BAB 33

152 8 1
                                    

Sudah tiga hari berlalu selepas dia tahu soal mama Haikal berada di Malaysia. Pada masa yang sama dia menanti Haikal untuk memberitahunya soal itu namun sampai sekarang Haikal tidak bercakap tentang hal tersebut.

" Sayang hubby pergi dulu. Sorry sebab hari ni abang tak dapat hantar sayang. Sayang guna je kereta tu okey. " kata Haikal sejurus menghulurkan tangannya ke arah Aliya.

Dengan perlahan Aliya menyambut huluran tangan tersebut di sertai dengan satu kucupan di dahinya oleh Haikal sebelum Haikal bergegas keluar. Sejak tiga hari ini perangai haikal agak berubah.

Sarapan yang buat Haikal cuba menyentuhnya sedikit. Setiap kali dia mengajak Haikal makan tengahari bersama Haikal menolak dengan alasan dia agak sibuk. Apatah lagi makan malam, Haikal selalu pulang lewat sehingga dia hanya makan seorang diri.

Lebih hairan lagi dua hari lepas Haikal pulang dengan memberi kunci kereta kepadanya. Haikal telah pun membeli sebuah kereta untuk dia pergi ke kedai bunganya dengan alasan dia tidak sempat untuk menghantar dia ke tempat kerja.

Selama ini dia berkeras untuk mempunyai kereta sendiri sebab tak mahu menyusahkan Haikal untuk menghantar dan mengambil dia pulang. Namun Haikal tidak pernah bersetuju . Haikal cakap yang dia mahu setiap hari menghantarnya. Dia tidak tidak pernah rasa hal tersebut menyusahkan. Walau sesibuk apapun, dia akan selalu berbuat demikian.

Perubahan yang berlaku ini membuat dia berasa tidak senang. Segala sangkaan buruk sentiasa berbayang di benak fikirannya. Persoalan penyebab Haikal berubah begitu. Lebih lebih lagi haikal berperangai begitu selepas ibunya dan Dina datang ke Malaysia.

Adakah Haikal begitu karna kesibukan kerja atau sebab ibunya atau sebab Dina. Dan kenapa Haikal sampai tidak memberitahu soal ibunya itu atau mengajak dia bertemu'dengannya.

Satu keluhan berat dilepaskan olehnya. Dia cuba untuk bersangka baik. Dia kena percaya dengan Haikal. Kunci kereta diambil olehnya lalu melangkah ke arah kereta dan bergegas ke kedai.

Sejurus dia sampai ke kedai dia melihat sebuah kereta mini Cooper berwarna kuning yang tersandar di depan kedainya. Dia kenal dengan kereta tu. Selepas mematikan enjin kereta dia bergegas kedai.

Sejurus dia menolak pintu tersebut dengan tiba tiba badannya dipeluk dari arah kanan.

" Good morning Aliya" jerit Jasmine yang memeluk tubuh aliya.

" Morning Min" balas Aliya lalu memandang wajah Sarah meminta penjelasan. Namun Sarah cuma menjongetkan bahunya .

" Aliya jom breakfast. Let go..." Jasmina terus menarik tangan Aliya keluar dari kedai tersebut.

" Tapi Min saya baru je datang kut. Bagi saya masuk dulu"

" Nope. Nanti kalau you masuk pekerja you yang pendek tu halang you keluar breakfast dengan I . So let go"

"But..." Aliya berpaling ke belakang meminta Sarah untuk cari alasan untuk halang dia namun Sarah cuma tersenyum sambil melambai ke arahnya. Senyuman yang diberikan oleh Sarah tu  bagaikan lega yang Jasmine mengangkat kaki dari situ.






********






" So Aliya you sihat ?" Tanya Jasmine kepada Aliya.

" Yes I'm macam yang awak tengok sihat."balas Aliya.

" Btw cantik kereta you tu. Mesti haikal baru beli untuk you kan. It look like yang Haikal tak akan hantar dan ambik you macam biasa untuk beberapa hari ni. That why dia belikan kereta buat you. Betul tak" kata Jasmine .

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now