FAIL yang ada di depannya diambil kasar lalu dibuka. Matanya melihat kandungan fail itu manakala jari jemarinya tak lekang dari laptop. Selang beberapa minit fail itu dihempas kuat, Haikal terus menyandarkan dirinya di kerusi.
Serabut. Hati dan fikiran dia bercelaru. Kerja satu hal. Sampai sekarang dia masih lagi tak jumpa keberadaan Aliya. Sudah dekat seminggu . Dia mengurut kepalanya yang tak terasa sakit lalu diselak kasar rambutnya. Dia tak boleh fokus untuk kerja.
Bam
Bunyi pintu dihempas kuat mengejutkan dirinya. Dia mencerlung tajam ke arah gerangan di muka pintu.
" kau pahal hempas pintu tu. Nak pintu tu tercabut. Tak reti reti nak ketuk pintu"
" suka hati aku lah. Syarikat aku" jawab Jasriman dengan selamba masuk ke dalan pejabat Haikal dan duduk di sofa
" syarikat kau? Lepas tu siapa bayar gaji kau. "
" kau hihihi... rilex lah. Tak mau marah marah cepat tua nanti" jawab jasriman sambil tersenyum ke arah Haikal.
Haikal menjulingkan matanya keatas. " kau buat apa masuk sini. Tiada kerja ke"
" aku lupa pula tujuan aku masuk sini. Tak ingat. Aku cau dulu nanti bila aku ingat aku masuk balik " Jasriman lantas bangun dan menuju ke pintu lalu ditutupnya.
Haikal mendengus kasar dengan sikap sepupunya itu. Dia baru sahaja ingin tenangkan fikiran.
Bam
" kau pehal bodoh. Aku baling dengan laptop dekat muka " jerkah Haikal bila Jasriman sekali lagi menghempas pintu.
" jom lunch. Ha aku dah ingat apa aku nak buat dekat bilik kau tadi ."
" kau hempas pintu dua kali semata mata nak ajak aku lunch. Aku tak nak. Kau pergi sorang diri" ujar Haikal.
" kau ni robot ke manusia. Eh tak bukan kau bukan robot bukan manusia . Aku rasa kau kayu kut tak rasa lapar ke gila. Dah pukul 1 . Jom makan "
" tak nak. Kau pergi je"
" siyes tak nak... anda pasti. Ke kau nak aku..." kata Jasriman sambil tersenyum senget ke arah Haikal.
" kau jangan. Aku hempuk nanti" jawab Haikal yang seakan akan tahu makna pandangan itu. Namun Jasriman endahkan.
" oh my baby... jom teman I makan. Baby sayang... jom pakwe you dah lapar ni... jom baby jom" ujar Jasriman yang memeluk erat tubuh haikal lalu digoncangkan berkali kali tubuhnya.
" lepaslah bangang. Aku cakap tak nak"
" oh come on my baby boo... let go, let go. Muah muah muah" Jasriman buat tidak peduli. Dia lantas mencium pipi Haikal.
" kau apahal cium cium aku dah nak mampus awal ke. Lepaskah semak !!" Haikal menolak kasar tubuh Jasriman tapi Jas masih lagi peluk dia.
" lepaslah bodoh !!"
" ala... baby sayang jom lunch jom la...."
" Tuan ini air yang tuan pes....." Lantas kaki Ainur terhenti di pintu bila nampak agenda kedua bosnya itu.
Haikal dan Jasriman terkejut . Terus Jasriman meleraikan pelukan itu dan membetulkan bajunya. Begitu juga dengan Haikal. Jasriman dengan muka tak bersalah terus berjalan keluar dari bilik haikal. Habis hilang macho dia depan staff
" Aku tunggu kau dekat lobi" kaya Jasriman sebelum keluar dari pejabat Haikal.
Haikal berdehem kecil membetullakn kedudukannya.
" kamu minum lah air itu, saya keluar kejap"
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...