BAB 5

169 14 0
                                    

"MACAM mana abang long, bos abang setuju tak" soal sarah kepada abangnya Fauzi. Aliya yang berada di sisi sarah juga menunggu jawapan dari abang kawannya itu

" bos abang setuju " jawab Fauzi sambil menghirup air yang disediakan oleh isterinya Adila.

" betul ke abang Fauzi . Tak tipu ni. Alhamdulillah. Thanks abang . Nanti ada masa Aliya belanja abang dengan kak Dila" kata Aliya yang berasa agak lega.

" aiks abang dan kakak aku je yang kau nak belanja. Adik dia taknak ke?" Sarah memandang ke arah Aliya .

" tak payah. Kau belanja diri sendiri " jawab Aliya

" ceh.. boss tak bertauliah betul. Pekerja sendiri tak nak belanja"

" Nasib baik boss abang tu setuju. Bukan main lagi abang pujuk dia. Takut tu huh tak payah cakap. Abang ingat lagi masa jumpa boss abang tu muka dia garang. Pujuk punya pujuk berhasil juga buat dia setuju" Fauzi terbayang wajah muka bos yang dingin masa dia masuk pejabat tadi. Tuhan jelah tahu macam mana dia rasa . Takut kena marah dengan tuan Haikal sebab tak mampu uruskan benda kecik ni.

" Aliya minta maaf kalau susahkan abang Fauzi. Tapi nak buat macam mana terpaksa. " ujar Aliya

" Bukan ke abang kata , boss abang tu senang nak kautim ke. " tanya Sarah kepada abangnya.

" itu boss yang lain. Ini boss lain. Abang ingat kan boss abang yang sporting tu datang cawangan sini. Tapi tak boss lain" Fauzi ingatkan Tuan Jasriman yang datang uruskan masalah dekat sini. Tapi rupanya Tuan Haikal

" berapa banyak boss yang huby ada?" Soal isterinya adila.

" Boss yang lama tu hanya ganti boss abang sekarang owner sebenar syarikat abang kerja. Lepas tiga tahun baru lah boss abang yang sekarang ni masuk kerja semula . " ujar Fauzi lagi.

" boss yang bagi projek ni dekat Aliya Tuan Jasriman . But now Aliya kena berurusan dengan bos baru . Tapi abang pelik, kenapa boss abang tu nak jumpa sendiri dengan kamu selesaikan masalah bunga tu" sambung Fauzi lagi.

" siapa nama bos abang tu?" Soal Aliya . Dia kena tahu nama orang yang dia akan berurusan nanti.

" bos abang tu nama Tuan Hai..."

Bunyi nada dering panggilan telefon Aliya menghentikan percakapan Fauzi. Aliya mengjeling nama pemanggil ,lantas ditolak panggilan itu. Selang berapa minit telefon Aliya berbunyi lagi.

" siapa call kamu" tanya Fauzi. Namun Aliya diam tidak menjawab soalan ini. Mulutnya malas ingin menyebut nama pemanggil itu.

" syakir?" Kata sarah.

Aliya cuma mengangguk kecil. Dia lantas off phone dengan segera dan dimasukkan ke dalam begnya itu.

" kamu memang taknak putus ke. Tunang macam tu bukan boleh pakai. Perangai tu entahlah malas nak cakap" kata kak Adila.

" kalau saya boleh buat memang dari dulu lagi kak. Tapi kak pun tahu apa sebabnya kenapa saya tak boleh putuskan pertunangan ni" jawab Aliya.

" kakak tak faham betul dengan perangai maklong kamu tu. Disebabkan duit terus gelap mata tak nampak perangai syakir tu tak macam manusia . Paksa kamu tunang dengan setan tu" marah kak dila.

" sayang oii.. Sabar sikit. Tenang nak marah pun bukan boleh buat apa" Fauzi cuba tenangkan Adila.

" sebab tu lah Aliya ni bersungguh sungguh dapatkan tempahan projek ni dari Syarikat abang kerja. Kalau berjaya boleh lah Aliya ni lepas dari cengkaman setan durjana tu" ujar sarah . Dia mahu Aliya cepat cepat putus dengan syakir. Harap je muka handsome, kaya tapi huh perangai. Perempuan sana sini

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now