"1....."
"Taknak laaaa"
"2...."
"Taknakkkkk... Ibu!!!"
"ha sudah dia main ibu pulak" Aku terus bersandar dekat bonet kereta kesayangan aku ni. Ayra cepat cepat berlari masuk dalam rumah. Nak gelak pun ada tapi tahan je la
Suasana laman rumah kampung ni senyap sekejap lepas habis aku dengan Ayra tadi berdebat. Dugaan yang aku dapat hari ni berat nau weh.
sejam yang lepas
"Reza"
"ye bu" susuk tubuh ibu yang berada dekat kawasan ruang tamu atas aku hampiri. Tuala aku sangkut dekat leher je lupa nak sidai tadi dalam bilik. Dah keluar bilik takkan nak masuk balik en.
Telefon rumah yang berwarna hitam itu ibu halakan kearahku.
"siapa?" Bisik ku. Ibu tanyang muka simpati kearah ku. Eh jangan cakap bank call sebab aku tak habis bayar pent house aku tu.
Aik. tapi aku dah habis bayar
kereta? tinggal sikit lagi
"kamu jawab lah sendiri" Tangan kanan aku ibu tarik dan letakkan telefon yang berwayar tu lalu ibu gerak pergi kearah ruang tamu bawah.
"hello" Sambil tu aku leka belek tangan kiri aku yang masih bersimen ni. Tak sakit dah
"Dr Miyaz Fahreza?" Jelas suara lelaki yang berbicara. Macam pernah dengar suara ni
"ya saya" Biasa kan kalau orang panggil nama penuh kita, kita kena respon dengan professional gak. Kalau Fattah lain, jangan tanya.
Ayra yang baru naik dari tangga depan ni sempat lambai dekat aku sambil tersenyum. Ilah dia ni happy je manjang. Aku senyum je la. Dia tunjukkan 2 kuntum bungan ros yang ada dekat tangan dia. Ibu punya la ni
Aku menunjukkan isyarat tangan 'satu' dengan tangan kanan (tangan kanan ke tangan kiri yang balut weh? gagagaga aku lupa weh) aku yang berbalut simen ni kepadanya tapi laju je dia geleng. Kau tengok nanti satu kedai bunga ros aku beli
"saya hubungi doktor Miyaz sendiri dari pihak Tuan Megat Hussin Wahyu."
Bapak Kimi...
"Ada apa ya?" Soal ku serius.
"Saya akan sambungkan panggilan ini terus kepada Tuan Megat sendiri untuk tindakan selanjutnya"
"sambungkan" Kataku dengan serius lagi. Kelibat Ayra di pintu masuk dah hilang. Aik laju menghilang. Bila aku rasa ada kelibat sebelah kiri aku terus pusing kearah tu.
"huh! Ayra..." Kataku dengan nada berbisik. Elok je ha dia sebelah aku ni tengah curi dengar perbualan aku ni. Sempat dia ketawa lagi tu."Awak duduk sana jap" Aku memuncungkan mulut kearah sofa dihadapan tv tu. Perlahan lahan dia bergerak kearah sofa tu
"Miyaz Fahreza" Suara lelaki pertengahan usia 50 itu betul aku kenal.
"Asalamualaikum tuan" tiada intonasi ramah mesra aku bagi. Anak kau dah buat macam macam dekat anak orang.
"waalaikumusalam Reza. Tangan tu dah okay ke belum?" huh. Kimi la yang mengadu ni. Aku dah boleh tangkap dah apa yang nak dia sampaikan
"Masih berbalut. Tuan Megat, apa yang sebenarnya saya boleh bantu" Bila aku sebut je nama tu Ayra terus pandang aku.
"Reza... Saya nak jumpa awak untuk bincang pekara yang dah berlaku ni"
"Saya bukan nak biadab dengan Tuan tapi Tuan sendiri sedia maklum yang saya tengah bercuti. Perjanjian yang dibuat saya dibenarkan menikmati cuti saya tanpa gangguan dari pihak majikan sendiri. Betulkan Tuan?" Bilang penonton yang tak bayar tiket semakin bertambah.
Fattah join duduk sebelah Ayra yang tengah khusyuk dengar aku bercakap dengan Tuan Megat Hussin Wahyu ni. Pergh nama glam betul. Anak anak orang kaya la katakan
"Reza, satu kesalahan bila bawa lari pesakit tanpa pengetahuan pihak hospital. Mana ikrar yang kamu pegang ni?"
