RDDM 25

1.3K 82 5
                                    

Miyaz Fahreza P.O.V

"HUARGHHHH!!!"

"oh ayam fun ayam mee" Latah ibu yang dari ruang tamu atas nak ke dapur bawah. Siapa suruh singgah dekat bilik aku. Kan dah kena

tak sangka eh mak aku layan Vida punya lagu

Bila ibu dah tenang sikit ibu terus jeling aku. uiiii takutnya~

"Reza menguap je lah. Ibu ni" Kata ku sambil tersengih. 

Terus ibu menunding tepat kearah aku.

"pergi buat kerja dekat luar" Dah habis cakap macam tu terus ibu menghilang

Nasib kau! Nasib dia tak lepuk aku sekali.

Sesampai je aku dekat luar rumah aku nampak kereta along baru masuk dalam kawasan rumah ni. Dia pergi lawat kebun abah tadi kut. Aku menghampiri keretanya.

"kau gila long" Sapa ku selepas dia turun dari kereta. Achik pun ada sekali dalam kereta tu.

"asal lak?" Tanya nya. Aku tak menjawab tapi hanya menunding kearah keretanya. "Allah!"

Baru kau sedar long. Padan muka. Siapa suruh pergi kebun abah naik vellfire putih. Kan dah kena lumpur banyak-banyak tu.

Tengah along sibuk sibuk basuh kereta dia tengah tengah hari hadam ni, aku apa lagi baring atas pangkin je lah kerja dengan Achik.

"Abang reza! Abang" Adik yang tengah cemas tu lompat atas pangkin ni then terus tepuk tepuk dada aku.

"Senak oi" Ujarr ku sambil terbatuk batuk. Kuat pulak tu dia buat. Terduduk terus aku.

Aku pandang adik, dia dah menangis. Wyeh pahal wyeh? Jarang budak ni menangis. Wui cemas kejap wyeh. Along dengan achik dah datang dekat.

"asal dik?" tanya Achik sambil gosok gosok belakang dia.

"tadi kan.. a.. adik pe...pergi kedai" Tersedu sedan dia menangis. Dia berhenti bercakap kejap untuk sambung menangis. Lepastu Along tolong tenangkan dia.

dah jadi sinetron aku sekeluarga dekat situ.

Aku dengan Achik hanya perhati dengan penuh simpati bila along peluk dia untuk tenangkan dia. Tak ada lah garang sangat Along Puaka Niang Rapik ni.

"Cakap perlahan -lahan" Ujar along bila adik dah tenang sikit.

"Tadi adik pergi kedai dengan Kak Ayra.." Patutlah dari jauh tadi aku dengar ada orang duk jerit jerit nama aku. Adik rupanya

Tapi mana Ayranya. Aik?

"kak Ayra mana dik?" tanya ku dengan cemas. Achik dah toleh sekeliling.

"Aah eh. Mana Ayra?" tanya Achik pula

"Ada.. ada orang tarik kak Ayra ma.. masuk kereta dekat kedai tadi!" Lepas jer cakap tu adik terus meraung.

Aku senyap sekejap. Ya Allah apa dah jadi ni

"hah! Dah tu? Siapa yang tarik dia? nampak nombor plat kereta dia tak? Takkan tak ada orang yang tolong!" Ha sudah! Along dah mula marah.

"CAKAPLAH!" Tengking aku pula. Dia pikir dia senyap semua boleh settle ke hangguk?! "Kalau kau senyap je dik sampai mati Ayra hilang! Mana dia?! Cakaplah!"

"Kau ni sabar lah!" Achik tolak aku yang makin lama makin kuat menjerit dekat arah adik.

"Mengucaplah. Sabar sikit" Sambung achik lagi.

"Yang tarik kak Ayra kawan abang tu. Raziq"

Raziq? Raziq mana lak ni

"Raziq ke Rizqi?!" Soal ku kembali. Along terus ketuk kepala aku.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now