8 // First Day

3.1K 109 1
                                    

Mata Afiq tajam merenung setiap wajah-wajah baru yang dilihatnya sebentar tadi. Masing-masing memilih untuk menundukkan kepala, diam seribu bahasa. Bagaikan ada kematian yang baru terjadi sebentar tadi dan semuanya kelihatan takut. Barangkali ada yang mula menyumpah di dalam hati gara-gara bersetuju dengan cadangan Aqash.

Nakharam mamat tu!

Afiq mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap sisa-sisa tepung yang tercalit di mukanya yang bersih. Kemudian, dia mengelap pula cermin matanya sambil ketawa kecil. Bunyi tawanya mencetuskan rasa hairan para pelajar.

Dah kena simbah tepung, terus jadi gila ke cikgu ni?

​"Saya nak tanya satu soalan je. Siapa punya rancangan ni?" soalnya tenang. Pelajar-pelajar tingkatan 6 Anggun masih diam. Tidak berani bertentang mata dengan guru baru yang akan mengajar mereka subjek Pengajian Perniagaan.

Mata Afiq meliar kembali memerhati wajah-wajah takut anak muridnya. Pandangannya terhenti apabila melihat Aqash yang jelas tampak bersahaja, seperti tiada apa-apa yang berlaku.

​Spontan, Afiq tersenyum sinis. Ingat aku bodoh ya, bisik hatinya geram. Dia mula dapat menangkap siapa punya rancangan untuk mengenakannya. Tiba-tiba, ketukan di pintu kelas terbabit mengalihkan perhatiannya. Dia melihat ke arah gadis yang mengetuk pintu itu sebentar tadi. Memandang wajah cantik gadis itu, dia terpaku seketika.

​Gadis yang berbaju kurung putih berkain kelabu berjalan masuk menghampirinya. Mata mereka bertentangan. Afiq menoleh sekilas pada tag nama yang dipin di baju gadis terbabit. Adlina Haziqah, sebutnya perlahan. Dia baru teringat. Gadis inilah yang menjadi sebutan adiknya dan Encik Hafiz sebentar tadi.

Cantiknya.........

​"Assalammualaikum," gadis itu memberi salam sambil tersenyum ceria. Jelas kelihatan lesung pipitnya yang dalam. Afiq merasakan jantungnya hampir gugur selepas melihat senyuman manis Adlina.

Ya ALLAH.... Manisnya wow!

​"Cikgu... cikgu baru kan? Maaflah, saya terlambat. Saya pergi ke tandas tadi," sambung Adlina yang masih tersenyum. Diperhatikan muka pelik cikgu baru itu yang masih merenungnya. Pelik. Ada cili terlekat kat gigi aku ke? Tapi aku tak makan makanan bercili pun tadi. Adam beli sandwich tadi pun, sandwich telur, desisnya.

​Afiq mengangguk sambil matanya masih melekat pada wajah cantik Adlina. Adlina mula mengerutkan dahinya.

​"Kalau takde apa-apa, saya duduk dululah eh," ujar Adlina dengan nada sopan namun Afiq masih tidak memberikan apa-apa reaksi. Adlina mula berang.

​Hai, dia ni. Sibuk sangat menilik muka aku apahal? Ni kalau report kat abah, mati kau kena sound, hatinya menjerit sebal.

Aqash yang membuat muka selamba sejak dari tadi sudah bertukar wajah. Dia memasamkan mukanya apabila melihat abangnya yang diam terpaku ketika berhadapan dengan Adlina.

​Mamat ni nak kena dengan aku. Tak serik-serik kena tepung tu. Balik ni, kat rumah siap kau, ugutnya perlahan.

​Adlina mula merasa bosan. Dia mengibas perlahan tangannya di hadapan Afiq. Afiq tersentak lalu tersenyum. Kali ini, Adlina yang terpaku melihat lesung pipit di sebelah kanan pipi Afiq. "Saya duduk dulu," katanya gugup lalu berjalan ke arah tempat duduknya. Namun, langkahnya terhenti apabila Afiq memanggilnya.

​Adlina menarik muka tetapi apabila dia menoleh ke arah guru baru terbabit, dia cuba untuk memaniskan mukanya. Adlina, hipokritnya kau!!!!

"Ya cikgu. Ada apa?" soalnya dengan nada suara yang sengaja dilembutkan.

Me vs YouTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang