"Doktor Miyaz Fahreza"
"Tu bhai dia sudah panggil. Sabar Reza. Do your best" -Daun
"Tu tu tie dia tu betulkan weh Korak" -Ludas
Baru nak bangun Korak dah ketatkan tie aku.
"erkkk.. tercekik bodo" Weh sumpah weh tak boleh bernafas tadi weh. Dari cermin tingkap depan ni aku dah nampak refleksi muka merah aku.
"ouh sorry sorry. ha kan kemas tu" Kali ni bahu aku pulak korak tepuk tepuk
"Weh baju bahagian belakang dia terkeluar tu. Tuck in kan weh" -Ludas
Gunung pulak bangun selitkan baju aku. Aku geli, sumpag geli
"WEH! Kemain lagi kau happy meraba dia eh." Kent dah bersuara. "Nak jugak" Allahu
Aksi Kent dengan Gunung dah macam ribut depan aku ha. Tambah pulak Ludas sekali duk bising depan aku ni ha. Aku dah cakap diaorang ni baboon
Dari masuk campur dalam riuh rendah tu, Daun dah tarik aku untuk ketepi sikit. Dia senyum
"Reza yang aku kenal dia berani pertahankan diri dia au, Takpe kitaorang ada. Walau apa jadi sekali pun jerit je, pastu kitaorang serbu" Ni lagi sorang dah dapat perangai Drama King Fattah ha.
"Relax la guys. Aku boleh la. Hal kecik je ni" Steady Reza. Tunjukkan side cool kau depan anak anak ribena expired ni.
"Jadah haram kau relax. Dari dalam kereta tadi kau duk mengigil macam parkinson" korak ni en..
krik krik.....
"Aku dah okay la. Heleh orang tua dalam bilik tu je pun. Nak takut apa"
###
pistol
Atas meja orang tua dalam bilik tu yang aku cakap tadi ada pistol. Dua dua tangan aku genggam erat erat atas peha. tangan kanan aku ha elok tergantung dengan kain supporter ni. Pembalut pink yang Ayra pilih masih terang menyala.
Bila aku tengok balik dress up aku hari ni macam.... macam...
Kemeja blue black, seluar slack hitam slim fit punya. Kasut pulak yang sharp shining abah punya. Tie warna Hitam... Okay itu semua dah okay dah, tapi bila masuk dengan kain pembalut simen dekat tangan kanan aku ni... Aku rasa aku macam nyah. au au gitu
Back to story, aku nak bernafas pun fikir 2 3 kali. sebab aku takut kalau orang tua depan aku ni rimas kalau aku bernafas. kut kut dia annoy dengan aku mampus terus dia shoot aku. Mati sorang teruna anak Idris ni kang
"Miyaz" Dia letak tab dia yang dari tadi dia belek dekat tepi lepastu dia pandang aku straight. Seram bodo
"sa-saya Tuan" hmmm time ni suara nak crack bagai
Tuan Megat 1 - Miyaz Fahreza 0
"kita dah tahu apa penamat cerita ni" Sinis dia berkata. Ni kalau dapat dekat Daun ni mati pakcik ni kena ni. Tapi apa apa pun sabar Reza. Kau puasa en? Ha sabar weh
"Saya mengaku itu silap saya. Bawa lari pesakit. Tapi saya rasa itu sahaja kut" Steady anak Idris. Bangga ibu mu nanti
"Tak semudah itu Miyaz" Aura gelap dia sudah sampai walaupun bilik ni cukup terang dengan lampu. "saya bagi pilihan" Dia memecah kesunyian selepas lama jugaklah kitaorang senyap je
"1. pulangkan Ayra"
aku speechless jap. Pulangkan Ayra dekat tangan keluarga yang rakus nafsu ni? heh. langkah mayat aku dulu pakcik.
