RDDM 62

359 37 5
                                    

"Awak okay?" Soal ku kepadanya. Mendengar pertanyaan aku terus dia bersandar di sofa ni. 

"Saya okay. Tak ada apa apa. Jangan risau" Ujarnya. Songkok yang dia pakai dia letak di sebelahnya. Garfu aku letakkan semula di dalam pinggan. Kerja makan ketupat bersama kuah kacang aku tunda seketika

Aku terus mengambil songkok itu. Handphonenya di atas meja ni aku ambil dan masukkan ke dalam songkok itu.

"Awak sure? Awak berpeluh ni" Riak simpati aku tayang. Dia lap peluh di dahi dengan belakang tapak tangan. Sambil tersenyum dia cakap

"Saya pening sikit. Tapi okay lagi ni"

"Saya panggil yang lain eh?" Dia menggeleng laju. 

"no no saya okay ni. Awak boleh tolong tak?" Aku makin risau dengan dia. Muka dia mula pucat. 

"tolong apa?" Tangan kirinya cepat cepat ambil sesuatu dalam sling cloth yang dia pakai. Panadol sepapan dia bawa keluar. "Tolong dapatkan saya air kosong boleh?"

"ouhhh. Kejap. Awak tunggu sini" Aku bangun dan songkok yang aku pegang dari tadi aku letakkan di sebelah dia. Dia hanya mengangguk. Pinggan makan aku bawa sekali

Ruang tamu yang aku duduk dengan Miyaz tadi memang kosong tak ada orang. Hanya kami berdua. Yang lain semua ada dekat bahagian ruang makan.  Sebab tak cukup tempat tadi aku dengan Miyaz duduk dekat ruang tamu

"Ayra. Meh sini pinggan tu angah basuhkan sekali" tegur kak ngah. Pinggan di tangan aku dia ambil. 

"Terima kasih." Ucap ku.

"Hala sikit je ni"

"Ayra." Tegur seseorang di belakang aku. "Ayra cari apa ? Jom la duduk dekat depan" Pelawa Sakinah

"Nak air kosong boleh?"

"la kejap eh" Sakinah beredar ke arah rak pinggan. Angah pula menghampiri aku.  

"Ni kenapa ni? Semacam je" Tegur angah. "Ayra okay tak ni?" Soalnya pula. tangan yang basah angah lap dengan tisu

"Miyaz Pening. Dia mintak tolong ambikkan air" Terang aku. Sakinah menghampiri aku bersama segelas air kosong. Gelas itu bertukar tangan.

"Miyaz? Yang mana? Miyaz ada 4 orang dalam family kita" Terang Angah sambil ketawa

"Reza" agak kekok juga bila aku sebut nama tu. Well aku tak pernah panggil dia 'Reza'. Selama ni aku panggil 'Miyaz' 'Dr Miyaz'

"Pening pasal apa pulak tu. Dia makan tak tadi?" Soal angah prihatin. Sakinah yang berada di tepi aku hanya mendengar

Dia makan tak tadi?

"sebelum pergi solat je la kut. Lepastu Ayra tak rasa dia ada makan apa apa"

"ouh masuk angin la tu." Kata Sakinah. Angah turut mengiyakan kata kata Sakinah

"Dah dah pergi bagi dia air ni cepat lepastu kalau lagi teruk panggil je angah"


➽───────────────❥


Aku terkejut. Tiba tiba je dia berhentikan kereta di bahu jalan. Gear dia tukar kepada gear P. 

"Awak?" Panggil ku perlahan. Dia menekup mukanya dengan tapak tangan kirinya.

"ye Ayra" Sahutnya perlahan. Dahinya berkerut. Seatbelt aku tanggalkan dan badan aku mengiring untuk berhadapan dengan dia

"Uncle kenapa uncle?" Soal Hakim. "Hakim call mama eh?" Miyaz hanya mengangguk sahaja. Dia terus bersandar dekat kerusi. Aku bertindak dengan buka seatbelt dia supaya bagi dia selesa sedikit.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now