Tiga tahun kemudian
DIA memandang ke arah luar tingkap pesawat. Kini pesawat kapal terbang itu sedang mendarat di laluan kapal terbang airport.
Selang beberapa minit, dia kini sudah berada di Malaysia semula. Tiga tahun dia tinggalkan Malaysia. Masa seperti berlalu sekelip mata. Rambut yang terjuntai sedikit ke depan dahinya itu diselak ke belakang.
Kaca mata yang tersemat rapi di dada baju diambil lalu dipakai . Langkah diatur memasuki airport. Troli bagasi di tangan kanan ditolak perlahan sambil matanya melilau sekeliling.
Lirikan matanya terhenti ke satu sosok tubuh yang melambai lambai ke arahnya. Dia terus berjalan ke arah itu.
" my lovely cousin. Miss you bro. Come on give me a hug... " lelaki itu berlari ke arah dirinya dengan dua belah tangan kehadapan gaya mahu peluk.
Dia terus tayangkan penumbuk ke arah lelaki itu. Sejurus itu lelaki tersebut terhenti langkahnya.
" kau ni Haikal... lama tak jumpa bukannya nak peluk aku, penumpuk juga kau tayang dekat aku... hampeh punya cousin "
" Tak kuasa aku nak peluk kau Jas. Tak pasal pasal aku kena cop gay" jawab haikal.
" biar ahh.. kau kan pakwe aku. Baby... miss you" ujar Jasriman lalu peluk Haikal. Terdapat sesetengah orang di airport memandang ke arah mereka berdua. Melihat dua orang lelaki sedang berpeluk bagai.
Haikal biarkan sahaja. Tak layan kan kena layan juga dengan perangai sengal sepupunya itu.
Jasriman terus leraikan pelukan itu bila nampak dua orang gadis cantik ketawa kecil ke arah mereka. Dia lantas betullkan t-shirt yang dipakai untuk nampak segak sikit. Jatuh imej dia depan gadis lawa tadi. Well imej tu penting kan.
" dah puas peluk. Dah boleh gerak. Aku penat ni" soal Haikal.
Jasriman hanya tersenyum hingga terlihat gigi putihnya lalu mengangguk ke arah Haikal.
Mereka berdua terus berjalan ke arah kereta BMW berwarna silver. Deruman kereta tersebut kedengaran meninggalkan kawasan KLIA.
Jasriman sibuk dengan pemanduannya, dia sempat menolah ke arah Haikal yang termenung ke luar jendela.
" kau betul-betul tak nak tinggal dengan mama aku? Memang nak tinggal sana sorang diri" tanya Jasriman .
" aku tak nak aku tinggal rumah mak ngah. Nanti kalau aku tinggal sana, hari hari hadap muka kau, perangai sengal kau" jawab haikal.
" sesengal aku pun. Kau cari juga aku. " sambung Jasriman.
Haikal malas mahu layan. Dia mengeluarkan phone lalu membuka galeri . Gambar dirinya bersama dia dipandang. Dia tersenyum nipis melihat gambar tersebut. Gambar kenangan dia dengan orang yang dia cintai. Tiga tahun masa yang singkat namun masa itu juga yang membawa derita kepada dirinya dan dia. Rindu. Serba salah. Takut. Kadang kala menguasai diri, satu keluhan kecil dihembuskan.
Dia menutup phone lalu pandang ke arah jalan.
" wei Jas, sebelum tu kau pergi sekolah lama aku kejap" kata haikal.
" sekolah lama kau? Kau nak buat apa. Tadi kata penat. Takkan nak daftar masuk sekolah semula. Kau sedar tak diri kau tu dah tua bangka ada hati lagi ke nak jadi pelajar sekolah." Jawab Jasriman .
" bodoh kau tu boleh simpan sikit tak dalam poket tu. Aku campak kau luar kereta baru tahu"
"Campak lah. Kalau kau nak mati awal haha.."
" mulut tu kalau tak menjawab tak boleh ke. Bawa jelah. Banyak songeh pula"
" Yelah.. yelah..."
