"Kenapa Alang balik lang?" tanya Fattah tanpa selok belok. Kut ye pun bagilah orang masuk dulu. Ni tidak, dia pergi hadang pintu orang nak masuk.
Lepas jer balik tarawih, baru nak bukak pintu kereta alza merah dengan exora putih memasuki pekarangan rumah. Means keluarga angah dengan alang balik. Ni kes mesti cuti sekolah dua minggu tapi ibu dengan abah tak tahu. Rahsia konon. Fattah pun tak tahu.
"Fattah, bagi laluan orang nak masuk boleh tak?" marah ibu yang tengah bukak pintu sebesar-besarnya. Happy, anak menantu balik.
"oh dipersilakan masuk." Ujar Fattah dengan sengihan.
Aku yang tunggu dekat bawah ni bagi diaorang masuk dulu. Sambil tu sempat salam dengan anak buah.
"abang. Adik sakit perutlah sebab makan sambal banyak tadi. nak pergi tandas. Pegangkan kak Ayra ni."
memang dekat masjid tadi, adik jerlah yang tolong pimpin Ayra. Yelah kalau korang sakit perut ya amat sangat, sanggup ke korang jalan? Ibu pun kadang-kadang tolong. Kesian aku tengok Ayra, tapi dia niat betul nak sembahyang tarawih, termakbul gak.
"hah. Patutlah bau semacam. Pergi cepat" dia memukul lengan aku.
"ish! kurang asam mulut tu." marah dia lalu mendaki anak tangga. Aku memegang lengan Ayra yang berlapik dengan telekung. ayu siut bila dia pakai telekung. Aku kuat so, sebelah tangan jer aku mampu pegang dia. Tak stabil betul dia berdiri.
"saya kenalkan sorang-sorang eh" Ujar ku kepada Ayra. Dia hanya mengangguk.
Kelihatan keluarga alang sampai dekat aku dulu. "Yang ini kak lang saya dengan suami dia."
"Siapa ni Reza? uhum uhum ke?" tanya abang lang. Selepas salam dengan dia baru aku jawab
"eh ni Ayra. Pesakit Reza." Terang ku. Ayra pula bersalam dengan kak lang.
"ye ke? siap pegangkan dia lagi tu" giat abang lang aku kenakan aku.
"Ayra. Manis nama tu. Sepadan dengan Reza."
"Eh kak lang dengan abang lang ni. Dia tak stabil berdiri, tu yang Reza tolong. Anak buah Reza mana?" Cepat aku tukar topik. Dari aku balik tadi asyik kena sakat jer. Mula-mula adik lepastu, ibu lepastu pulak abah dengan Fattah.
"Yang empat orang yang salam kamu tadi siapa?" Tanya abang lang. aduhh malu. oh lupa yang diaorang dah salam dengan aku mula-mula tadi. Aku tersengih.
"hehehehe lupa" Ayra hanya tersenyum
"ohhhh Reza. Dah maju eh?" Tegur kak ngah bersama handbag glam dia. Sambil tu tangan dia tolak tolak aku. Aduh tajam doh kuku. Bape tahun tak potong ni? Tahan jer lah
"Ayra ni kak ngah dengan abang ngah" Abang ngah lak time tu datang dengan Zarith, anak dia yang umur 5 tahun. Zulaikha dengan Zafian ikuti dari belakang. Ayra bersalaman dengan kak ngah.
"wuish tangan tu yang tak boleh blah Reza. Hebat." Kata Abang ngah
Hebat sangat kenakan aku dekat sini.
"pesakit Reza jer" BILA LAGI SAKAT MENYAKAT NI NAK BERHENTI
"Yelah Reza, abang percaya cakap Reza." fuhh nasib baik abang ngah tolong berhentikan
"mudah-mudahan ke jinjang pelamin lah ye." sambung abang lang pula. Aduhhh makin happy diaorang ketawa. Yang angah aku tak sedar ingat anak-anak kat belakang tu dengar
"laaa... kalau nak bersembang masuk dulu. Apa ada dekat bawah tu. masuk" tegur ibu dari tingkap. Sempat bukak tingkap dua pintu malam ni
~~~~
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomansSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...