RDDM 11

1.7K 94 2
                                    

"Reza!!!!"

mondo eh ibu aku ni. Pagi pagi lagi duk jerit nama aku macam aku stay dekat Perlis jer jauhnyer.

"Ye ibu" Dengan langkah yang berat aku keluar dari bilik. Terpijak pijak baju Fattah. Ada pesta buang baju dekat lantai ke tadi?

Akhirnya sampai jugak dekat ibu. Tak jauh mana pun. Depan bilik aku jer. Tengah menyapu.

"ye saya Miyaz Fahreza Bin Idris. Nombor IC 920224-04-1515. Tinggal dekat Kondominium Melati level 6. Datanglah melawat" orang mamai tu lah jawapannya.

"Bila kamu nak teman Ayra tu Reza?" Teman apa? 

apa eh?

OOOOOOOOOOOO

"dah ingat dah?" Soal ibu tanpa memandang aku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Dah siap!" Ujar tukang ukur baju tu dekat aku. Penat aku berdiri dekat kedai. Satu kerusi pun dia tak sediakan. Musim raya bakal menjelma, kepada pemilik kedai tolonglah sediakan kerusi di luar kedai untuk kaum adam yang menunggu kaum hawa. lenguh kaki.

"thank you" Ujar Ayra dengan eksited. "Bila boleh siap." Tanya Ayra sambil menyarung kasutnya. Si tukang ukur tu pun ikut jer Ayra dari belakang

"kalau kes macam you ni spesial. next week I hantar dekat rumah you. Maklumlah kedai I ni tak pernah orang luar negara datang. So, I ni kira bersyukur dapat costumer macam you ni. Dapatlah I upload kat insta gambar yang kita selfie tadi. Lepastu, makin ramai orang nak datang kedai I. Tu yang buat you ni special." 

Dia punya bercakap macam debat parlimen. Zap zap zap macam peluru dia cakap. Dia pikir aku syok dengar dia cakap. Dah la panjang lebar pulak tu. Ish ada yang kena taler ngan aku ni kang.

"You punya husband ni tak nak tempah baju sekali ke?" ISH! Dah la lelaki pastu sentuh sentuh aku pulak! GELI MAK! Semacam jer aku pandang dia. "badan husband you tegap. I like" Ucapnya kepada Ayra sambil kenyit mata kat aku. 

Oh mentang mentang aku pakai sweatpant putih, t-shirt putih, dengan shades, dia pikir aku jenis yang sejenis? Apa kena mengena warna putih dengan sejenis eh? apa yang aku merepek ni?

Ayra pandang aku. Muka dia macam nak tahan ketawa jer. Gelak apa? aku yang tengah geli geliman ni dia boleh nak gelak dekat aku.

"He is not my husband la.." Ujar Ayra kepada pemilik kedai tu. Makin lebau dia punya senyum kat aku. lahabau betul. Tak cukup dengan senyum tu dia boleh pulak rapat-rapat ngan aku. Tunggu apa lagi, aku nak chauuu dulu

"Dah bagi alamat kan? dah bayar duit deposit kan? ok kalau dah kami minta diri dulu ya" Terus aku tarik tangan Ayra dan berlalu pergi ke kedai tu. kalau lama-lama,... ish tak sanggup minda aku ni fikir. Yang Ayra ni sempat lagi lambai mamat tu. Erh! geli

Sampai jer depan satu bangunan ni, Ayra dah pelik. Dia nak tanya aku something tu tapi tak kesampaian. Dah sudah tarik handbreak, baru dia berani cakap

"abah ada syarikat ke?" Tanya Ayra. Aku tak suruh eh tapi abah sendiri yang suruh Ayra ni panggil dia abah. Lagi bah? siapa lagi abah nak suruh dia panggil abah lagi? Anak jiran tak nak?

"Tak lah. Wisma Haji Idris ni sebenarnya milik abah. Abah just pemilik bangunan ni jer. Kitaorang satu family yang usaha sama-sama untuk beli bangunan ni. Kat level bawah ni semua kedai abah. Abah ni kira pengimport produk lah jugak." Banyak jugak rahsia pakcik Idris yang Ayra tak tahu.

Dia belum tengok ladang dengan kebun abah. Huh! kemain besar lagi. Itulah kerja Pakcik Idris selepas bersara dari dunia marketing. Lepas bersara, abah sambung balik dalam dunia bisnes ni dengan anak-anak dia pulak. Setiap sorang dari kitaorang ada saham dekat bisnes abah ni. Tak delah besar mana saham dia tu. Anak beranak punya saham. paham paham jer lah

"habis tu, lagi dua level dekat atas tu ada orang sewa lah?" Tanya Ayra lagi.

"Yup! dan dekat level dua tu ada satu office, kat situ fattah kerja" Kini aku Ayra naik ke level kedua. Sambil berjalan, sambil tu Ayra tanya soalan yang dia nak tanya. Apa kan daya malahan momentum aku hanya menjawab jer

kan aku kata sebelum ni, kalau kau salah kau kalah, kalau kau betul pun kau tetap kalah. Itulah perempuan.

"This!" aku dan Ayra berdiri dihadapan office yang Fattah dengan kawan-kawan dia kerja. Ayra was was nak masuk ke tidak. "Jangan takut, saya ada"

Aku tolak pintu kaca tu dan bagi Ayra masuk dulu. Bila masuk jer, rasa aircond yang giler sejuk serbu muka aku. Membazir elektrik punya budak. Kalau income korang cantik nak bayar elektrik tak pa gak. Ini tau membazir jer. Tak pa Fattah seribu, kau tunggu aku serbu tempat kau ni. Pejabat dia ni pulak dah tukar warna cat. sebelum ni putih pastu dia cat warna grey

Sorang lelaki yang sebaya dengan Fattah tapi rendah sikit datang dekat arah kitaorang. Permandang kat office diaorang pulak penuh dengan gambar gambar yang diaorang ambik. Pastu diarang tampal dekat dinding.

"assalamualaikum. Boleh saya bantu?" tanya budak tu dengan ramah. Bukan main banyak lagi kertas dekat carpet. Nasib aku dengan Ayra pakai stokin. Kalau tak, benda bukan bukan aku dah pijak. Aku tampil berdiri di sebelah Ayra yang tengah syok tengok gambar-gambar tu

"Tempat Fattah dekat mana?" Soal ku. Bukan cari Fattah tapi aku nak tahu tempat dia jer. Nak tengok la jugak tempat berkerja adik aku. budak tu macam serba salah nak cakap dengan aku

"Dia tak nak kena kacau sekarang bang. Dia tengah mood celaru tu" Kata budak tu.

"pahal pulak dia tu? wardah tinggalkan dia ke?" Soal ku sambil membuka shade

"wardah mana pulak ni bang?" Soal budak tu. Aku terus menepuk bahunya

"Mudzakir kan? dah lebau semacam eh kau ni sekarang" Dulu Mud ni macam fatah gak. Buluh berlari. Kecik semacam. Tapi sekarang tiple dari dulu.

"ohhhh Abang Reza? Wuish lama tak jumpa abang. Sihat bang?" Dia terus menarik tangan aku dan cium. Ish tadi tak nak salam.

"Kau nampak abang sihat ke tidak?" Soal ku kembali

"sihat semacam bang. Macam mana abang dapat bende ni bang." Kata Mudzakkir sambil pukul bicep aku.

"abang sapu minyak petrol setiap pagi. Tu yang dapat bicep ni"

"eiiii" eh Ayra dengar? terus aku dengan Mudzakkir ketawa besar

"wuhhh bang... 

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now