RDDM 71

401 33 3
                                    

"Dah ready eh?" Soal along dekat kitaorang semua. Samping aku ni pulak buat hal. Untuk pengetahuan, aku tak ikat samping aku. Kent yang tolong. 

Hello tangan saya berbalut plus aku tak pandai ikat samping sangat. kang ada yang merebeh tengah jalan kang

"Ready tuan!" Sahut kitaorang yang pegang dulang ni serentak. 

"Bagus!" Kata Along yang berdiri sebelah aku. Dia ni ambik tender jadi penganjur majlis ke. Kemain busy ke hulu ke hilir

Tak silap aku takde siapa order dia. Eh perasan mamat ni

Aku tak buat salah apa apa tapi alih alih kepala aku dah kena hinggap dengan satu benda. Sakit oi.

"kau dah kenapa long?" Dekat tangan dia ada handbag kaklong. AKU BET DIA HENTAK AKU PAKAI BENDA TU. Dah beg berat. Tu la malang nasib berdiri sebelah dia

"kau pikir aku tak tau kau ngumpat aku" Lepas je along cakap macam tu dia terus blah pergi ke depan sebelah Fattah. Fattah ada dekat depan sebelah abah. Mamat gigil.

 Aku sempat tangkap along terloncat loncat dengan beg kaklong tu. Eh nyanyuk

Halfway nak sampai dekat Fattah, along berhenti. Dia pusing balik lepastu pandang aku. Anak buah aku yang lain dah selamat gelak dah

"lagi sekali eh kau. Lagi sekali kau buat, tangan sebelah pulak yang berbalut. Hey ni budak budak pergi masuk sekarang" Marah along. Huh padu ah dia ni. Tau aje aku ngumpat. Berterabur anak anak buah aku lari masuk dalam.

"okay boleh gerak dah eh" kata photographer yang bertugas. Kemain yang bertugas.

Aku berdiri belakang Shukri. Belakang aku ada anak anak terbiar yang kurang kasih sayang iaitu Ludas, Korak, Daun, Gunung, Kent dan dekat hujung sekali si Mudzakir. Harini si Fattah tak pakai pengapit. Esok je dia guna service si Shukri untuk jadi pengapit

Ada ke patut dia suruh aku jadi pengapit dia. Eh memang tak lah sebab esok aku nak free free. Taknak buat kerja. Thanks dekat tangan berbalut ni aku dapat mc dari menyental kuali. Oh yeah. Thanks tangan aku sayang kau. Bombayah

Tapi tu tak boleh jadi alasan gak sebab adik beradik aku semua perangai macam setan. HA NAK BUKTI KE?! Ingat tak aku yang tangan berbalut ni pun dia suruh kacau dodol. Podol punya adik beradik

Hala mana tak kenal Mudzakir tu meh aku cerita balik. Mud ni yang kerja dengan fattah. Member baik Fattah. Hala yang masa aku bawak Ayra first time pergi office Fattah la. Dan masa nak balik tu jugak kaki Ayra tersadung. Masa tu jugak Fattah meroyan sebab ex dia kena kahwin dah tu yang ibu cari Sakinah.

Cepat betul Fattah move on

"weh ngigau. Jalan ler" Tegur Ludas yang ada dekat belakang aku. Tegak bulu roma aku bila dia bisik belakang aku. Ludas dah tayang sengih. Sengal

Fuh tarik nafas Reza. Bukan kau nak kahwin, kerja kau senang je. Masuk dalam, letak dulang dekat tempat yang sepatutnya then lari sorok belakang ibu. Hey guys mana yang nebes pasal aku tu jangan risau. Nampak je muka Ayra aku dah okay dah

Uhuk!

Dia ada je ha dekat kelompok kaum kaum yang datang untuk jadi penonton dekat bahagian dalam. Tengah duduk dekat sebelah kakchik dengan alang. Yang jadi penghalang antara kitaorang hanyalah jarak. fuh ayat. Dia tengah pegang Niya yang tengah tidur.

Majlis ni buat dekat bahagian luar ruang solat. Tapi tempat ni pun cukup lawa. Tenang je aku tengok. Family Pakcik Khaled tak seramai kitaorang yang boleh rempuh bas ni sampai terbalik. Betullah Fattah cakap family mertua dia sederhana je.

TAK MACAM FAMILY AKU NI HA

"Pandir oi, jalan ler" Jerit Korak pulak. Nyeh. Orang nak describe pun emosi anak anak ikan ni.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now