"Akak tau kak, adik lagi prefer tapai ubi dari tapai pulut ni" Kata adik kepada Ayra. Dua dua tengah masukkan bancuhan pulut campur ragi dengan gula dalam daun getah.
Hala diaorang tengah buat tapai la. Kejap lagi dah siap tapai tu semua baru diaorang masukkan dalam bekas tempayan. Old style gitcheww. Tunggu 2 3 hari baru boleh makan.
Aku ni pulak ibu paksa kemas kemas bawah rumah ni a.k.a tempat aku simpan lemang tak jadi dulu. Bawah rumah ni ada apa je ada stor dengan pangkin. Pangkin ni pun adik dengan Ayra tengah buat tapai. MACAM TAK ADA TEMPAT LAIN DIAORANG NAK BUAT
Saje nak menyemak dekat bawah ni. Eleh padahal aku yang suruh diaorang teman aku nyeh
tapi bawah rumah ni bersih je sebab ni tempat lepak abah bila balik dri kerja. Ha abah memang pembersih sikit. Dia pantang nampak sepah sepah. TAPI TAK SEBISING IBU
Yang ibu pun satu, dengki. Tak boleh tengok aku baring sekejap dah suruh buat kerja. tak sempat nak tukar baju dia dah halau aku. Alamatnya aku pakai jersey dengan kain pelikat je
"tak ada orang tanya pun" Kataku selamba sambil tengah asing asingkan kotak apa yang tak patut.
Walaupun aku tak pandang adik, tapi aku dapat rasa aura gelap dia yang tengah menjeling aku. Heh 18 tahun dah aku masak sangat dengan perangai dia.
"Diam la" Balas adik.
"Aku tarik tocang kau tu kang dik" Balasku lagi. Apa sia kotak banyak banyak ni penuh dengan buku adik je. Minah ni kalau tau dah taknak baca buku ni pergilah sedekah ke jual ke. bebal betul. Siapa yang kemas semua ni, ha abang kau jugak.
"Back to story. Biarkan abang tu. dia loner tak ada kawan. Bagi adik la kan, Tapai ubi sumpah sedap. Tapai pulut ni pulak adik tak suka sangat"
"eh yek yek je tu. Padahal dia orang pertama yang buruk lahap nanti" Adik mendengus, Ayra ketawa
Aku sumpah kena kacau adik beradik aku. Kalau tak hidup aku tak complete. Urghhhh
"Kau diam la bang. Buat kerja tu senyap senyap boleh tak. Bingit tau tak" Sekali lagi aura gelap adik keluar. Aku mampu ketawa je tanpa pandang diaorang. maklum la busy. Kang tak siap kemas ni kang, ibu smackdown aku
Lepas keadaan dah tenang balik, adik sambung cerita yang tak ada siapa nak dengar tu
"akak tau tak orang dulu dulu ada pantang larang masa buat tapai ni"
"Tak tau" Sambung aku.
"Abang!" Aku dah selamat ketawa. Derita adik adalah kegembiraan bagi aku MUAHAHAHAHHA
"okay okay sambung" Kata Ayra yang cuba tenangkan adik. Aku dapat tangkap dia pun gelak tadi.
Dah settle kotak kotak bahagian luar ni aku masuk dalam stor. Satu benda besar yang diselubung dengan kain menarik perhatian aku. Amende eh? Mayat ke? Aku tak pernah tau lak abah buat part time jadi pembunuh upahan
Kain tu cepat cepat aku tarik sebab makin lama otak aku dah fikir benda lain dah. Kau tau aku sempat fikir Fattah bela Ceaser dengan Koba dalam cerita Planet Of The Apes tu. Teruk otak aku semenjak cuti ni
Sebuah motor berwarna merah yang sebenarnya ada sebalik kain tu. Pembetulan bukan motor biasa, tapi vespa. Ouh dah ingat dah. Ni dulu Abah beli tapi ibu tak minat. Tu yang abah simpan tu. Vespa ni still elok la semua perfect je cuma ada habuk sikit sikit.
"Adik" Laung aku
"Apa" Minah ni kalau bercakap dengan aku pun nak bengis bengis
"Vespa ni elok lagi tak?"
"manalah adik tau"
"Apa je yang kau tau? itu ini tak tau"
"Diamlah. Orang nak buat tapai ni" Ilah dia ni macam aku tak tau dia tengah buat tapai tadi. Ada yang kena luku ni kang
Handphone aku keluarkan dan nombor Fattah terus aku dail
"ha datang bawah rumah ni jap" Tanpa tunggu balasan dari Fattah aku terus matikan call. Seminit gak nak tunggu dia datang dengan muka terpisat pisat dia. Member baru bangun tidur lepas balik dari kebun.
