RDDM 54

301 25 0
                                    

"Assalamualaikummm... Cikgu oh cikguu"

"asal tak pinjam microphone dekat masjid je terus" Adik dah jeling aku. 

Aku anti betullah dengan tocang dua dia ni. Tangan aku ni gatal je rasa nak tarik tarik tocang dia tu. Nak marah lelebih tak boleh sebab Ayra yang buat rambut dia ni.

Adik baru nak mula balas dekat aku tapi kelibat cikgu Junainah baru keluar dari rumah matikan niat adik. Dia senyum je. Dekat tembok rumah dia ni aku sandar. 

Cikgu ni paling baik dengan aku. Eh bukan, dia baik dengan semua orang. Kitaorang panggil dia cikgu Jun je. Dia yang ajar aku BM masa tingkatan 1 dengan 2. Author terkenal ni. Berapa banyak buku dah cikgu ni publish ni. Idolaaa

"Eh dua dua Fahreza la" Kata Cikgu Jun dengan lembut. Dia panggil aku dengan adik Fahreza je sebab dia cakap nama tu unik. Adik kan sama nama dengan aku

"Assalamualaikum cikgu" Tegur aku. Tapai yang berbekas bekas dekat tangan ni aku betulkan. Dah nak jatuh. ORANG YANG TANGAN BERSIMEN JUGAK DIA SURUH PEGANG DAH KENAPA. 

Tapi takpe memandang aku buah hati aku dekat sini aku okay je. Fuh Miyaz

"Waalaikumusalam Reza. Tinggi dah sekarang. Makin kacak saya tengok" halaaaa jangan la puji lebih lebih. Posisi berdiri aku betulkan. Cikgu pandang aku atas bawah.

"Eh mana ada cikgu. Saya sama je macam dulu" Belum apa apa tocang dua adik aku tarik. "Salam la cikgu" aku bercakap dengan cikgu, dia boleh berdiri statik je sebelah aku.

Adik dah mendengus. Ha tu la part time dia bila dah habis sekolah ni. Mendengus je. Tanpa bercakap banyak adik dengan Ayra salam Cikgu Jun. Tiba turn Ayra, tangan dia Cikgu Jun pegang kemain lain.

"Cantiknya anak dara siapa ni. Kulit putih putih ni. Anak bukan orang sini kan? Macam kacukan je? Siapa ni Reza?" uish awal. 

Aku nak cakap apa ni eh? tunang? Tapi kitaorang belum tunang. Girlfriend? ha ye kut.

"Saya kawan Reza dan memang saya anak kacukkan" Kata Ayra sambil tersenyum. Aku terdiam.

hmmmm kawan... hmmmm

MANA ADA! MANA ADA AKU TERASA

"lebih dari kawan cikgu" Kata aku senada. Terus aku alihkan pandangan dari pandang Ayra ke Cikgu Jun. Tanpa bercakap banyak jugak satu bekas tapai aku hulurkan dekat Cikgu. "Selamat berbuka cikgu"

"Ouhhh kekasih Reza la ni ye. La cantik orangnya" Bekas yang aku hulur tadi cikgu sambut. "Buat susah susah je bagi ni. Siapa buat ni? Fahreza ke?" Soal cikgu kepada adik.

Aku buat buat busy pandang keliling halaman rumah cikgu ni

"Aah cikgu saya buat. Dengan akak Ayra sekali. Kekasih abang ni" Tangan kanan Ayra, adik paut. La kata tadi buat buat busy pandang tempat lain, tapi tau je orang tu buat apa.

Hala gaduh sensorang la kau Miyaz

"ouh Ayra namanya. Ni kejap eh. Cikgu salin bekas"

"Eh takpe takpe cikgu. Bekas tu memang ibu suruh bagi je. Kami gerak dulu eh cikgu" Kata Adik. Adik je la yang bercakap dari tadi. Dah tu aku tengah merajuk takkan nak cakap pulak. Ayra pun senyap

Okay, fine!

