RDDM 2

2.7K 129 18
                                    

Sepanjang perjalanan senyap jer. Cuma rentak lagu dari radio jer bersuara. Aku bawak lebih kurang 130km/j jer. kereta pulak jenis hyundai tucson warna merah. Baru ada grand sikit doktor swasta pakai kereta ni

Aku jeling Ayra dekat tepi. Dia senyap jer. Time ni pulak lagu Thinking out loud dari Ed Sheeran keluar. Pergh! Lagu kegilaan aku ni. Part korus kalau aku tarik konfem cair perempuan dengan suara serak basah yang jarang-jarang keluar.

"Well, me—I fall in love with you every single day... And I just wanna tell you I am.."Aku bukan menyanyi tapi berbisik ikut rentak. Tudia korus nak sampai

"minat ke?" Tanya Ayra. La baru gian nak masuk korus. Aku pandang dia sekejap then fokus kepada pemanduan.

"who?" ala buat-buat bodo lak. Yelah nak bersembang lebih biar tak kesunyian. Kalau jawab ya jer mesti lepastu senyap. idok ke benau.... eh bahasa ape tu.. hehehe malam tadi ketagih cerita seram thailand

"Ed Sheeran" Ujar dia lembut. Eh aku ni fans no.2 dia tau. Nombor 1 adik aku yang masa kecik aku tutup hidung dia. Budak tu sekali melalak, sebijik macam Sia.

"yup" Aduuuhh lembap. Kenapa aku cakap sepatah jer? Dah sekarang tak ada apa yang nak dibualkan. Keadaan kembali senyap macam dulu lagi

Tiba-tiba si Ayra ni merintih kesakitan. Aku panik. Dari highway lorong 3 belah kanan, aku pindah ke lorong kiri. Aku bawak kereta dengan perlahan.

"sakit lagi ke?" Tanya ku. 😓 dah dia merintih tadi. Kompem lah dia sakit. Aduh bengap sangat aku ni nape eh?

"ax umgh" Mulut dia tengah kembung dengan angin. Dia cakap apa pun tadi aku tak tahu

"apa dia?" tanya aku lagi. Signboard RNR time tu lak muncul. Terus aku potong lori depan aku dan pecut pergi RNR.

Aku paham esok puasa sampai tempat parking pun penuh. Fuh time macam ni doa termakbul, ada pulak parking kosong. Aku park dekat situ dan tarik handbreak. Seatbelt aku bukak. Dari azali lagi memang aku baik so aku tolong bukakkan seatbelt si Ayra ni.

~~~~

Apa masalah orang Malaysia ni? Suka sangat pandang-pandang aku. Tak suka lah. tahulah aku hensem. nyeh. Sampai aku bawak beg first aid yang beg sandang warna merah tu pun diaorang nak pandang. 

oooo maybe sebab aku tak tuka baju kerja kut. Keluar dari hospital tadi terus drive balik kampung. Beg memang malam tadi dah packing. Dah siap letak dalam kereta lagi

"okay now kena ambil ubat ni. Telan sekarang" Satu pil warna kuning aku bagi dekat Ayra. Dia apalagi telanlah ubat tu. Botol air mineral aku bukak then campurkan dengan serbuk ape tah nama ubat ni. Orang panggil air garam. Tapi bahasa hospital lain eh. 

Dah buat shake dekat botol tu aku simpan. Sediakan payung sebelum hujan lah katakan

"makan roti ni dulu. Tapi krim dia kalau boleh jangan makan. Buat masa ni minum mineral water jer. Tak boleh minum air lain"

Rupanya tadi dia nak muntah. Ubat yang Hakim bagi dekat hospital tadi terus dia muntahkan. Jahanam hospital kalau bagi ubat jer pesakit nak muntahkan er kerja

"kenapa tak naik ambulance?" soal dia selepas tenang. Tadi serabut macam anak kucing hilang mak dia. Mengaduh sakit jer

Apa aku nak jawab eh? Aduh seseorang tolonglah aku. Deringan Iphone menolong aku. Nama di skrin tertera 'adik'. Aku jawab phone dulu tinggalkan tanda tanya dekat si Ayra ni

"hello?"

"hello abang. Callbalikcallbalik" terus dia matikan phone. Kurang asam punya budak. Melambak bill aku bulan ni asyik nak call dia jer. Eh aku dulu pun macam tu. hahaha. Eleh macam reader tak pernah buat macam tu

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now