3 minggu wyeh
3 minggu akan datang ni aku akan merana
Tau sebab apa?
Sebab tulang radius aku retak wyeh. Kat tangan kanan pulak tu.
Mana tak tahu tulang radius tu, tulang tu dekat lengan kita. Yang antara siku dengan pergelangan tangan. Kat situ ada dua tulang. Satu ulna, satu lagi radius.
Sakit dia melampau lampau..
Lagi buat aku sakit hati bila simen yang aku pakai ni dibalut dengan kain berwarna. Doktor suruh pilih warna.... kau tau Ayra pilih warna apa?
PINK
Ulang balik, pink!
Terang pulak tu warna dia. Dia pikir aku member kelima blackpink ke apa? Tau lah muka dia macam jisoo
Dia tak tau aku kalau boombayah macam mana. Ha sakit mata kalau tengok
Kau bayangkan doktor Miyaz dengan muka stern dia menari boombayah.
(Btw, JenKai is real tho hahaha)
Sehari aku kena warded. Haih dah nasib kan.
"Ibu dengan yang lain tunggu kat rumah." Kata angah tiba tiba. Dia ganti tempat Ayra hal untuk jaga aku kat ward ni. Bukan apa aku dah nak balik dah pun.
Tengah packing barang nak balik. Ayra keluar beli air kejap. Dah malam ok. Dah lepas waktu berbuka dah pun.
"Hmmm" jawab ku. Tak tau nak mula apa.
Aku dengar angah mengeluh.
"Angah mintak maaf Reza. Sepatutnya angah selidik dulu baru nak menyoal. Ni tak, angah terus melulu je. Ye la salah angah jugak sebab percaya sangat kata orang seratus peratus." Katanya dengan nada perlahan sambil mengemas meja di sebelah katil wad aku.
"Angah tau angah yang salah. Tu yang angah nak tebus balik tu. Angah buat deal dengan keluarga Ayra yang angah nak dia duduk dengan kita sampai Reza habis cuti."
Aku terlopong sekejap. Aik patutlah dari tadi Ayra je yang jaga aku. Aku fikir dia dah taknak balik rumah dia dah. Oh rupanya lain yang jadi
"Suka lah tu" usik angah. Aku tersengih sekejap
"Ni lah adik angah yang suka minah korea tu kan?"
"Ish angah ni"
"Eleh jangan nak tipu angah lah. Bang ngah kau dah cerita semua apa yang terjadi dalam chat jejaka idris tu"
Ha? Setahu aku last dua hari lepas Fattah kick aku dari group tu. Tah la
"Dah jom keluar. Kita balik sebab ada orang tu dah tak sabar nak habiskan cuti dia kan."
Haih aku tebalkan muka je lah.
Sesampai je dekat kereta hilux Fattah, angah terus peluk aku.
"Maafkan angah ye Reza." Katanya dengan mata berair. Aku tersenyum.
"Dah la ngah Reza maafkan. Lagipun bende dah lepaskan. Tak usah dikenang lagi" aku mengosok gosok belakang badannya dengan tangan kiri aku.
Pelukan kitaorang terlerai bila Ayra dengan Fattah datang.
Angah sempat mencubit pipi Ayra.
"Pandai kau pilih Reza. Dapatlah angah anak buah rupanya macam lee jong suk nanti" Ayra dengan angah ketawa.
Maknanya diaorang dah ok lah tu. Lega hati
"Tsk tsk" siapa pulak yang sesak hidung ni...
Pandang kanan aku rupanya Fattah. Urgh king drama dah mula dah.
"Angah sampai sini je tau. Esok angah kerja. Memandu elok elok tau Fattah. Jumpa waktu raya nanti"
Kitaorang melambai kearah kereta vios angah yang baru keluar dari kawasan perkarangan hospital.
😏😏😏~~~~
"Abang awak ok ke?"
"Abang ok je. Papa pun ok."
"Abang awak tak marah"
"Doktor Miyaz" marahnya. Ok ok comel ok bila dia mengamuk
"Dah dekat 50 kali awak tanya soalan yang sama je. Yang awak takut sangat denga. Abang saya ni kenapa? Dia ada buat apa apa ke dekat awak?" Soalnya
Sambil tu dia ligat BASUH sayur dekat sinki. Aku hanya jadi pemerhati je lah. Baru pukul 3:30 pagi dah Ayra beria masak sahur dekat dapur.
Aku yang tak boleh tidur ni apa lagi, menyibukkan diri je la kat dapur.
"Eh tak de lah. Saje je tanya" kata ku sambil tersengih.
Dia menghampiri aku
"Awak ni, saya nak masak ni" ngadunya. Alolo comel.
"Masak je la" kata ku dengan nada tak bersalah. Dia makin merungut
"Macam mana nak masak kalau awak hadang tempat masak tu."
Eh
Bila aku toleh ke belakang, eh betullah aku tengah. Bersandar dekat kawasan dapur masak.
Dengan sengihan level 1000 perlahan lahan aku gerak ke tepi.
"Kenapa awak pilih pink eh" soal ku sambil membelek cast di tangan kanan aku.
"Saya suka pink" jawabnya. Mata still tumpu dekat sayur yang berada di dalam kuali.
Sekejap sekejap dia menjeling kearah ruang tamu bawah. Comel pulak dia buat macam tu. Sempat aku tergelak.
Kerusi aku tarik dah duduk di situ.
"Kenapa awak gelak?" Soalnya yang tadi menjeling aku
" kenapa awak asyik duk tinjau Fattah dekat depan tv tu." Soal ku balik.
Sesudah matikan api dapur dia duduk di kerusi di hadapan ku sambil memotong kentang.
Laaa sekejap je masak sayur.... ohhh baru tahu.
"Kenapalah awak bawak Fattah sekali. Kalau dia ngan tuk tu biarlah dia tidur."
Tak orang syak bukan bukan aku heret Fattah yang masih celik jam macam ni untuk teman aku. Lagipun tadi dia buat kerja kira tentang syarikat abah. Sekarang ni dia tengah tengok tv.
"Ayra..."
"Hmmm..." fokus nau dia kupas kulit kentang tu.
"Ayra..."
"Ye...." Haih dia ni.
"AyraILoveYou" ucap ku dengan sekali lafaz.
YES Miyaz! Finally berjaya jugak kau luahkan.
"I know." Ucapnya.
Aku termanggu sekejap.
Dia pandang aku sambil tersenyum lepas dia ketawa.
"How?" Soal ku ingin tahu.
"Semenjak awak gunakan perkataan air lebiu tu."
So dah lama lah dia tahu ni?! Ya Allah malunya aku. Kenapa kau buat aku macam ni Ayra.
"So....... Awak terima tak?" Soal ku dengan berani.
"Tak..." jawabnya sepatah
Dia kemudian bangun dan pergi kearah sinki.
Aku kena reject wyeh.... bapak segan aku
"Tak.... Kalau awak buat perangai lagi" di hujung ayat sempat dia ketawakan aku. Haih nasib badan lah.
😏~~~~~~~~~
Guys sorry lambat update. Aku a
Masih mood holiday and laptop tetibe lak jam. Habis hilang semua story aku.... sorry guys
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomanceSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...