RDDM 69

361 28 11
                                    

The Dulang Boys

Kent
Oi bluetick lagi ke semua.
Dasar anak tanggang lo
Tumbuhla rendang di pusat anda

"Aku syorkan Kent ni kena mandi bunga la weh" Kata Gunung. 

Gunung pun aku syorkan kena mandi bunga. Mana tak nya dia boleh datang homestay dengan pakai baju kelawar. Aku suruh pakai je baju biasa dulu sebelum tukar baju nanti.

okay okay, sekarang ni musim demam baju kelawar ke? Sebab Ayra pun suka pakai, Korak dengan Kent sekali. Kenapa aku tak tahu apa apa

Sekarang ni kitaorang semua ada dekat salah satu homestay abah. Homestay ni khas untuk jejaka jejaka yang bakal membawa amanah sahaja. AMANAH TERBESAR DARI KELUARGA PAKCIK IDRIS. 

Dulang hantaran

Yup, this is the day babeh!

Fattah punya wedding guys! Wuhuuu aku sebagai abang atas dia happy.  Tapi anda tahu bukan perangai Fattah macam mana? Ye dia minta satu set novel harry potter sebab dia langkah bendul aku

AKU TAK TAHU ADAT SUKU NEGARA MANA DIA IKUT

AMARAN KERAS. JONGAN FOLLOW ADAT BUAT BUAT DARI FATTAH NI

Fattah pun tengah siap dengan yang lain. Kitaorang siap dekat ruang tamu je. Perempuan mana ada. Tambahan sorang lagi dulang boy iaitu si Mudzakir. Ha ha siapa mudzakir? ha teka la. Taknok cakap. 

"bang..." Panggil Fattah. Aku angkat muka pandang dia yang baru datang dengan phone dekat tangan. Tv aku tak endahkan lagi. Fattah datang dengan tuala dia lilit atas kepala dia. Dan sekrang dia tengah berkemban pakai kain batik lepastu kain tu tuck in dalam shorts yang dia pakai.

1. bila dia pakai macam ni, aku auto terus tak kenal dia

2. Aku tak kenal dia

3. ulang nombor 1 sampai 3 balik

Hala dia akad nikah lepas zohor. Sekarang baru pukul 11 pagi. Apalagi kitaorang semua layan movie dulu la

"apa?" Soalku. Aku duduk dari baring dekat sofa ni. Tak tunggu lama Korak dah tonyoh muka aku ke tepi dengan kaki dia. Dah la pakai tuala je keliling pinggang. Nanti aku cabut baru kau tau

"sana sana aku tak nampak" Katanya. Tangan bau super ring. Kemain fokus lagi tengok cerita upin ipin je pun. Ilah

"Siakla rainbow ni. Dah rosak tuala merah ipin. Tak guna punya ayam" Itu dia amarah Ludas. Yang mamat ni pulak sepesen dengan aku pakai kain pelikat dengan jersey je. Daun pulak macam Korak tapi better sikit sebab ada baju. Takpe biarkan kitaorang perangai macam ni. Yang pasti tak ada orang luar nampak

"Apa Tok Dalang tak reti ikat ayam ke" - Korak

"Dasar ayam tak kenang budi lo Rainbow" - Gunung

"buuuu rainbow" Aku antara mangsa yang terkena serpihan popcorn yang Daun baling dekat tv. Popcorn tu antara goodies tapi kitaorang bukak dulu. Siapa suruh letak dekat rumah ni, ha kan dah jadi mangsa kitaorang. Dah dekat  5 bekas dah kitaorang bukak.

"kena aku setan" Marah aku kepada Daun. Dia pandang aku sekejap lepastu kembang kempiskan hidung dia.

"kau nervous eh?" Usik Gunung dekat Fattah. Aku rasa peluh Fattah kalau kumpul sekarang ni dah boleh dapat sebaldi dah. Fattah terus duduk sebelah Gunung.

"Siapa je tak nervous bang"

"Hala kau chill. Kalau kau tenang, everything will be fine ma" Kata Gunung. Bahu Fattah dia tepuk tepuk. Aku tak boleh la tengok Gunung ni. Dah la terbaring dekat bawah sofa yang aku duduk ni dengan baju kelawar dia. Macam kelawar tunggu masa nak kena pijak tau

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now