Dengan muka beruk dia tu aku suruh bawak keluar vespa ni sampai depan rumah. Hello lupa ke tangan saya berbalut.
Padahal boleh je. Drama je lebih kau Reza
Sempat aku senyum dekat Ayra bila lalu sebelah dia dengan adik. Eleh jangan dengki guys. Bulan puasa ni tak baik. Dia balas balik apa senyum aku. AHAHAHA
****
"Dah semua okay. Just isi minyak je la kan" Kataku. Fattah hanya mengangguk sahaja. Pergh aku boleh jadi mekanik la. Dengan sentuhan aku semua benda boleh hidup balik
"Tu berhabuk tu nanti abang basuh" Kata Fattah senada. Dia sebenarnya tak ada mood. Baru bangun tidur aku kejut suruh tolong aku. Tapi dia tak melawan pun
bagus ini budak tak macam budak tocang dua yang lebih prefer tapai ubi tu.
"Takyah la kut. Tadipun abang tengok balut dengan kain. So tak payah basuh kut. Lap lap gitu je la" Sayang sia motor ni. Lawa lawa simpan dalam stor je
"okay gak tu" Fattah bangun daru duduk atas tanah lalu mengeliat. Tangan dia kena tepat dekat muka aku. Belum aku balas apa apa lagi suara ibu muncul
jeng jeng jeng
"dah settle dah?" Soal ibu. Ada tu ha dekat tingkap. Mak aku ni ahli mensyuarat tingkap betul. Cuba lah turun bawah ni ke apa, ini tak tingkap gak jadi tempat persinggahan dia.
"Dah. Tinggal abang isi minyak. Sampai Petron dekat simpang tu cukupla kut minyak ni" Kata Fattah.
"Ha bagusla tu. Ni tolong pergi beli makanan jap." Lepas je ibu cakap macam tu, fattah dah berdesup lari. Kuang asam punya adik. Dia lari bukannya masuk rumah, dia lari pergi belakang rumah
Memandangkan dah tak ada pilihan lain lagi, aku lah jawabnya. Muka ibu aku pandang
"Ibu nak apa je? Tolong pastkan wallet Reza atas kabinet tepi tingkap tu boleh?" Ibu masuk kedalam balik. Dah pukul berapa ni. Lama sangat ke aku dengan Fattah repair vespa ni tadi
"Hala ibu nak roti john je. tekak ni teringin pulak nak roti john Pak Hassan dekat bazar tu." Kata ibu sambil menghampiri aku. telefon dan wallet aku ibu hulurkan.
"ouh. Reza bawak vespa ni je eh. Boleh isi minyak sekali"
"sukahati kamu lah Reza. Ni lagi satu, Ayra ada cakap dia teringin nak makan kuih yang masa mula mula kita pergi bazaar tu"
Ha memang la. Memang la bazaar tu jual 2 3 jenis kuih je yang aku nak ingat ni.
"Kuih apa lak bu?" Helmet abah aku sarungkan dan enjin vespa ni aku hidupkan
"Ibu tak ingat. Ayra pulak tak tahu nama kuih tu. Ha apa kata kamu bawak je dia pergi bazar tu" Ibu aku ni ha dah mula senyum creepy dia. Wuu ada masa ibu aku kejap okay kejap tak.
nak ke taknak eh bawak Ayra
***
"Dia pikir sweet agaknya. Yang belakang tu okay, bila pandang yang depan halah halah, astaga huduh berkain pelikat naik motor bagai"
"Sana la kau. Kang abang lewat balik abang salahkan kau" Badan Fattah aku tolak. Dia berganjak tapi dia datang balik. Makin lama makin dekat lak tu.
Ayra yang duduk belakang aku tengah pakai helmet. Yang aku ni sengsara dengan kain pelikat macam nak pergi masjid. Tercabut kain pelikat ni on the way ke bazar tak tau lah aku nak cakap apa. Abaikan kalau jumpa aku macam tu tengah jalan
"dah" Kata Ayra lembut di belakang aku. Muka Fattah dah macam badut pennywise
"Kak pegang kuat kuat. Nanti jatuh" Mamat ni memang ler. Malu oi dapat adik macam ni. Aku lagi prefer dia yang tak ada mood tadi daripada perangai shaiton sekarang ni.
"urmmm.. saya pegang baju awak je eh" Soal Ayra lembut. Selepas mengiya dia terus pegang baju aku je. Baru je nak gerak Fattah jerit
"macam monyet yang bawak basikal dalam circus" Lepastu dia bantai ketawa kuat kuat sambil lari masuk rumah
Istighfar Reza
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomantizmSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...