RDDM 40

446 25 1
                                    

"dodo... eh eh maksud saya Sakinah" Dia pantas menoleh kearah aku bila aku dah terlepas cakap macam tu. Ilah Fattah kemain lagi kau panggil anak orang dodo ye

"apa awak panggil saya tadi?" Jelas muka bengisnya.

matilah aku. Borang di tangan aku pegang dengan erat. takde borang ni tak boleh kahwin woi

"mfnnjfmf...."

"apa?" dia makin menghampiri aku

"mhfkmfm..."

"tak dengar lah. Cakap kuat sikit" jangan pandang dia fattah, jangan. Bahaya takut terjatuh alam lain nanti.

"saya cakap hmmhjfmnfbm..."

Dia debiknya aku.

"aduh sakit" tangan kanan aku usap usap bahu kiri aku. Sebenarnya kan, takde lah sakit mana pun just manja nak bergurau tu. Ah Kemain lagi kau yer Fattah

"Dah tu ha, siapa suruh main main" Sempat aku ketawa tengok muka bengis dia. Lawa la gak tapi tak selawa Mira Filzah

Astafirullahalazim Fattah, ingat Fattah kau dah move on dari Mira Filzah semenjak dia tak reply salam kau dekat insta. Move on Fattah move on.

"gurau je pun" Kata ku lalu mencebik. Reaksi dia berubah tiba tiba

jeng jeng jenggg.....

"HA!" 

"Oh ayam goreng kunyit" Sempat aku tutup mulut. Sejak bila lak aku melatah ni? By the way Ayam goreng kunyit sedap bhai lagi lagi ni bulan puasa ni. uishhhh

"Saya dah ingat! awak kan" Jari telunjuknya ditundingkan kearah aku. Juling mata aku jap. 

"ha ye saya Fattah"

"Awak yang dulu peluk saya dari belakang kan?! ha jawab ha jawab" Muka kosong dengan mulut ternganga aku tayangkan. Jap jap ingat balik

"aik bila masa eh?" Tanya ku kembali. Aku memandang kosong kearah mukanya. Kena tunduk sikit lah sebab dia ni 151 cm weh. hmmm aku 184 cm.

hahaha si galah dan si dodo

"ouhhh berlakon tak ingat eh" Dodo ni kan. Aku cakap tak ingat dia cakap aku berlakon pulak. Haih sebaik bakal bini

"ouh ingat dah!" Jawab ku sambil menepuk tangan gaya dapat jackpot gitu. Dengan aku ketawa lagi

"ha bila?"

"tak ingat" Muka yang kosong kembali aku tayangkan kepadanya. Dia macam tengah mengucap au dalam hati dia sebab layan perangai aku. Aku play victim jap dengan tayang muka blank aku.

"waktu kecil dulu. Masa tu rumah awak ada buat kenduri. Masa tu saya duduk dekat buaian yang pernah ada dekat pokok tu dulu" Sempat dia menunding kearah hammock yang ada sebelah kereta abang bawah pokok mangga tu. 

"Aah memang situ dulu ada buaian tapi ibu buang semenjak saya berangan jadi Farah Ann dekat situ." Takdelah aku teringin apa nak pusing pusing dekat palang yang macam Farah Ann tu buat. Coach aku dulu adik la.

"Awak nak berjaya ke tidak?" Soal coach adik dengan rotan dekat tangan dia

"Nak Puan. Saya nak berjaya macam Rashid Sidek Puan." Semangat tengah berkobar kobar time tu.

"Rashid Sidek tak main gymnastic artistic bebal. Misbun Sidek ya." kata Coach yang tengah berlegar legar depan aku sambil hayun hayunkan rotan.

"Maaf Puan, saya eksaited puan." Muka gaya askar terima arahan aku tunjukkan.

"Mula" Selepas coach berkata sedemikian, maka aku panjat atas buaian yang tergantung dekat pokok ni. 

"ADIK, FATTAH!!" maka tamatlah latihan kami pada hari itu untuk selama lamanya selepas ibu tunjukkan gaya raksasa yang selalu berlakon dalam ultraman tu. Aku syak Part time ibu dulu jadi suara untuk watak raksasa tu la. Sebijik je suara. 

wuarghhhh

Aku sempat ketawa tapi bila tengok muka kelat Sakinah balik terus ketawa aku jadi awkward. "ha ye sambung"

"waktu tu saya tunggu ummi saya nak balik. Saya main buai sorang sorang lepastu awak datang dari belakang terus peluk saya dari arah awak datang tu" Terang Sakinah bersungguh sungguh

"ابنة?"

"haah yang tu" oh shettt

Aku terpeluk bakal bini aku!!!!

ahahhaha suspen tak? okay okay serius balik

Aku pernah terpeluk bakal bini aku !!!

Oh tidak!!!

"Awak tengok Lorenzo tak?" Tanya ku serius kearah Sakinah. Dia berdiri dengan muka tertanya tanya dia di bawah cahaya matahari ya- 

lawa weh dia. Dengan tangan kiri hadang cahaya matahari dari kena muka dia. 

"Saya janji akan protect awak"

"apa awak cakap ni? nyanyuk ke?" Sanggup dia gelar future husband dia nyanyuk. humpp nak merajuk.

"Destiny kut"

"ha?" Aku hanya tersenyum. Sumpah tadi aku dapat tangkap yang Sakinah senyum jugak

"Fattah borang semua dah complete ke?" tanya abah yang baru turun dari tangga rumah bersama Pakcik Khaled. Ops bakal pak mertua den tu.

"Dah abah. Ni ha" Borang nikah itu aku hulurkan kepada abah.

"Sakinah punya?" Soal Walid. Uhurmmmm walid? 

"Ada sekali dalam tu walid" Abah dan Walid membelek belek kertas itu. Sakinah dah hilang dah. Aik mao lak budak ni

"Tinggal tunggu Sakinah sign je borang ni. Lepastu dah boleh proceed next step je terus" Abah ni ha dekat tengah panas ni jugak nak berborak belek kertas bagai. Orang puasa la penat ha.

"Ni dah sign. nak sign apa lagi?" Soal Abah sambil memandang ku. Aik? Walid dah tersenyum dah.

"Sakinah bila dapat borang ni terus je isi tanpa lengahkan waktu. Dia yang selalu risau sebab walid setiap hari pulang dengan tangan kosong tanpa borang ni" Aku tunjuk muka percaya tidak percaya

Alololo Sakinah oiiiii 

Suka aku cakap je la ni nak malu malu lak

"Sakinah?" Soal ku macam orang yang bebal. Abah dengan walid dah gelak dah

"siapa nama bakal bini kamu Fattah?" Tanya walid sambil menepuk nepuk bahu aku

Farah Ann? eh bukan

"Sakinah Rodhiyah Khaulah binti Mohammed Khaled" Ewah dah praktis untuk masa depan nanti. Lagi berapa hari je lagi

"dahtu" Sambil ketawa abah dan walid bergerak kearah kereta bmw walid.

eh Sakinah dah terima ke weh? SERIUS LA

wow....

unpredictableamazingbelievable

Ni kena bagitau abang ni dengan coach adik

"ABANGGGGGG!!!!!" 

"ABANGGGGGG!!!!!" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Raya Dengan Dr.MiyazWhere stories live. Discover now