"HAIIIIYAHHH!"
"Fattah kenapa?" Soal Ayra kepada ku.
Cerita dia macam ni, aku tengah lepak dengan Ayra dekat tingkap kayu yang pintu dua ni. Dapatlah kitaorang tengok permandangan halaman rumah ibu and abah
"dia tengah silat tu" Balas ku sambil menghirup baki air yang masih tinggal dalam mug.
"silat pakai kamera?" Soal Ayra pelik. Ye kalau kau pelik sekali pun, tak usah lah pandang aku sangat. gugur iman tau tak
"awak lupa lah tu. Fattah kan photographer. Dia cakap dia akan dapat feeling nak menangkap gambar tu dengan bersilat" Pelik sungguh adik aku sorang ni.
"oh, i see"
krik krik, krik krik
Deringan telefon aku berbunyi.
"Asalamualaikum." Ujar ku sambil menunggu siapa gerangan yang bakal bercakap. Tak sempat nak tengok nama tadi
"Reza. we need to talk" dehek. tak jawab salam tetiba lak
"siapa ni. Jawab salam dulu lain kali. Kita ni umat Islam. Lagi lagi dalam bulan Ramadhan yang barakah ini. Ini tidak, da-"
"Jian a.k.a Gunung"
auhhh Jian rupanya..... BAPAK MALU SIAAA
"ouhhh Jian....." Seminit lebih kitaorang senyap
"Nama adik Daun Ayra kan?.... am I right?" Asal serius semacam jer ni. Biasa Gunung ngan aku kautim habis
"yes.. why?" Aku dengar dia mengeluh
"I want to see you. Esok pukul 2 petang. Aku datang rumah kau"
Selepas cakap bye, kitaorang letak telefon.
kenapa eh? Biasa tak awkward gila macam ni. Ke sebab ku tegur di tak jawab salam tadi.
Ayoookkkk Miyaz
eh janganlah. Kang aku nangis dekat sini kang.
Bila aku pandang Ayra, dia tengah khusyuk tidur dekat sofa. Lama sangat ke aku berfikir tadi sampai sempat dia tidur. heee
Baru nak dekat dengan Ayra, Fattah tiba-tiba masuk dalam rumah dengan muka cuak dia
"Kau nak buat bang? Uishhhh Jangan-jangan abang nak-"
"Kalau berani sambunglah ayat kau, nanti kamera kesayangan kau tu pecah" Adik Durjana betul. Sanggup dia fikir bukan-bukan
Tak cukup dengan tu, dia boleh buat pose katak bercekak pinggang. Ei buruk! Muka jangan cakaplah, senyum sinis dia bagi kat aku.
"dah tu abang nak buat apa? ha? ce cerita" Makin lebar pulak senyuman dia
"Kau ni memang kuat mengarutlah. Orang nak kejut dia tahu tak. Apa kau tahu. Pergi tidur la" Marah ku balik. Aku kopipes style dia tapi gaya unicorn bukan katak
aku merepek apa ni?
"Abang hodoh" Lepas jer dia cakap tu terus dia blah masuk bilik dia a.k.a bilik aku jugak.
Sehandsome handsome aku ni, dia boleh cakap aku hodoh. Hawau punya adik
~~~~~~~~~
"Abang! Pakwe kau datang!" Jerit Fattah dari ruang tamu. Bapak dia. Dia pikir aku ni gay ke apa?
Dengan langkah yang malas aku menapak naik tangga pergi dekat ruang tamu atas. Ish malas ah nak jalan.
"siapa?"
"ikan siakap" Balas fattah pastu dia blah keluar dari rumah
Kuaja punya budak. Aku tanya baik-baik kut siapa yang datang. parah sia dapat adik macam ni
Nak tak nak aku follow Fattah dari arah belakang. Dapat lah aku tengok dekat laman rumah ada sebuah kereta almera warna hitam.
"Gunung..." Ohhh baru ingat, semalam dia call aku.
"Reza" Dia terus menerpa kearah aku. "Kau makin handsome la wyeh" Tegur Jian
"Heh janganlah. I malu lah" Balas ku sambil menolak sikit bahu Jian. Tergelak habis dia dibuatnya
"You ni! Jangan tolak I, tergoda I tahu tak?" Balas Jian balik sambil memukul manja lengan sasa aku. Aku pakai singlet NBA dengan sweatpant jer. Tapi sakit jugaklah dia pukul tu
"Uncle......" Serentak aku dengan Jian toleh ke kanan. Ada Fattah dengan Syukri yang tengah ternganga mulut.
"Pakteh dah agak dah Syukri. Betullah apa yang kita bincang semalam" Haih sudah. Fattah dah mula dah
Syukri pandang aku pastu Jian silih berganti.
"Dia cakap apa?" Soal Jian kepada Syukri sambil menunding jari kearah Fattah. Fattah pulak dah duduk sandar belakang kereta aku sambil pegang kepala dia
Apa dosa aku sampai dapat adik macam tu eh?
drama punya budak.
"Pakteh cakap, Uncle dekat KL pernah partime jadi... anak ikan"
"FATTAH!!!!" Berdesup aku berlari kejar Fattah. Dia pun tahu terus lari tak cukup tanah. Dengan aku tak berselipar bagai. Sementara tengah kejar Fattah, aku sempat dengar Jian cakap dekat Syukri
"tu fitnah semata mata jer" Selamat aku sebab Jian perbetulkan keadaan
~~~~~~~~
"Kau ingat Rizqi?" Soal Jian. Lepas kejar Fattah tadi terus kitaorang naik atas rumah. Uish penat wyeh nasib tak batal puasa.
Sabar jerlah dapat adik macam tu
"Rizqi? Takkan tak kenal. Form 1 sampai form 3 aku satu kelas ngan dia. Tapi form 4 kan aku pindah sekolah kita."
"Kau yang belasah dia kan?"
"eh kantoi" Ujar ku sambil tersengih. Fattah sebelah aku meronta-ronta untuk dilepaskan. Lantak kau lah... Siapa suruh cakap aku bukan bukan
Aku headlock kepala dia dengan tangan kanan aku.
"Abang! tak boleh bernafas lah!"
"Kau pikir abang kesah?"
YOU ARE READING
Raya Dengan Dr.Miyaz
RomanceSeorang Doktor muda, gagah, hensem, berwiba... and so on (tipu sunat). Dr Miyaz Fahreza. Sepanjang dia kerja sebagai doktor ni kan dia tak pernah dapat cuti untuk balik raya. 2 tahun dia ambik masa untuk buat rayuan cuti. DAPAT KAU! 40 hari sekali g...