"Tuan, saya rasa Tuan masih tak sedar lagi situasi sekarang ni. Siapa mangsa siapa pemangsa. Tuan nak bagi saya pilihan suruh pulangkan Ayra semula kedalam keluarga Tuan. Tuan bagitahu saya kenapa saya nak ambil risiko untuk pulangkan dia semula? Wajar ke pilihan yang Tuan bagi kepada saya sekarang?"
Tuan Megat 1 - Miyaz fahreza 1
"Miyaz, Hal ini tak sepatutnya diketahui oleh orang luar. Awak sepatutnya tak ada kena mengena dalam urusan keluarga ni" Ketawa aku dibuatnya. he lawak la. Ouh kira aku stranger la ni
"Saya memang orang luar dan tiada kena mengena dalam urusan keluarga Tuan ni." Dia dah tersnyum tanda kemenangan. Aip, belum lagi
"tapi tuan, bila Ayra saya bawa lari ke kampung saya. Saya rasa itu dah jadi tanggungjawab saya. Lagipun kami kawan dah. Dan saya tak rasa tindakan yang anak Tuan buat tu betul. Apa ye? Ouh sleeping pills. Meracuni seseorang, saya rasa Tuan sendiri sedia maklum apa hukuman yang bakal di terima kan?"
Suasana dalam bilik yang serba moden ni sunyi seketika. Dia tenung aku, aku buat tak derk je la. Yang penting jangan pandang pistol tu kalau tak mampus menggigil balik aku ni
"Masih berminat nak dengar pilihan kedua?" Soalnya tiba tiba. Kini dia bersandar di kerusi yang aku rasa import dari Zimbabwe ni. Nampak mahal
"Walaupun saya tahu yang saya tak akan buat pilihan tapi... silakan" aduh tangan kanan aku ni time ni pulak nak ngilu. Aura negatif dia ni kuat sangat ni
"Letak Jawatan awak sebagai specialist dekat hospital saya ni."
Lidah aku kelu
"Abah bangga dengan Reza" Tubuh aku abah dakap bersama surat tawaran kerja pertama yang aku pagi tadi. Impian aku, impian keluarga aku tercapai
"Dan saya rasa ada orang yang lebih layak lagi macam Dr Syazwan Talha ataupun Dr Amar Ridzuan. Awak anggap je semua pekara ini tak pernah berlaku dan teruskan hidup awak di kampung awak."
Aku masih diam
"Along bagi Reza try kot putih bila Reza dapat siapkan homework ni" Tersarung je kot tu terus aku tahu apa impian yang aku nak
"Sayang sungguh betulkan... Doktor Miyaz" Gelaran Doktor tu sahaja dia tekankan
Kenapa otak aku tak dapat berfungsi waktu ni?
"Ini kalau U tu tak tawarkan awak medic memang rugi besarlah negara kita ni. Student yang paling saya harapkan" Dengan tawa, cikgu biologi aku berkata.
"Satu kehilangan yang besar kepada hospital ini kalau awak letak jawatan. Belajar 5 6 tahun untuk satu gelaran itu sahaja. Doktor. tapi? hilang sebab kes mudah macam ni?"
pilihan pertama? pulangkan Ayra? Tidak
"saya tak pernah beraya dekat sini. Terima Kasih bagi saya peluang macam ni ni" Senyuman dia. Harapan dia.
"Effect kepada Hakim juga" Terus aku angkat kepala aku yang dari tadi menunduk. "Pembantu awak tu, kalau awak letak jawatan saya terpaksa buang sekali dia. Tiada guna dia menjadi pembantu tapi tuan dia sendiri? betul bukan?"
Seminit lebih aku berlaga dengan otak aku. Apa yang sepatutnya aku buatpun aku buntu. Tak tahu apa akan jadi
Lantas aku berdiri tergak dan biarkan kerusi yang aku duduk tadi jatuh ke belakang. Effect dari aku bangun dengan tegak. Wajah yang hampir 80 peratus wajah dr Kimi ni aku tatap.
"saya dah buat pilihan" Dia tersenyum mendengar jawapan dari mulut aku sendiri
"saya tak-"
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomanceSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...