BAB 26

246 9 10
                                    

MINUMAN  yang mereka pesan diletakkan di atas meja oleh waiter. Jasmine mengambil jus oren yang dipesan tadi lalu disisipkan ke mulutnya. Begitu juga dengan jasriman , dia menyisipkan coffee ke bibirnya.

" kalau abang long tiada apa nak cakap baik Jasmine balik?" Jasmine memulakan perbicaraan. Dari tadi Jasriman memandang wajah dia tanpa berkata apa apa

" kenapa balik Malaysia tidak beritahu awal awal. " Tanya Jasriman. Dia berasa agak geram bila adiknya pulang ke Malaysia tanpa memberitahunya.

" surprise?" Jawab Jasmine sepatah tanpa menghiraukan wajah dingin abang longnya itu.

" why terus datang sini sepatutnya balik rumah mama dulu"

" well abang haikal ada dekat sini"

" dia dah kahwin Min. Jangan buat hal. Jangan ganggu rumah tangga haikal "

" lelaki boleh kahwin empat. Dan Min tak kisah pun jadi nombor dua" dengan selamba dia berkata sedemikian. Apa? Betullah apa yang dia cakap. Tak ada salahnya dan tak salah pun . Lelaki ada empat kouta. Satu dah terisi tiga lagi kosong kan.

" tak lawak Min. Kamu jangan buat hal. Atau nak bang long bawa kamu balik US selamanya."

" hahaha. Muka abang long sekarang ni lawak lah. Serius je patutlah tiada orang nak dekat abang " Jasmine cuba menukar topik. Geti hatinya rasa melihay wajah serius jasriman sekarang ini.

" jangan cuba tukar topik Min?"

" Min datang sini bukan nak buat hal. Saja lawat abang haikal dengan abang long Sudah lama Min tak tengok abang long dengan dia. Min janji tak buat masalah. Okey"

" abang long ni macam tak suka Min balik. Min datang sini terus sebab mama dengan papa bukannya ada dekat rumah di KL. Mama ikut papa pergi bali. So tiada guna min balik sana. Nantilah Min call mama cakap Min ada dekat sini" sambung Jasmine lagi

" fine... So macam mana keadaan kamu sekarang?. " Jasriman tidak mahu mengeruhkan keadaan sekarang. Jasmine baru saja pulang ke sini. Jadi dia tidak mahu bertelagah dengan adik perempuannya itu.

" Min dah sihat lah abang long. Tak perlu risau. Doktor sendiri yang cakap Min sudah sihat kalau tak mana boleh Min balik . " jawab Jasmine dengan tersenyum lebar ke arah Jasriman. Cuba menyakinkan jasriman yang dia sudah pun okey.

" Min tak expect yang abang haikal dah kahwin. Dengan aliya pula tu. With his ex fiance. So siapa yang rayu siapa sekarang ni. Aliya ke haikal. And Min rasa maklong tak tahu pun pasal ni kan. Sebab min ada call maklong . Dia tak cakap apa apa pun. Jangan cakap mereka kena tangkap basah"

" dah jodoh. Orang yang bercerai pun boleh rujuk balik apatah putus tunang. Siapa cakap maklong tak tahu. Mereka kahwin cara halal tak ada maknanya kena tangkap basah "

" oh really. Nasib baik lah sebab Min baru je call maklong ucapkan tahniah dapat menantu balik " Jasmine memandang tepat wajah jasriman ingin melihat bagaimana reaksinya setelah dia berkata begitu.

Tekaan dia tepat. riak wajah jasriman yang agak terkejut itu menbawa makna yang maklong tidak tahu soal ini. Apa yang Jas cakap itu cuma bohong semata mata.

" kamu apa? Nevermind abang tak boleh lama dekat sini. Abang long still ada kerja. Ambil kunci rumah abang long ni. Tinggal dekat sini dulu. " Jasriman mengeluh lembut.

Dia tahu yang Jasmine sengaja memancing dia untuk memastikan betul atau tidak soal maklong.

" Min baru je berhajat nak tinggal rumah abang haikal"

Jasriman merenung tajam ke arah Jasmine setelah dia berbicara begitu. Dia suka melihat wajah jasriman yang dingin begitu. Sudah lama dia tidak kenakan abang dia sendiri.

MISS FLOWER GIRLWhere stories live. Discover now