RDDM 12

1.6K 87 3
                                    

"pastu?" Soal ku sambil merenung muka Fattah yang tengah menahan duka ni. Teruk lelaki kalau sedih yg amat ni. teruk teruk...

Ayra ada duduk sebelah aku dekat sofa ni. Fattah duduk dekat depan kitaorang tapi dia pandang arah lain. merenung masa depan tu budak tu

"Ayah dia nak dia kahwin dengan orang lain bang" Kembang kempis hidung Fattah ni. Ayra hanya menganggukan kepala sahaja. Aku buat bodoh jer lah sambil peluk tubuh then sandar dekat sofa tu

"Abang bawak lah dia balik bang. Tak sanggup saya dengar lagu lagu jiwang yang dia pasang ni bang."Ujar Mudzakkir sambil menyapu sampah

lepas jer aku tegur office ni bersepah, berdesup dia terus sapu sampah. Kau boleh jumpa mentadak mentadu lah dekat office diaorang ni

"Kau diam hanat. Ni semua sebab kau hanat. Kau yang duk menyakat kitaorang suh kawin. Kau diam" Marah Fattah sambil menggoncangkan jarinya dihadapan Mudzakkir. Gila Fattah ni

"hanat? what is that?" Soal Ayra kepada ku. ha? eh apa aku nak cakap ni. Terus aku duduk dengan tegak. Senyuman kelat aku tunjukkan. Dia dengan muka nak tahu di lah

"aaaaa? better awak tak payah sebut. Bulan puasa ni tak baik ni" ujar ku sambil mengangguk angguk kepala

"ok.." Ayra tersenyum kelat. Mudzakkir still lagi berdebat dengan Fattah. Memekak lak tu. Aku kokak kepala sorang sorang ni kang. Tak pasal pasal masuk metro karang

"dah habis dah?" Soalku sambil berdiri tegak. Mudzakkir menurunkan balik penyapu yang di halakan dekat Fattah. Fattah pun kembali tenang. Tak tenang mana pun boleh dengar sosek hidung dia.

"Mud." panggil ku

"ye saya bang!" ujar nya sambil berdiri tegak dan tabik hormat aku. Ergh makin pelik aku duk office diaorang ni.

"kau teruskan kemas tempat ni. Abang nak bawak dia balik. Ayra jom."

"jom" balas Ayra sambil pakai sling bag dia. Dia follow aku dari belakang.

"Fattah oi!!! kau angkat kaki kau." Terus mud sapu jari jari kaki Fattah. Aku berhenti kejap sebab nak marah Fattah tapi Ayra yang gerak belakang aku terlanggar aku.

"Ahhhhhhaaaaaaa sakit" ngadu Ayra yang jatuh terduduk. Ruang dekat office patah seribu ni dah la sempit. Aku terus menyangkung untuk dapatkan Ayra.

"kaki sakit" ngadu Ayra lagi. Aku terus melihat keadaan kakinya. Aduhhh lagi satu penyakit.

"terseliuh tu bang" ujar Mud

"Kau pikir aku belajar jauh jauh tu tak belajar lah tentang ni?" Soal ku kembali kepada Mud

~'~'~'~'~'~'~~~

"Kamu ni Reza.... Yang duk bawak Ayra pergi tempat sampah bertakung tu kenapa?"

"Ibu! sampah bertakung ibu cakap tempat kerja fattah tu?" Soal Fattah kembali sambil tunjuk muka mogok.

"DIAM! ada ibu suruh kamu bercakap?" Balas ibu kembali. Adik terus gelak tanpa bunyi dekat Fattah.

Aku cuma duduk memerhati jer. Lepas bawak Ayra balik dari klinik, aku terus hantar dia masuk bilik adik biar ibu tak nampak. Tapi... Ibu tengah tukar cadar katil adik. mampus.

sampai sekarang aku kena bebel jer dengan ibu dekat ruang tamu. Ayra hilang dah. yang ada aku , fattah, ibu dengan adik jer. Abah ada kat luar rumah tengah basuh motor.

"Ibu Reza nak keluar pergi bazaar. Ibu nak order?" Soal ku supaya ibu tukar topik. cer teka jadi ke tidak?

