" MANA bilik aku?"
Aliya memandang ke wajah Haikal. Raut wajahnya dingin tiada sebarang reaksi muka. Setelah majlis persandingannya selesai dia terpaksa ikut Haikal. Sebelum datang sini dia ada merayu dekat maklong untuk tinggal sana. Walaupuan dia tahu jawapan maklong yang tak benarkan dia tinggal sana lagi.
Maklong cakap dia beben je kalau tinggal sana. Maklong dan siap siap kemaskan barang dia. Memang dari awal lagi nak halau dia keluar selepas dia kahwin.Sarah pula?. Abang fauzi tak benarkan. Abang Fauzi siap marah dekat dia. Cakap isteri kena tinggal dengan suami.
Dengan perasan beratnya dia terpaksa.Perkataan terpaksa tu kadang kadang jadi sesuatu yang tak asing lagi dari diri dia. Terpaksa hidup dengan ibu saudaranya. Terpaksa bertunang dengan syakir. Terpaksa kahwin dengan syakir. Tapi sekarang terpaksa kahwin dengan dia.
Aliya ketawa kecil. Kelakar dengan nasib yang menimpa dirinya.
" ini bilik sayang" kata Haikal menghentikan lamunan Aliya.
" sayang? Huh... jangan panggil aku sayang. Aku benci. Ingat perkataan tu. Jangan ingat aku semudah itu boleh terima kau lepas apa yang kau dah buat . Dah ketepi " Aliya menolak sedikit tubuh Haikal yang berada di depan pintu. Tubuh Haikal tertolak kebelakang.
Haikal terdiam mendengar kata kata Aliya. Namum dia terpaksa terima. Lagipun cara dia menghalalkan Aliya agak mengejut dan macam tanpa kerelaan.
" kau pahal masuk sini." Tanya Aliya setelah melihat Haikal juga masuk ke dalam bilik tersebut.
" ini bilik kita. Tak salahkan kalau nak masuk" jawab Haikal dengan selamba.
Aliya memandang tajam ke wajah Haikal. Tidak puas hati dengan jawapan Haikal. Aliya lantas keluar dari bilik itu dan membuka satu persatu bilik yang berada di rumah itu macam rumah sendiri. Dia akhirnya berhenti apabila sudah menemui satu bilik yang agak jauh sikit dari bilik tadi. Mungkin ini bilik tetamu.
Aliya terus mengheret bagasinya keluar dari bilik tadi lalu pergi ke bilik yang dia baru jumpa.
" Aliya itu bilik kita. Tak salah kan kalau kita sebilik "
" kau pilih kita tidur asing atau aku keluar terus dari rumah ni. Suka mana satu. Dah lah aku penat. Aku nak rehat" kata Aliya lalu tanpa membuang masa Aliya terus masuk ke dalam bilik itu. Pintu bilik itu dihempas kuat. Terhinjut sedikit tubuh Haikal dengan hempasan pintu itu.
Haikal cuba mengetuk pintu itu. Dia sudah pun mengangkat tanganya untuk mengetuk pintu bilik Aliya. Tapi dia hentikan niatnya itu.
" aku kena bagi masa dekat dia. Slow slow haikal. " getus hati haikal. Haikal mengatur langkah menuju ke biliknya. Namun dia berpatah balik ke bilik Aliya.
" Aliya kalau nak apa apa panggil ke atau pun ketuk bilik aku. Okey. Good night Aliya. Sweet dream my sunshine " kata Haikal dengan nada yang kuat agar Aliya dapat dengar.
Haikal menunggu beberapa saat di depan bilik Aliya. Senyap. Aliya tak bagi apa apa respon. Selepas itu Haikal terus beredar dari bilik Aliya kembali ke biliknya.
Sejurus Aliya menghempaskan pintu. Dia terus melabuhkan badannya di atas katil. Dia dengar suara Haikal dari luar bilik. Memang tak lah dia akan jawab .
Aliya mengangkat tanganya ke atas. Dia menilik cincin perkahwinannya untuk beberapa saat. Sekarang dia sudah bergelar isteri.
Aliya membetullkan posisi tubuhnya. Cincin tadi dilepaskan dari jari manisnya. Dia lantas meletakkan cincin tersebut di atas meja tepi katilnya. Dia tak nak memakai cincin tersebut. Hatinya agak sakit melihat cincin itu.
YOU ARE READING
MISS FLOWER GIRL
Romance~Janji yang dibuat sememangnya untuk dimungkiri .~ " kau putuskan pertunangan, lepas tu hilang tiba tiba . Tiga tahun Kal kau hilang . Takde khabar berita . Now kau muncul balik nak dia semula. Kau ingat dia tu apa. Barang ke. Nak ambil tak nak...