"Awal nau tu bah!"
"tapi asal awal sangat tu bah"
"eloklah tu. Apa pulak yang awalnya" Jawab abah sambil leka menebang pokok pisang.
Lama gak aku tak jejak kaki dekat kebun abah ni. Kemain banyak lagi pokok pisang. Majulah kebun abah untuk negara
Abah dengan fattah je yang tebang, aku just kemas je. Al maklumlah tangan kena simen. Hoho heppy jap
"awal tu bah. Raya ke lima tu abah nak buat." kata Fattah sambil kumpulkan daun kering dekat satu tempat. Sat lagi aku nak' bul tao runne'
fire fire!
Eh terBTS lak.
"Lagipun raya ke-empat tu kan kamu akad nikah. Eloklah esoknya tu kita buat kenduri sikit." Jelas abah.
"akad nikah kat mana bah?" Tanya ku.
"kat masjid. Lagipun Pakcik Khaled mana ada sihat sangat. Dia cakap dia tak larat nak buat majlis dekat rumah ni. Kita pun kenalah faham yang keluarga keluarga dia semua dekat Kuwait sana. Sakinah yang mintak tak nak sanding sanding ni" Terang abah.
Fattah dah pandang aku dengan muka simpati dia. hahaha nasib kau lah Fattah. Apa boleh aku tolong.
🐦🐦🐦~~~
"tuala yang disangkut di penyidai aku capai.
huh!
sebaik tak jatuh. Sempat aku berpaut dekat dinding depan bilik air ni. Baru nak keluar dari bilik air ni dah nampak muka Ayra.
"...omo...." Bila dia nampak apa depan mata dia, terus dia tutup mata dan gerak ke tepi sikit.
"eh awak intai saya eh" Gurau ku. Kau ni tak padan dengan tangan berbalut la Miyaz.
Asal dia nak guna bilik air luar ni. Ni mesti adik guna bilik air dalam bilik tu selama 2jam.
"a-aniya..." Jawabnya perlahan. Aku dah ketawa sambil bersandar dekat pintu bilik air.
"awak jangan cakap bahasa korea. Saya tak faham" kata ku sambil ketawa.
Dia still lagi tutup muka dengan tangan. Apa yang dia takut tu lahaiiii
"dah?" Soalnya still tak pandang aku
"belum" Jawab ku sepatah sambil leka perhatikan dia. Kesian ada, nak gelak pun ada.
"ish awak ni. Dah habis mandi ke belum?" Tanya dia lagi dengan lembut. Eleh marah konon
sempat aku peluk tubuh lagi melayan perangai dia ni.
"mandi dah habis dah. Tengok awak belum habis lagi" Sempat aku dengar dia merengus sebelum aku ketawa.
halaaaa Ayra lemah semangat aku.
"ULAT BULU NAIK DAUN!!!!!" Serentak aku dengan Ayra pandang kearah grille pintu dapur. Ketara Fattah tengah bergayut deekat pintu besi tu.
Macam beruk! Terkinja kinja dengan kaki tak jejak tanah.
Kaki dia dah la panjang, kau bayangkan macam mana kalau dia bergayut dekat pintu besi tu. Buruk wyeh. Hentak hentak pintu lagi.
Ketara muka Ayra merah membahang. Dia cepat cepat nak masuk dalam bilik air tapi sempat aku hadang. Bertembung lah dia dengan badan aku yang basah.
Al maklumlah aku pakai tuala lilit kat pinggang je.
"ish sana lah" Sempat aku ketawa
"awak nak mandi eh? nak ikut boleh?" UIIIIIIIII MIYAZ FAHREZA! Maju kau!
Makin kuatlah fattah bergayut dekat pintu tu. Bising wyeh. Dengan dia siap duk terjerit jerit lagi
"saya tak tahu adat awak macam mana, tapi dekat korea pekara ni memalukan" Terus dia masuk dalam bilik air dan tutup pintu dengan cepat.
hahaha Ayra Ayra...
