RDDM 74

378 32 4
                                    

"Reza!" 

aku lari selaju yang aku mahu. Taknak toleh belakang lagi pandang Along aku terus lari pergi dekat khemah depan kawasan yang ramai orang. Fuhh selamat. AKu berhenti dan berdiri sebelah ibu yang tengah busy salam salam orang. Abah pun sama sambil menghulur goodies. Ramai nau orang datang. Kata jemputan tak ramai

Dalam khemah ni pulak ada adik tengah layan phone. Hehe apa lagi.

"Abang!" Jerit adik sekuat hati bila aku ambik phone dia. Tergapai gapai dia nak phone dia balik. Pendek buat cara pendek. 

Tak dapat phone dia, dia boleh tumbuk tumbuk perut aku. Tak sakit pun. Try la banyak kali

"kau chat sape eh" baru aku nak tengok phone dia tapi phone tu dah kena rampas dari arah belakang aku. Bila aku toleh smirk aku auto keluar. Phone adik kini ada dekat tangan Ludas. Mamat yang sama tinggi dengan aku ni aku pandang

"nanti ibu kau bising lah" Halah nampak nau nak backup si budak tapai ubi ni. Ibu okay je tu ha rancak borak. Tak pandang pun cucu dia. Heboh borak. Hani dengan Hana yang tolong pass kan goodies

Phone tu dia hulurkan semula dekat adik. Dua dua senyap tak pandang pun muka masing masing. Halah pikir aku tak tahu tu dalam hati dua dua kemain riang

Aku makin rapatkan muka aku dekat dengan Ludas. Senyum kambing aku masih tak hilang.

"sana lah kau" Dia tolak bahu aku ke belakang tapi aku makin rapat lagi dengan dia. "geli la manusia" Last sekali dia hempuk perlahan kepala aku. Masa tu baru aku undur ke belakang sikit sambil gelak

"konon takut ibu bising." Ujar ku dengan sisa tawa. Ludas dah geleng geleng kepala. 

Ketawa mengilai aku berhenti bila Korak dengan Kent datang dekat arah kitaorang. Kiri kanan tangan Kent penuh dengan pinggan yang berisi kek coklat. Dalam mulut dia pun penuh dengan kek. Kek coklat tu sebahagian daripada dessert yang kitaorang sediakan. Makanan sumpah banyak dekat khemah bawah tu. Orang pulak nonstop datang

"weh dah makan belum?" Soal Korak. 3 orang budak remaja perempuan yang lalu sebelah dia sempat senyum senyum dekat dia sebelum pergi. Korak dah tayang muka pelik

"hai" tegur salah seorang dari kumpulan 'budak' tu

"Butang baju kau balik do. Tak senonoh aku tengok" Kataku kepada Korak. 3 butang baju bahagian atas dia bukak. Tahulah Malaysia ni panas semacam tapi jangan begitu Korak. Berapa ramai perempuan yang lalu lalang senyum senyum dekat dia.

"Aku panas la weh. Lagipun member kau punya pandai nak paksa aku makan kek tu. Sekali kena dekat baju aku" Bahagian kolar baju batik yang dah comot dengan kesan coklat tu Korak tunjukkan. Kalini aku dengan Ludas alihkan pandangan dekat kent.

"Apa?" Soal Kent. Mulut dah la penuh dengan kek. Bila cakap menyembur keluar habuk habuk tu.

"hantu coklat" Kata Ludas dengan nada selamba

"sama sama" Jawab Kent. Dia sambung balik mengunyah. Tah kenapa cakap sama sama pun aku tak tahu lah.

Yang kitaorang berempat ni memang nak borak tengah tengah jalan ni. Orang memang lalu lalang je sebelah kitaorang ni. Budak budak jangan cakap la kadang kadang cakap hai pun boleh gelak gelak. Ada yang 2 3 kali lalu dekat kitaorang ni. ha yang ni remaja perempuan la. Bukan setakat Korak, kitaorang sekali kena hai. Nak je aku bagitahu satu dunia yang aku dah ada Ayra

Fattah punya berarak kejap lagi lepas azan zohor. Dia ada dekat rumah homestay yang duduk semalam. Sakinah pun ada dekat sana sekali dengan mak andam diaorang.

"weh aku tanya tadi, dah makan belum?" Soal Korak. Ludas angguk kepala je. Aku dah makan belum eh? Breakfast tadi aku sambar karipap je. Lepastu aku makan- eh takdelah. Aku tak makan lagi la melainkan karipap tu. Tapi separuh karipap tu jatuh dekat tanah bila along langgar aku. 

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now