"Saya sedar saya salah tentang hal tu Tuan dan saya sedia terima hukuman dari pihak hospital selepas habis cuti saya ni" Steady anak Idris. Bangga sat
"Reza.."
"Ada apa apa lagi yang Tuan nak cakap? Saya rasa itu sahaja kesalahan saya" Dalam aku tak sedar Fattah dengan Ayra dan duduk dekay sofa jati sebelah meja telefon rumah ni. Kaki gossip betul dua orang ni.
"Uncle nak bercakap bagi pihak Kimi sebagai ayah dia pula."
"Ya, kenapa dengan Doktor kimi?"
"haih.... Uncle minta maaf untuk pihak dia"
"Saya bukan dalam posisi dimana untuk memaafkan sesiapa. Bukan saya yang sepatutnya terima maaf dari pihak tuan. Orang yang melakukan kesalahan sepatutnya yang meminta maaf kepada mangsanya. Bukan menghantar wakil" Thumbs up Fattah tunjukkan kepada ku.
"Reza, 3 sharp saya tahu awak ada depan meja saya"
tut---
"hello? tuan" La dia matikan pulak dah. Telefon itu aku letak kembali ke tempat asal. Pandangan aku silih berganti dengan Ayra dengan Fattah yang mengharap untuk aku ceritakan dekat diaorang cerita penuh
"Fattah drive nak?" Kata fattah memecah kesunyian ruang tamu ni. Bila aku toleh sekilas kearah jam baru pukul 11:02 minit pagi.
"takyah la. Abang suruh member abang je yang hantar" Aku terus bergerak ke dalam bilik aku untuk prepare apa yang patut
haih 2 hari lagi nak raya... Tabah Reza. Tabah
~
"Reza" Korak menyapa aku selepas keluar dari seat pemandu kereta dia. Dia parking kereta Honda silver dia betul betul sebelah kereta aku
"Thanks weh tolong aku. Ganggu kau kerja je" Aku bersalam dengan Korak yang turut sandar dekat kereta aku. Ketara dia baru balik office dengan kemeja lengkap dengan tie sekali
"Weh relax la kita boss, duk office pun goyang kaki" Selamber mamat ni. ha korak ni uruskan syarikat guaman pakcik dia. "ni ha aku bawak member sekali"
"member? siapa?"
"tu ha tengah membuta" Aku intai dalam kereta Korak. Kent. "aku jumpa dia dekat petron tadi. Kau tau dia buat apa?" Korak ni nak bercakap ke nak gelak ni. Haih pelik betul dengan lawyer sorang ni
"asal asal. Dia buat apa?" Eksaited beb nak dengar. Baju kemeja Fattah yang aku pinjam ni pulak ketat semacam. Nak mencemar duli kejap lagi nak melawat pengarah urusan kenalah formal en. Tapi kat bahagian bicep aku ni aku rasa sikit je lagi nak koyak dah. Lantak kau lah Fattah siapa suruh kurus.
"Member kau ni try hard giler nak usha budak yang bawak kereta depan dia. Last last budak tu blah macam tu je" Korak dah bantai ketawa besar tapi kan, kenapa aku masih tak dapat tangkap lagi lawak dia ni? heh?
"ha ha ha" Nak taknak gelak la jugak. Tau tau je Korak dah selamat luku kepala aku
"Ikhlas bodo. Gelak tu ikhlas sikit" Maaflah. Bagi kami bodo banggang tu pekara biasa sebab kami darah Melaka. Mana yang terasa tu sorry lah
"ye la aku ikhlas ni AHHAHAHHAHAHHAHAH" Korak dah geleng kepala dah. Tawa IKHLAS aku terhenti bila sebuah kereta almera parking dekat halaman rumah ni.
Kereta Gunung tu. Tingkap driver kereta tu dia turunkan. Nampaklah kelibat si Gunung yang duk melambai aku.
aik... kejap....
"Diaorang nak ikut sekali. Diaorang cakap nak shopping baju raya dekat KL tu" Jelas Korak dengan selamber.
eh Assalamualaikum bila eh aku ajak semua?
"Diaorang?" lepas je aku cakap macam tu muncul baboon Daun dengan baboon Ludas dalam kereta tu. Siap lambai lambai lagi
mampus
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomanceSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...