" WHAT, kau biar betul Jas."
Badan Jasriman terhinjut sedikit dengan nada tinggi Haikal. Nasib baik lah dia tak sakit jantung. Kalau tak dah arwah dekat sini.
" Betul, aku tak tipu . Kau nampak muka aku ni macam kaki tipu orang ke. Kaki kacau ketenangan jiwa dan raga kau adalah"
" aku tanya betul- betul ni Jas. Kau jangan main-main"terus wajah haikal berubah dengan pandangan tajam.
" Aku dah check rumah tu kosong. Rumah sewa dia kosong. Rumah family dia pun aku dah pergi. Dia tiada kat situ. Dia dah pindah" jelas Jasriman dan menghirup sedikit air nesscafe yang terhidang.
" dia dengan family dia pindah dekat mana" soal Haris. Laptop dan fail yang berada di depan haikal diabaikan. Dia menolak ke belakang kerusi yang diduduki oleh dia . Lalu duduk di sofa pejabatnya dan pandang ke arah Jasriman .
" bukan dengan family dia. Dia pindah sorang diri and aku tak jumpa alamat rumah baru dia. Aku dah upah orang cari tapi tak ada hasil"
" habis tu keluarga dia tinggal mana" tanya Haikal dengan cemas.
Jasriman mengeluh dengan soalan yang dituju oleh sepupunya itu. Dia pandang ke arah Haikal yang menanti akan jawapan darinya. Riak wajah riasu terpapar di wajah Haikal.
" Family dia... dah tiada Kal. They gone. Car accident three years ago" jawab Jasriman dengan hati yang berat.
Haikal hilang kata kata dengan apa yang Jasriman beritahu. Dia meraut kasar wajahnya. Tak mampu terima apa yang dia dengar.
" when" tanya Haikal sepatah.
Jasriman menghela nafasnya. " dua minggu selepas kau fly Canada"
" orang aku tak dapat nak jejak lokasi dia. Nombor phone pun tak. Kau try lah tanya kawan dia ke. Manalah tahu kut-kut kawan dia tahu dia dekat mana" ujar Jasriman lagi.
Sebaik sahaja Jasriman menyebut tentang kawan. Terus nama dia muncul benak fikiran Haikal. Haikal lantas bangun dan membetulkan butang bajunya. Dikemaskan fail fail yang bergelimpangan di atas meja office nya itu lalu mencapai kunci kereta.
" Jas, kau handle meeting nanti. Aku ada hal kejap. Bye.." kaga Haikal yang melulu keluar dari bilik pejabatnya.
" setakat meeting hari ni apalah sangat. Tiga tahun aku hadap meeting. So Jas time to work. " Jasriman bingkas bangun dari sofa dan beredar keluar dari pejabat Haikal.
" All the best bro. All the best..."
*********
"HAIKAL? Kau Haikal kan"
Haikal yang berdiri di pintu pagar mengangkat wajahnya dan tersenyum nipis." Ye ni aku. " jawab haikal dengan ringkas.
" masuklah" kata Haris
Pintu pagar didepannya terbuka dengan automatik. Haikal dengan berat langkahnya masuk ke dalam rumah agam tersebut . Kasutnya dibuka lalu menuju ke ruang tamu bersama Haris."Haris, Airah ada?" Tanya haikal sejurus melabuhkan diri di atas sofa.
Haris mengangguk kecil.
" kejap, aku pang..."" Haura!!! Baby ibu jangan lari, nanti jatuh sayang "
Haikal dan Haris serentak pandang ke atas bila mendengar suara Airah.
Airah lantas memimpin Haura menuruni anak tangga.
" Abang? Tadi kata nak keluar. Tak jadi ke. Siapa ni?" Tanya Airah yang kehairanan." Aku Haikal. "
Haikal lalu berpaling ke arah Airah. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romansa~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...