RDDM 68

355 33 1
                                    

Meeting antara Daun dengan mak dia sumpah berpuitis sangat. ayat ayat yang Daun guna pergh melayu sungguh seperti bapaknya William shakespeare. Eh?

Anyway, Ayra pun dapat jumpa mak dia tadi. sakinah dengan adik hantar. Tapi yang si Sakinah dengan adik dah balik la. Yang ni situasi memang panas mula mula. Daun cakap dua dua ego. last last dua dua pun nangis. hmmm Aku kena biasakan diri dengan situasi macam ni

Part mak diaorang jumpa balik papa diaorang agak awkward. Just tanya khabar lepastu tanya perkembangan masing masing. tak nak comment lebih kang lain korang fikir.

The Dulang Boys

Kent
Esok pukul berapa ye anak anak
Saya ni pelupa

Aku rasa kalau Kent backread apa chat selama ni dia dah boleh tahu kut jawapan untuk soalan dia tu. Attention seeker. Baru aku nak balas chat dia tu, tapi ada tangan tepuk bahu aku. aku toleh ke belakang

"Reza" Tegur mak Ayra. Kau tahu nama dia apa? Kang Aera. Ammar, Ayra, Aera, Razlan. Eh? Pakcik Razlan okay tak tu? Awak sorang je nama langsung tak matching. Okay okay stop judge orang Miyaz Fahreza.

Itu! Keluarga! Bakal! Mertua! Kau! Reza! Berhenti! Judge!

"ye aunty" Senyuman terbaik alaf ni aku hadiahkan. Colgate boleh jadikan aku duta ni

"Aunty nak balik dah" Katanya

"La baru sampai. At least aunty stay la sampai wedding esok ke" Yang phone aku ni nonstop notifications asal. Tak lain tak bukan si Kent badmood orang bluetick dia la tu.Aku selalu kena, kalini kau rasa pulak

Aku rasa en semenjak habis puasa ni perangai setan aku datang balik la. Hehehe korang mana kenal perangai setan aku. Sebab korang baca kisah aku pun time aku terus dapat surat cuti masa chapter satu tu. Esoknya tu puasa mana korang kenal aku en en en.

"cannot la. Aunty nak kejar flight ni" aku terfikir, kenapa flight tak pernah kejar kita? Dalam hidup ni tak boleh kira berapa banyak kali aku terlepas flight. Pernah sekali tu hospital hantar aku pergi Sabah, flight masa tu dalam pukul berapa tah aku tak ingat tapi aku datang KLIA tu 2 jam lepastu. Sebab dia aku tertidur dalam bilik stor hospital. Dengan Hakim

something wrong je. Bila aku pandang belakang aunty ni nampak Daun tengah buat satu reaction hanya babun babun seperti kami sahaja yang faham.

Daun angkat 3 jari ke udara lepastu dia lambai. Last dia buat macam tu masa dekat padang sekolah dulu maksudnya dia suruh aku tunggu dia. Masa tu dah habis hari sukan. Daun ada dekat tengah padang. Tapi aku kan degil so aku blah. Alamatnya aku tersumbat dalam longkang YANG AKU TAK SEDAR PUN ADA DEPAN AKU! Penyek perut aku time tu. Okay hiperbola. Kau bayangkan dari padang nak pergi ke dorm tu badan aku bau longkang. 

Dekat dorm pulak sebelum aku masuk toilet aku lekatkan dulu bau ni sekali dekat roomates aku. Ludas katil atas aku siap boleh tersembam dekat bawah sebab nak lari dari aku. Pecah dagu member. Warden dulu Ustaz Zahar dengan motor semput dia bawak Ludas pergi klinik. Kitaorang yang dekat dekat dalam dorm ni semua kena denda cuci toilet surau. Semerbak harum bau toilet

Roomates aku dulu semua member member aku sekarang ni tambah sorang lagi nama dia Khairul. Yang Khairul ni hilang tanpa khabar. Jangan kena baham dengan buaya sudah.

Aku faham kalini apa yang dia cuba sampaikan.

"Halah rugilah macam tu sebab Ayra cakap harini dia nak masak." Tipu sunat. Aku terpaksa. Ayra dah pandang aku pelik. Dengan muka sembap dia tu baru lepas nangis. Papa dia je lah tolong tenangkan dekat sebelah dia.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now