DERUMAM enjin kereta dimatikan. Haikal memandang alamat yang diberikan oleh Fauzi dan mengalihkan pandangan ke arah kedai itu. Dari semalam lagi hatinya teruja ingin berjumpa semula dengan Aliya sampai tidak lena tidurnya.
Hampir lima belas minit Haikal masih lagi tidak keluar dari kereta. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan kepada Aliya disaat bersua muka dengannya. Macam kalau Aliya benci dekat dia. Aliya dah tak sayang dia. Kalau Aliya dah kahwin ada anak. Pelbagai persoalan bermain difikirannya. Haikal memejamkan mata sebentar. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum menghembuskan kembali.
Sebaik sahaja Haikal ingin menolak pintu keretanya, bunyi nada dering phone menghentikan langkahnya.
Nama pemanggil itu direnung lantas di reject call tersebut. Sekali lagi phone dia berbunyi. Haikal mendengus kasar lantas menjawab call tersebut.
" Aku busy. Jangan call aku." Kata Haikal lantas mematikan phonenya.
Jasriman baru sahaja ingin membuka bicara terus tak jadi bila Haikal terlebih dahulu menutup panggilan itu.
" merajuk lagi ke dia pasal semalam. Cehh merajuk macam perempuan period. " bisik Jasriman.
Sejurus dia menjawab panggilan Jas. Dia sekali lagi keluar dari kereta. Namun dia segera masuk kembali dan menutup pintu dengan rapat. Dia menundukkan sedikit kepala ke bawah semasa dia melihat pintu kedai itu dibuka.
" sarah., aku keluar kejap . Kau and Adam jagakan kedai " kata Aliya di depan pintu.
" kau nak pergi mana?" Soal sarah
" jumpa dengan syakir "
" aikss buang tebiat ke kau nak jumpa dia. Demam ke? Ke salah makan ubat " Soal sarah.
" kau ingat aku nak jumpa sangat ke dia. Dia tak habis habis call aku ajak makan . Maklong aku pun sama. Rimas. Aku jumpa dia kejap lepas tu aku balik lah. Asalkan jumpa je dia kejap. aku tak nak tadah telinga dengar bebelan maklong bila pulang nanti " jerit Aliya yang ingin cepat. Pintu kereta dikuak sebelum beredar dari situ.
Haikal tersenyum melihat wajah Aliya. Dia tak berapa nak dengar apa yang mereka cakapkan. Percakapan mereka diendahkan oleh haikal. Kini mata dan fikirannya tertumpu kepada Aliya.
Tiga tahun tidak ketemu hinggalah hari ini. Takdir telah mempertemukan mereka semula. Wajah itu. Senyuman itu. Semuanya yang dia rindui sekarang sudah lepas.
Akhirnya rindu yang menusuk hati dan jiwanya terubat. Dia hanya melihat kereta yang dipandu oleh Aliya beredar dari kawasan ini.
Perasaan yang gementar tadi sedikit sebanyak hilang. Haikal fikir mungkin lebih baik dia tidak bersua muka dengan aliya pada saat ini. Cukuplah dia mampu melihat wajah yang dirindui bertahun tahun.Mungkin hari
lain.******
HAIKAL berjalan masuk ke dalam Safina flower shop. Dia ingin menjenguk kedai buah hatinya itu.
" welcome to Safina flower shop " ujar Sarah sebaik sahaja bunyi loceng pintu berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.
Sarah terkaku sekejap melihat jejaka yang berada di depannya itu. Tinggi lampai berbadan tegap kulit sawa matang dengan mata yang memukau.
" hello? Miss?" Haikal melambai ke arah gadis didepannya. Namun tiada reaksi. Dahi Haikal dikerut kasar.
Adam yang berada di depan memandang wajah sarah yang kaku. Dia lantas berjalan ke arah sarah. Tahu sangat dengan perangai sarah pantang nampak custemor handsome sikit terus jadi mayat hidup.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...