Aku berhenti ketawa bila bunyi bising kuat sangat. Bila aku pandang Fattah. la....
pintu besi yang Fattah bergayut tu tercabut. Berdesup aku dengan Fattah lari tak cukup tanah.
Mampukah kami mendengar bebelan ibu? Ketahuinya selepas ini.
🙈🙉~~~
"Siapa nama tadi? Mat dan eh?" Soal Fattah.
"Dian. My name is Dian Arana." Kata budak tu. Kalau aku jadi dia pun aku dah meluat dengan Fattah ni. (Siapa nama dia tolong keluar kat sini. Sesi berkenalan hahaha)
"Ok mat dan. Walau apa sekali pun yang terjadi, jangan sesekali bersengkongkol dengan ibu saya" Fattah dah bagi amaran awal awal.
Budak tu macam tengah tahan kaki dia dari nak sepak Fattah je aku rasa.
Kau tunggu lagi 5 minit, aku konfiden yang kaki dia bakal melayang dekat Fattah
"Encik Fattah, saya ditugaskan oleh ibu encik Fattah untuk settlekan semua hal khemah dengan katering ni. Ibu encik Fattah yang pilih saya hanya ikut kehendak pelanggan" ujar budak tu panjang lebar dekat Fattah.
Sayang dik, bukannya dia faham pun.
"Ah! Kau debatlah dua orang. Malas aku nak layan" lepas jer cakap macam tu terus aku gerak ke arah belakang rumah.
Tapi sebelum tu sempat aku pandang atas bumbung rumah.
"Harap ibu tak perasan" sempat aku bermonolog sendirian kejap.
Kau tau apa jadi?
Pintu besi ibu yang tercabut tu Fattah baling atas bumbung. Kuat jugak budak galah tu. Elok je ha pintu tu dekat atas bumbung bahagian belakang. Bumbung ni bukan orang selalu tengok pun. Sebaik
"Awak tengok apa?"
Oi!
Tersentak aku. Terkejut okay. Bila aku pandang kiri aku nampak Ayra yang tengah melihat kearah bumbung. Tangan kanannya menghadang cahaya matahari.
Setengah saat lepas tu mata dia membulat.
"Omo.... Siapa yang buat?" Soalnya dengan terkejut. Aku just tersenyum
je."Fattah" jawab ku sepatah.
"Awak..." panggilnya lembut. Aku menoleh ke arahnya.
SABAR MIYAZ! JANGAN PANDANG LAMA LAMA MIYAZ NANTI GUGUR IMAN KAU
"Ye..." jawab ku sepatah. Aku bukan tak nak jawab lebih lebih tapi ada sekor nyamuk ni duk sedut darah aku tanpa izin. So Aku tengah bergelut dengan dia sekarang ni.
Ayra leka bercakap. Aku pulak tengah adakan perang dingin dengan nyamuk ni. Kita lihat siapa yang menang
NAMPAK
Nyamuk ni bawak kumpulan! Terlibas libas tangan aku. Tangan yang dibalut dengan simen pun aku libas sekali. Perang yang agak tegang tadi berakhir dengan kemenangan milik Dr Miyaz Fahreza.
Eh asal Ayra senyap? Aku toleh balik kearah dia. Laaa pahal tunjuk muka sedih. Aku pulak tunjuk muka blurr sampai cuba tafsirkan apa yang dah terjadi.
"Awak cakap apa tadi?" At least aku try jernihkan balik keadaan.
Dia tunjuk muka tak puas hati dia.
"Awak teruskan je la kung fu awak tu" lepas je cakap macam tu dia terus pergi ke pintu belakang. Sempat dia jeling daku sebelum masuk ke dalam rumah.
Aik?
Aku dengar dia sebut nama dr Kimi tadi...
NI SEMUA SALAH KAU NYAMUK!
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomanceSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...