"Tunggu tunggu, kejap cikgu ada benda yang nak bagi" maka kelibat cikgu jun pun hilang. Pufff hilang

"kawan" Ujar ku sepatah setelah lama berdiam diri. 

YELA SENYAP JE. Kang merajuk sendiri orang tak tau. Baik aku mention. Dapat attention. Senang cerita

^^^^^^

"kawan" Katanya tiba tiba. Kenapa?

Aku serta merta alihkan perhatian dekat dia. Orangnya tinggi. Rambut dia yang makin panjang tu dia buat gaya slick back sahaja. Muka macam tengah merajuk? Petang ni pulak dia berpakaian sama seperti kelmarin. Tshirt bersama Kain pelikatnya. Aku sedar one thing, Doktor Miyaz suka pakai kain pelikat. 

Lepas balik dari ambik papa dengan abang tadi, kaklong bawa aku ke dapur untuk temannya bersama ibu. Ibu suruh aku dengan kalong tengok je dia packing tapai yang aku buat sebelum ni untuk bagi dekat jiran tetangga. Nak tolong ibu tak bagi sebab ibu suruh rehat. Tapi ibu cuma mintak tolong hantarkan je dengan adik.

Tapi, kenapa si dia ni ikut sekali pun aku tak tahu. Masa ibu tengah packing tadi dia sempat solat sekejap sebelum datang kearah aku dan adik. Siapa yang ajak dia pun tak tau

(Oi Miyaz, orang tak ajak kau oi. Malu ler oi HAHAHHAHAHAHA)

Perhatian aku kembali semula kepada si dia. Sikit pun dia tak pandang aku dan adik malah dia buat buat prihatin dengan pokok cactus di depan rumah cikgu ni

"ei bang. Buruklah rupa" Tegur adik. Aku tahan senyum

"shhh budak budak jangan masuk campur" Balas Miyaz.

"hala menyampah la. Geli tau tak. Nak attention la tu"

"sana jap" Miyaz terus mendekati adik. Adik ni berdiri betul betul ditengah tengah antara aku dengan Miyaz.

"taknok" Jawab adik selamba. 

"dey makcik. Sana kejap" Bahu adik Miyaz tolak ketepi. Tolak perlahan je. Adik pun merungut

"we. are. not. kawan." Ujarnya satu persatu. Wajahnya yang sugul itu buat aku tersenyum. "No Ayra, jangan senyum. Saya tengah merajuk ni. no senyum senyum"

"haduhhhh menyampah aku" Kata Adik di tepi. Kata kata adik ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri bagi Miyaz. Dia masih memandang tepat kearah aku dengan muka 'merajuknya'. comel

"kekasih" Soalku hendak menyakat. Dia terus mengangguk laju

"makin tinggi tahap menyampah aku dekat abang ni" -Adik

"Kawan lain. Macam saya dengan abang awak. Ha tu kawan. Dengan Kent, Ludas, Gunung, Korak, ha tu semua baru kawan. Kita lain. Tak sama" Kata Miyaz. Melihat gelagatnya lantas aku ketawa. Macam budak tadika

"ouh, kita bukan kawan kan?" Soal ku kembali. Sekali lagi dia mengangguk laju

"more than that" Tambahnya lagi lantas tersenyum. Gelagat Miyaz 30 saat yang lepas dengan sekarang memang lain. Sekejap betul dia merajuk

"noted" Ujar ku. Makin girang Miyaz dibuatnya.

"hello jabatan perhilitan. Ni saya nak buat aduan ada sekor beruk terlepas ni. Apa perlu saya buat ye?" -Adik

"feel better." Miyaz buat drama dengan menepuk nepuk dada kirinya. 

"awak merajuk ke tadi?"

"yup, but don't worry saya merajuk tak lama. Janji awak la yang pujuk" Tapi bukan dia yang pujuk diri sendiri ke tadi? hmmmm

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now