Bab 41

842 76 1
                                    

PERTAMA kali Zaril membawa Ameena untuk bertemu dengan keluarganya. Tentang perancangannya untuk menikahi Ameena sudah diberitahu lebih awal kepada ibu dan bapanya. Mereka tiada masalah dan menyetujui rancangan Zaril itu. Malah, mereka sangat teruja untuk menerima ahli baru dalam keluarga kecil mereka. Apatah lagi bila Zaril merupakan anak sulung dalam keluarga dan usia Zaril pun sudah sesuai benar untuk mendirikan rumah tangga.

Zaril mempunyai dua orang adik lelaki di bawahnya. Seorang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti dan seorang lagi bakal menduduki SPM tahun ini. Ya, Zaril tak ada saudara kandung perempuan. Hanya saudara lelaki.

"Saya nervous la," Ameena meramas jemarinya. Telapak tangan dia dah rasa berpeluh. Nak jumpa bakal mertua, mestilah rasa gemuruh gila. Macam mana kalau orang tua Zaril tak berkenan dengan dia? Macam mana kalau mereka tiba-tiba tak setuju Zaril mengahwininya? Dia ni dah la biasa-biasa aje. Zaril pula orangnya memang ada rupa.

"Tak payah nervous la. Saya kan ada dengan awak," Zaril senyum manis lalu mengajak Ameena untuk naik ke tingkat dua sebuah bangunan flat. Baru beberapa langkah menapak, Zaril rasa bajunya ditarik dari belakang. Terangkat sebelah kening Zaril memandang Ameena yang dah macam anak kucing di belakangnya. Ihhh, comel!

"Kenapa?"

"Macam mana kalau mak ayah awak tak sukakan saya?"

Terburai gelak si Zaril.

"Dia orang akan suka awak. Percayalah,"

Kembung pipi Ameena lalu dia kembali membuntuti langkah Zaril dari belakang. Setibanya mereka di aras dua, mereka berhenti di hadapan sebuah pintu yang bertutup. Zaril tekan loceng dan beri salam. Tak sampai sepuluh saat, pintu dibuka dari luas. Berdiri seorang wanita yang Ameena yakin merupakan ibu kepada Zaril.

"Lah, dah sampai rupanya! Mak ingatkan lambat lagi kau orang nak sampai. Masuk, masuk!" riuh suara wanita itu mempelawa anak dan bakal menantunya itu masuk. Tersengih-sengih Ameena hulur tangan untuk bersalam dengan wanita itu. Kemudiannya, mereka berlaga pipi.

"Inilah bakal menantu mak, Raja Nur Ameena namanya." Mengernyih Zaril memperkenalkan suri hatinya itu kepada si ibu. Puan Sopiah tersenyum lebar. Melihat wajah Ameena untuk pertama kalinya, hatinya sudah terpaut rasa sayang.

"Cantiknya bakal menantu mak ni," pujian Puan Sopiah buat Ameena tertunduk malu. Sempat matanya menjeling ke arah Zaril yang sedang tersengih-sengih. Ameena ditarik ke ruang tamu lalu disuruh duduk di atas sofa yang sudah berbulu. Ini mesti ada kucing dalam rumah ni yang suka sangat mencakar sofa.

"Meowww..."

Baru aje sebut, makhluk berbulu itu tiba-tiba muncul menyendeng di kaki Zaril. Terus Zaril mengangkat kucing berwarna kelabu itu lalu dipeluk cium semahu-mahunya. Yang si berbulu itu pun bukan main suka kena gomol. Gedik!

"Sayang, ini namanya Boboi. Jantan tapi manja mengalahkan kucing betina tau." Zaril cium pipi Boboi. Ameena sekadar ketawa. Tak lama kemudian, seorang lelaki berkain pelikat dan berbaju pagoda putih muncul dari sebuah bilik. Ameena hulur senyum paling manis buat ayah kepada Zaril itu.

"Pak cik..."

"Tak payahlah panggil pak cik. Kita kan dah nak jadi satu keluarga. Panggil abah aje," kata Encik Kamal. Ameena sengih lalu mengaggukkan kepalanya. Phew, lega! Nampaknya mak dan abah Zaril dapat menerimanya sebagai bakal menantu mereka. Hilang terus rasa gemuruh dan risaunya tadi.

"Baik, abah."

"Abah nak panggil kamu apa ni?" Encik Kamal duduk di atas sofa bertentangan dengan Ameena. Ditatap lama wajah manis bakal menantunya itu. Pandai betul anak terunanya cari bakal isteri. Memang elok orangnya. Kecil molek aje.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now