RDDM 27

1.5K 101 21
                                    

"asalamualaikum Reza!"

Adik lantas bangun dan bergerak kearah pintu.

"Waalaikummusalam. Eh abang Ludas! yang ni Abang Daun eh? Masuklah"

Daun?

siapa call dia?

"Asalamualaikum" Sapa Daun dengan senyuman. Seorang demi seorang ahli keluarga aku yang lelaki disalami mereka berdua.

Ludas duduk di sebelah Fattah dan Daun duduk disebelah aku selepas dipelawa ibu.

"makcik, pakcik, dengan semua yang ada dekat sinilah, saya nak ucapkan terima kasihlah sebab jaga adik saya tu. Dulu dia tu nakal sikit, tak reti duduk diam. Kalau ada yang pasu makcik terpecah tu, jangan segan segan maklumkan dekat saya. Saya boleh ganti." Ujar Daun dengan senyuman masih di muka.

"Eh kamu ni. ayra tu baik jer. Lemah lembut lagi. Menantu idaman makcik tu"

Ibu!

orang tengah serius ni

Jelas tawa mak dan Daun. yang lain ada yang tersenyum ada yang hanya diam membisu. Ngantuk lah tu, tengoklah jam dah nak jejak angka 11. Memang lambatlah bangun sahur esok ni

Aku pandang kearah Daun.

"Ayra call kau?" Soalku perlahan tapi cukup untuk didengari oleh semua orang. Anak buah aku semua dah cau turun ruang tamu bawah. Kitaorang jer buat meeting 'bisu' sesama sendiri.

Sebab apa bisu? Sebab Dari tadi semua senyap je.

Daun mengangguk. Segaris senyuman dihadiahkan. Kemudian dia mengeluh.

"Aku bawak adik aku balik eh Reza. terima kasihlah sebab jaga dia. Temukan kitaorang balik. Raya aku dengan papa aku bermakna tahun ni Reza. Terima kasih wyeh. Jasa kau besar untuk aku sekeluarga."

Dia memeluk erat bahu aku.

"thanks Reza" Ujarnya. Aku hanya mengangguk sahaja.

"Sama-sama"

"Eh dah la tu. Geli mata makcik tengok tu. Jangan sampai makcik bagi makan kunyit karang"

IBU!

Aku tak faham betullah. Spoil mood betul ibu aku ni.

Daun ketawa.

"Minum air tu Ammar, Fareeq" Pelawa along. along memang kenal nama diaorang ni semua.

Sebabnya waktu alang nak kahwin dulu kawan kawan aku ni semua pernah tidur sini. Kira anak angkat ibu lah.

"Abang." Aku melihat kearah suara yang memanggil.

Ayra.

Dia tersenyum

Tak faham sungguh aku dengan anak baranak pakcik razlan ni. Sungguh tenang air muka diaorang ni. Saka apa diaorang bela ni?

Choi Reza! Muka baik sikit jer kau dah mengata dia bela saka. Mulut tak ada insurans langsung

"Ayra dah siap" katanya sambil menarik begnya. dia kemas mengenakankurung pahang.

Aku hanya senyap

~+~+~+~+~+~+~

"ingat pesan ibu! Makan banyak sikit. jaga kesihatan"

"Ibu dah 50 kali ibu asyik ulang benda yang sama dekat kak Ayra. Udah udah ler tu" Kata Fattah sambil menutup muka.

Ayra P.O.V.

aku tertawa melihat telatah dua beranak yang sedang berdebat dihadapan aku ini.

Abang sedang leka menjawab panggilan telefon. Kawan abang, si Ludas sedang bercakap dengan adik betemankan kakchik dan kak long.

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now