RDDM 77

333 23 1
                                    

Ayra p.o.v


Nafas aku tarik sedalam yang boleh dan hembuskan perlahan lahan. Nombor yang tertera ni skrin handphone ini aku pandang. 

Perlu call ataupun tak?

Ake nekad. Button call aku tekan.

Arghhhh! Tarik balik aku takut. Aku tak ready lagi. Baru nak end call, dah terlambat. Panggilan yang aku buat dah terjawab.

"Kak Ayra" Aku berhenti membaca seketika. Cinta Fansuri nama buku yang aku baca. Buku yang berkulit hitam tebal itu aku letak di meja kecil sebelah katil. 

(P/s saya mengajak anda beramai ramai membaca buku Cinta Fansuri. Yang kulit hitam ni terbitan ke dua ke ketiga tak pasti tapi Favvvvvvvv wo)

"ye saya" Jawab ku tanpa memandang kearah adik. Dia teruskan dengan tenung siling. Aku pun tak tahu apa yang dia tengah fikirkan.

"adik baring betul betul" Dia diam lagi sambil teruskan pandang siling. Dia baring melintang  diataas kaki aku. "adik?" panggil ku lagi

"akak dah nak balik eh esok?" Setelah lama dia berdiam, itu yang dia tanya. Aku mengeluh. Haih

"yup"

"bila akak gerak balik?"

"ikut abang awaklah. Maybe dalam tengahari kut" Aku dah siap packing dah. Yang uniknya, aku datang dengan satu beg je tapi balik dengan 3 beg. Ajaib. Family kaklong pun balik esok jugak.

"hurmmm nantikan kalau adik rindu kak Ayra macam mana?" Kali ini dia pusing menghadap aku. Aku senyum sahaja.

"Kalau rindu datang rumah. Dekat je"

"hala hala. Taknak macam tu, maksud adik nak kak Ayra stay je sini"

"cannot la macam tu" tutur ku lembut. DIa tayang muka sedih

"can ah" Rayunya. Aku terus duduk menghadap adik.

"akak bukan sesiapa dekat sini-"

"then jadilah 'sesiapa' tu"

"adik kala-"

"adik taknak kak Ayra pergi. Nanti adik dah tak ada kawan. Siapa nak layan perangai adik lagi lepas ni." Sebulan lebih aku menetap dekat sini adiklah bff aku. Kemana aku pergi mesti ada dia. Dia jugaklah tempat aku luah segalanya. 

"Ludas ada" Kataku. Mukanya mula merah membahang.

"hala akak jangan lari topik. Yang itu lain. Halaaa akak jangan la pergi." Lengan aku dipeluknya sekuat hati. Tak sakit pun. Mata bundarnya itu aku pandang

"Nanti akak janji, kalau ada free time akak datang sini"

"tak sama dah"

"urm weekend? weekend kita keluar nak?"

"Kak Ayra takkan taknak terima pinangan abang tu" Ujarnya tiba tiba. Adik orang pertama yang aku bagitahu berita tu

haihhh..

Sejujurnyakan aku masih tak ada jawapan lagi untuk soalan dia tu..

Bagi aku, aku kena pilih betul betul jawapan yang sesuai. Adakah aku dah sedia? Itu je jawapan buat sementara waktu ni

"takkan kak Ayra tak ada jawapan lagi" Dia diam seketika menunggu balasan aku. Aku hanya menggeleng perlahan. "hurmmm.. kalau macam tu... Akak try mintak pendapat mak akak ke. Sesiapa ke. Orang yang lebih berpengalaman"

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now