
Bodoh! Asal semua orang nak kenakan aku? Siapa orang-orang yang call, mesej aku tadi? Semua nombor aku tak kenal. Aku syak mesti ada yang sebar nombor aku. Tapi siapa? Kenapa dia buat aku macam tu? Ahh, aku kena siasat ni, gumamnya geram.
Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Aqash membuka laci meja kecil yang terletak di sebelah katilnya. Telefon Blackberry Torch tersergam indah disitu. Senyuman kecil mula menghiasi bibir mungilnya.
*****
"Kenapa baju Afiq ada sisa tepung ni?" tanya Mak Teh hairan sewaktu Afiq menghulurkan baju kemejanya kepada wanita tua itu. Afiq tersenyum nipis. Mustahil dia akan menceritakan tentang kejadian di sekolah tadi kepada Mak Teh. Kan free-free Mak Teh membebel. Dia yang kena, Mak Teh pulak over macam dia yang alami. Hatinya ketawa mengenangkan semua itu.
"Fiq...," panggil Mak Teh sambil menepuk lembut bahu jejaka tinggi lampai itu. Afiq tersentak. Dipandangnya wajah Mak Teh terpinga-pinga. Akhirnya, dia tersengih malu. Mak Teh tersenyum melihat tingkah laku Afiq.
YOU ARE READING
Me vs You
RomanceBarangkali ini kisah cinta yang biasa atau boleh jadi paling luar biasa yang pernah anda baca. Siapa tahu penghujungnya macam mana? Adlina Haziqah vs Aqash Hizami Lee. Bayangkan si hati batu berjumpa dengan playboy terkenal dan bersama-sama dalam sa...