TAK JADI

"Kamu nak tukar topik kan Miyaz Fahreza?! Kesini kamu" Ibu terus tarik sideburn aku. PERGH! tarik jer la telinga. Tak payah tarik side burn. Sakit buuuu

"hahahha" Gelak Fattah. Ibu terus lepaskan aku then pergi dekat Fattah. Aku terus gosok sideburn aku. Nasib Ayra tak nampak. Kalau tak malu aku wyeh.

"kamu!" Ibu terus tunding jari dekat arah Fattah. Adik yang duduk sebelah Fattah tiba tiba bangun and datang duduk sebelah aku. Takut kena tempias la tu.

"apa ibu?" Soal Fattah. Kaki dia dah angkat naik sofa dah. Ibu kalau mengamuk. Semua jadi mangsa.

"Menangis sebab perempuan!"

"haha habis lah" Bisik adik kepada ku. Bila dia pandang aku terus hilang senyuman dia. Tahu takut

~~~~~~~~

"Ayra jangan takut. Ibu kamu tu memang kalau marah boleh terbalik rumah ni" Ujar abah kepada ku. Aku tersenyum manis. Abah tak bagi aku masuk dalam rumah.

Ralit aku tengok abah basuh motor lama ni. Siap bagi nama lagi dekat motor tu. Right nama motor lama tu. Happy jugaklah abah basuk motor tu

baru aku perasan yang adik beradik lelaki Dr miyaz ni semua ikut bidang abah diaorang. Abah diaorang ni tinggi, senyuman pun cantik. Patutlah Mrs Idris terpikat dekat Mr Idris ni.

"Abah sayangkan motor ni?" Soal ku ramah dengan senyuman sekali. Nak tolong basuh tak boleh, sebab abah suruh kaki aku rehat dekat pangkin ni.

Abah berhenti gosok motor tu dengan kain yang bersih. Abah terus berdiri disebelah aku.

"sebelum tu, bagi abah duduk dulu. Nak patah dah pinggang ni." Aku hanya ketawa dan abah duduk di sebelah ku.

"abah namakn motor ni Right sebab dulu masa along Reza nak lahir, haha masa tu abah baru beli motor ni. tapi bila nak hantar ibu pergi hospital, kereta rosak. Abah bawak ibu naik motor ni. Sepanjang perjalanan nak pergi hospital tu, Tiada belok kiri pun, semua belok kanan. Ayra boleh tahu kan kenapa abah namakan dia right?"

Aku mengangguk dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Siap dengan gaya sekali abah buat. Semakin aku teringat dekat papa. Kenapa lah aku lari.

"Ayra? Kenapa sedih?" Soal abah yang perasan dengan air muka aku. Aku kembali tegakkan muka dan kembali tersenyum.

"Cuma terfikirkan papa jer. Rindu" Ujar ku cuba untuk menutup muka sedih aku.

"Papa Ayra tak tahu Ayra datang sini?" Abah seperti dapat meneka. Aku pandang abah seketika. lalu mengangguk perlahan

"Tujuan Ayra datang sini sebab nak cari papa. Mama Ayra larang tapi Ayra tetap datang." Ujar ku sambil tertunduk malu.

"Papa Ayra tinggal sini?" Soal Abah. Aku mengangguk perlahan

"Papa dengan mama Ayra dah cerai. Ayra nak cari papa Ayra. Ayra dapat tahu papa Ayra sakit. Tu yang Ayra datang sini. Ayra nak tinggal dengan papa terus" 

"hei" Abah terus memukul lengan ku dengan perlahan. "Bulan puasa ni tak baik bersedih. Ayra tahu tak papa Ayra tinggal dekat negeri mana? kampung ke bandar ke? tahu?"

Aku terus mengangguk perlahan. aku mengeluarkan telefon bimbit ku dari dalam poket seluar. Aplikasi ws terus aku cari. Aku terus menunjukkan maklumat tu kepada abah

"Ayra bacalah. Abah kalau nak baca kena ada cermin mata" Aku ketawa lantas membaca

Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now