Kereta yang dipandu Jasriman sampai di muka pintu pagar sekolah lamanya. Haikal tidak pun turun dari kereta malah memandang ke arah pagar tersebut.
Jasriman memandang ke arah haikal. "Tak nak turun ke. Tadi beriya sangat nak ke sini. Lantak kau lah Kal" getus hati jasriman. Dia malas nak cakap apa apa. Kang tak pasal pasal dia balik jalan kaki pula.
Haikal masih lagi pandang arah sana mengimbau kembali kisah lama
Haikal yang bosan menunggu di pintu pagar terus tersenyum bila nampak orang yang dia tunggu tunggu . Dengan cepat dia menutup pintu pagar itu. Memang tugas dia jaga pintu pagar masuk ke sekolah setiap hari.
Melihat tindakan haikal itu, terus kakinya tak senang duduk lantas dipecut ke arah pagar.
"Tunggu lah. Jangan tutup lagi pintu pagar tu!"jerit Aliya yang berlari pecut.
"Cepat. Dah pukul 8 pagi.. Aku tutup pintu pagar ni kan" jawab Haikal yang cuba menahan ketawanya.
Aliya akhirnya sempat masuk ke kawasan sekolah. Dek kerana berlari dia kehabisan nafas. Tercungap dia dibuatnya. Dia cuba kawal pernafasan dia lalu toleh ke arah jam di tangan kirinya.
" kau ni apa hal baru 7.45 lagi kat celah mana pukul 8. Kau memang nak kena"
" aku gurau jelah. Saya nak hiburkan hati yang bosan ni"
" eii... geramnya aku. Tak pasal pasal aku lari pecut macam marathon. Habis hilang keayuan aku. Tudung aku ni dah senget. Pagi-pagi dah buat aku berpeluh. Penat kau tau tak. Eiii kau tak guna betul. Dasar pengawas tak bertauliah" bebel Aliya yang kepenatan.
" kau ni bebel macam mak nenek. Aku peluk baru tau" jawab haikal.
" peluk? Hah meh sini peluk kalau berani. Aku bagi makan kasut pagi- pagi ni nak" marah aliya
" tak pe nanti kita kahwin , aku peluk kau hari- hari "
" siapa nak kahwin dengan kau. Memang tak lah. Tak hingin. Tak mau. No! Tak kan. "
" ye ke tak nak. Muka handsome maco macam ni tak nak. Anda pasti"
" malas aku nak layan kau. Baik aku blah dari sini. Panas hati ni . Panasssss" kata Aliya sebelum beredar.
" panas? Panas sebab tengok ke hot tan aku ke. Meh sini aku tolong sejukkan" jawab haikal yang berlari ke arah aliya yanv beredar dari situ.
" kau pahal ikut aku. Pergi jaga pagar tu. Kahwin je dengan pagar tu senang sikit. "
" tak nak jaga pagar. Nak jaga hati kau boleh. And tak nak kahwin dengan pagar.Kahwin dengan kau boleh" ujar Haikal lagi.
Aliya makin panas dengan perangai ulat beluncas afrika haikal ni. Dia malas nak layan. Makin layan makin gila dia nanti.
" isteriku... tunggu dulu jangan tinggalkan huby mu di sini..." sakat haikal lagi.
" argh.. geramnya aku. Buat semak dalam kepala aku jelah"
Haikal ketawa kecil. Tak puas nak menyakat aliya. Dia suka tengok muka marah aliya. Nampak comel je.
" baguslah biar aku semakkan kepala kau . Lepas ni dalam hati kau pula. Auch sweet nya aku haha"
" HAIKAL ADNAN!" Jerit aliya yang tengah marah tahap gaban dengan perangai haikal.
" ye saya .kenapa Aliya Safina binti Mazlan setuje ke dengan akad nikahnya haha...."
Kenangan itu terasa bagai baru semalam berlaku. Terpapar wajah Aliya yang marah dengan perangai dia dulu dalam fikirannya.
" Agak agak sekarang kau apa khabar Aliya Safina, my sunshine. ...."
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...